KisaH HaRi Ini

Pukul 5:45 pagi aku dah bangun. Hari ini aku pergi kerja kena naik LRT. tak bawak Mak Long Zai coz hari nie aku balik kg. Pas kerja siap2 and terus naik komuter ke Subang Jaya. Dalam kul 6:15 am aku dah gerak keluar dari rumah. Adehhh banyak plak aku pun barang nie nak angkut dalam LRT. Beg galas, beg camera, tripod camera and plastik baju utk ptg karang.



Biasa aku kena ambik bus atau teksi utk pergi ke LRT Bandar Tasek Selatan. Sebab aku takut lambat sampai opis aku naik teksi jew. Maklum ler aku masuk kerja pukul 7:30 am. Terbang RM4 walaupun tak jauh mana sangat LRT dengan rumah aku. Jalan kaki memang basah ketiak jew hak3...

Kalau diikutkan dekat BTS nie ada komuter juga. Alah dekat dengan TBS BTS yang baru tu. Sepatutnya aku boleh naik komuter jew nak pergi kerja. Malah lagi dekat dengan opis aku kalau jalan kaki. Dek disebabkan komuter tu kalau masuk memang macam tin sardin jadinya memang aku tak sanggup. Dah ler tak pernahnya tepat waktu bergeraknya. Harap ada jadual jew, ikutnya tidak pun. Rela aku menapak dari Bandaraya (Sogo) ke opis aku. Naik LRT nie ok sikit banyak perjalanan and kurang sesak. Nie sekarang taim aku taip chapter nie xde org sgt lagi.

Lepas sampai Bandaraya, nak tuju ke opis aku nie dalam 10min.. OTW tu terjumpa pulak Lan kat pintu gate.. hehehe.. Sempat ler sembang walau seketul dua. Mamat nie memang parking kat HQ pastu menapak jalan kaki ke Menara Tun Razak. Katanya nak jimat duit parking. Kat HQ nie parking free jew. Alah ko Lan memang kudukut bha kuar duit hehehehe... Dah ler Elaun Wilayah ko dapat (tetap tak puas hati hak3). Aku ingat mamat nie jalan ada bawak payung sbb hari dah rintik, dia ckp terlupa ler plak muahahaha. Semapt si Lan nie bayar hutang. Aku buat2 tak tahu jew tadi biar dia ingat sendiri. Nasib dia ingat hahahahaha.. Memang orang jujur En, Azlan nie... nnt aku hutang ko pulak yek hehehehe...
Hari ini aku bizi sikit, banyak nak kena settelkan sebelum aku nak cuti. Dah ler kena masuk meeting kul 9 nnt.. huhuhu.. Alhamdulillah dapat berita gumbira aku semalam. Nie aku nak sediakan dokumen apa yang perlu untuk berita baik tu hehehehe. Tengahari plak aku nak pergi MAIWP dengan member opis Amir nak mintak bantuan belajar kat Baitulmal... Apa2 pun hari yang bizi.. Untuk member  CARI aku, tak tau ler hyun dapat bincang pasal Contest Dangau ke tak hari ini... Apa-apa keputusan hyun setuju jew,, Nama dangau apa pun hyun sokong hehehehe.............


Comments

  1. mengelat.. selamat tak geng dgn ko.. *curse*

    ReplyDelete
  2. motip ko tak bangga nak geng ngan aku... hehehe.. aku try kasi full komitment utk dangau tu nnt hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Nota Kejuruteraan Jalan Raya (Bab 2) @ UTMSpace