TsuNaMi di JePuN

Mesti ramai yang dah tau semalam Jepun telah dilanda gempa bumi sehingga 8.9 skala Richter terkuat yang penah dicatakan di Jepun semenjak alat pengesan gempa dicipta.. Wah giler dasyat.... Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Akibat daripada gempa yang kuat tu yang menjadi bertambah dasyat bila tsunami pula melanda Utara Jepun dengan ketinggian 10 meter.

Kesan daripada itu habis musnah bandar-bandar besar Sedai, Wakayama. Beratus-ratus kematian atau mungkin lebih tinggi lagi akan direkodkan kesan daripada malapetaka yang berlaku nie. Kalau korang tengok kat berita memang kemusnahan yang dasyat melanda... kenderaan dan kapal-kapal serta rumah-rumah macam keropok jew bila kena hayun di tsunamai tu.

Tapi bagi pendapat aku kemusnahan di Jepun adalah kurang jika sekiranya bencana yang sama berlaku di negara lain. Jepun merupaka satu negara yang memang dah prepare sekiranya berlaku bencana seumpama ini. Dari segi design dan pembinaan bangunan tinggi diorang telah mengambil kira kesan gempa bumi yang bakal melanda. So bila gempa berlaku bangunan tinggi diorang memang akan berayun dan tidak menyebabkan runtuhan. Rata-rata bangunan adalah selamat cuma yang teruk bila tsunami berlaku. Namun kehilangan nyawa dapat dikurangkan dengan amaran awal yang telah dikeluarkan oleh penguatkuasa tempatan untuk membolehkan orang ramai menyelamatkan diri. Diorang memang mempunyai sistem amaran yang memang canggih.

Apa-apa pun aku harap rakyat jepun bertabah dengan musibah yang melanda... Aku berdoa agar rakyat Malaysia disana semuanya selamat hendaknya... aku tepek video bencana tersebut..










p/s: bersyukur sangat Malaysia masih selamat... kita doakan sama-sama yek

Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak