NaK UpDaTe Jugakkkk.....

Salam...

Dah lama giler aku menghilangkan diri dalam dunia blog nie... huhuhuhu... sekarang baru aku sempat nak update blog aku yang sekian lama dah bersarang.... Banyak betul sawangnya huhuhuhuh...
Macam yang aku bagi tau sebelum nie aku balik kampung malam Khamis lepas coz Abang aku kawin hari Sabtu minggu tu. So memang banyak sangat persiapan yang keluarga aku kena buat sebelum majlis tu berlangsung. Tak sempat langsung aku nak menjenguk disini. Bertambah ler dengan masalah internet kat kampung pulakk...

Jumaat malam Sabtu family aku ada buat majlis tahlil sekali untuk arwah ayah.. Kalau ikutkan memang ramai yang datang. Buleh stail buffet kami buat hehehehe... Kira ok ler kot huhuhu... Esoknya majlis kawin abang aku plak.. Aku malas nak cerita panjang pasal majlis tu. Nnt aku wat entri khas pasal majlis tu sekali ngan gambar.

Sekarang nie aku dah ada kat KL. Naik bus Plusliner pukul 10.45pagi tadi kat Bota. Sampai kat KL Sentral dalam pukul 2.20petang. Kalau nak ke rumah aku memang kena naik KTM Komuter yang hazabedah nie... Nasib ler tak taim waktu balik kerja. Kalau tak memang macam tin sardin. Tadi pun komuter lewat sampai.. Memang boleh diiktiraf perkhidmatan awam yang paling terburuk di Malaysia.. Nak dapat gred E pun susah...

Sampai rumah dalam 3.15petang.. Aku tak leh nak relax sangat coz aku kena pi Midvalley ada study group. Assignment Jalan Raya masih tak siap lagi.. Nasib Lec kasi hantar lewat sikit. Dalam pukul 3.45ptg. Mat call suh datang awal coz dia dah ada kat Midvalley.. Terpaksa aku mandi secepat mungkin and terus gerak pi MV...

Ini baru balik dari study group ler nie. Alhamdulillah kiranya assignment 98% dah selesai.. Tunggu cik unge siapkan sikit and terus hantar... Tadi aku dapat ler result Ujian Jalan Raya and Kaedah Berangka... Syukur markah memuaskan.... Then the next berderet kembali Ujian yang nak aku hadap huhuhu.... Bertabahlahhhh...

p/s: sok aku masih cuti lagi huhuhu.. cadang nak survey tapak rumah yang nak dibeli dengan tengok MerongMerong (Merong Maha Wangsa)

Comments

  1. jgn mereng pulak tgk merong tu..haha

    ReplyDelete
  2. Terima kasih daun keladi for the souvenior!
    - kakak sebelah kak noreen @ kakak secawangan wawa @ senior UTM- muhahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 5) Jeju Island : Hiking Hallasan