PaGi AwaN NaNo....LaYaN

Pagi semua... Motip tajuk entri aku camtu???????? hik3... Saja jew aku kasi heheheheh... Sejuk betul pagi nie.. Hujan renyai di Kuala Lumpur. Semalam sedap tidur coz hujan lebat. Ingat reda dah sebelum pergi kerja. Tapi tempat aku stay renyai-renyai lagi.

Hari ini aku bawak moto slowly but surely hehehehe... jalan licin tu. Aku nie bukan jenis merempit. Sayang nyawa. Risau aku nak pecut jalan licin dengan kereta banyaknya... Lain ler kalau highway pecut semacam aku coz nak sampai kangpung cepat-cepat...

Aku tak tau ler tetiba terminat plak dengar lagu2 Hafiz nie pagi nie... Berapa kali aku ulang lagu Noktah Cinta dan Awan Nano.. Selama nie memang aku tak layan pun kewujudan si Hafiz nie. Tapi yang nyata lagu2 dia memang sedap... Tah berapa kali aku ulang lagu dia.. huhuhuhu

Baru abis meeting nie... aku cadang nak rehat jap dalam bilik... Nak tido rasanya huhhuhu. Perut dah kenyang bedal nasik lemak tadi ahaks.... Tapi sebelum tu korang layan lirik Awan Nano nie




Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????