BesT GiLer CiTe KasHaf Imani

Hari nie pas balik kerja kul 4.30pm.... terus aku balik. Sebelum tu aku bayar dulu duit moto and pi klinik ambik ubat... Ubat apa??????????? Mana leh kasi tau huhuhuhu..... Sempat aku bungkus nasi goreng ayam kat bawak. Lapar siooot tak leh tak makan malam nie.... Huhuhuhu....



Taim aku makan aku layan pulak satu cerita drama yang memang dah lama aku download. Aku download cerita nie bukan apa sebab aku suka tol tengok Sharifah Amani nie... Dah ler cantik, kiut miut tambah ler lakonan dia memang mantap. berlakon bersama dengan Beto Kusyairi... Alaaa si Beto nie yang berlakon dalam cerita Geng Surau tu... Razif atau Mayat dalam cerita tu.... So aku rase cam ada sesuatu yang menarik pada cerita nie...

Maka hari nie ler aku baru berkesempatan nak tengok... huhuhuhu... Kisahnya mengenai Imani yang dikurniakan oleh tuhan keistimewaan dimana tiada hijab baginya melihat roh orang mati atau yang dalam koma. Ini gara2 Imani pernah koma akibat kemalangan yang menyebabkan ibubapa dia meninggal. So, Imani nie tinggal dengan neneknya kat flat murah Kampung Baru.

Si Imani nie suka sangat kat sorang mamat yang tinggal sama flat dengan dia si Kashaf. Boleh dikatakan tiap-tiap hari jumpa Kashaf tapi dia tak berani tegur. Sifat si Imani nie suka benor kutip barang-barang yang dibuang or tertinggal oleh Kashaf macam botol minyak wangi, lighter... gambar pun ada dia curi-curi tangkap.. Akhirnya kantoi bila Kashaf tau Imani suka dia..

Kashaf nie merupakan seorang manusia yang memang tak semenggah... Kaki botol. perempuan, hisap dadah pun yea gak.. Mana tak dia nie dilahirkan dalam keluarga yang kucar kacir... Mak dia berkemungkinan GRO. Kashaf nie merupakan anak luar nikah dan masa lahir bapak dia tinggalkan mak dia lakonan Normah Damanhuri... Kashaf juga ada seorang adik yang lebih kurang sama jew perangai cam Kashaf.. tapi lagi dasyat aku rasa...Lakonan mantap Wan Sharmila...

Kira konflik bermula bila Kashaf nie koma akibat ditikam.. Mana tak terlibat dengan dadah.. So hanya Imani jew yang nampak dia and yang boleh bantu.... Nak tau lebih lanjut kena tgk sendiri lerr.. Kena ler gigih cari kalau nak dload.. tak pun tunggu jew astro tayang lagi.....



Tapi yang nyata lakonan diorang semua nie semua mantap2... Nampak ler keserasian lakonan antara Beto dengan Sharifah Amani... Wan Sharmila gilerrr jahat... terjerit2 je manjang.. tu ler dah dapat balasan dari tuhan hahahaha.......... Cuma aku rasa jalan cerita agak kucar kacir sikit. Tapi tak apa ler boleh dimaafkan dengan story line yang kuat. Apa-apa pun lagu dia best ooiiii dari Opick Tiada Duka Yang Abadi... korang tgk ler trailer dia sendiri.. Layan gak lagu sekali....









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Nota Kejuruteraan Jalan Raya (Bab 2) @ UTMSpace