Posts

Showing posts from September, 2016

Misi Menawan Chemerong - Berembun - Langsir (CBL) Part 2

Image
Orait sambung Part 2 untuk hari yang ke dua di CBL. Pagi ini bangun awal untuk prepare sarapan pagi dan lunch pack. Bersedia untuk mulakan pendakian ke Puncak Berembun dan seterusnya terus ke Air Terjun Langsir untuk bermalam. Kalau diikutkan maklumat di bawah perjalanan hari ini adalah sepanjang 5,750 meter.

Penat bertanya kengkawan dan mencari gambar di Kem B. Finally dapat pun beberapa keping.


Sekitar pukul 9.15 pagi kami memulakan pendakian dari Kem B. Perjalanan akan melalui Kem Y alternatif lain pendaki untuk bermalam selain Kem B. Sepanjang perjalanan sangat memenatkan. Kalau aku entah tau berapa kali berhenti. Team depan memang berjanggut tunggu kami yang dibelakang nie.



Dalam sekitar pukul 12.00 tengahari kami sampai ke Pitstop pertama Pokok Meraga Berlubang. Apa istimewa pokok tu tengok la gambar tu sendiri. Aku nak terang tak tahu sangat.


Unikkan pokok tu. Jarang jumpa di tempat-tempat lain, that why dijadikan tempat persinggahan wajib jika pergi ke CBL. Selepas 30minit pe…