Posts

Showing posts from November, 2011

Melantak ABC Sec 2

Image
Semalam baru aku bkesempatan mkn ABC yg selalu duk kawan2 aku citekan. Pas sorg2 cite 'kebestsetan' ABC sini. Mana lg klu tak food court seksyen 2 shah alam. Sebelah UiTM tuuu.. Penuh dgn diorg jew.

Pas aku jenuh mencari site umah aku kat jln kebun yg masih gagal dikesan aku singgah sini ngan member aku. Thanks coz bawak n temankan huhu..

Pe2 pas try aku rasa mmg ABC terbaik.. Mmg special sgguh. Kawan aku ckp ABC yg paling best Frodoo ke Freedoo namanya. Lupa plak aku huhu.. Sbb byk kedai jual ABC. Macam2 ada. Aku syorkan korg klu nak mkn ABC sini xpayah ler makan berat2. Sampai kenyang air aku dibuatnya.

Pe2 pun jom pi lg sini nnt yek kengkawan huhu...

P/s: makcik que aku mkn abc dulu nk tunggu ko berjanggut huhu


Blogging via iphone


Review Puss In Boots

Image
Yup semalam aku layan cite kucing latin nie. Member ajak gak tgk walaupun ku de assignment design yg nak kena hantar rini huhu.. Tapi aku pun mmg nak layan pun cite nie.. Ahaks..

Puss nie klu ikutkan dalam cite Shrek dia ada. Dek sbb selalu wat muka comel utk lepaskan diri tu sbb dia popular huhu.. Serius mmg comel giler bila dia buat muka cam nie..

Dlm cite nie pun ada part puss gunakan kelebihan dia nie utk melepaskan diri... And tak tahan byk gak kucing2 comel yg lain. Aku yg kureng sikit ngan kucing nie pun terguda tgk huhu



Ok utk cite Puss in Boots, kisahkan pasal puss nie mrupakan pjenayah yg dkehendaki sbb de peristiwa blaku dikg dia walaupun puss tak bersalah. Cite dikembangkan mgenai kacang ajaib jack n jill yg wujud utk mgambil telur emas kat awan. Taim nie ler si puss jmpa dgn seekor kucing betina yg cun, aku xingat namanya pe dgn kwn/abg/saudara/musuh lama si puss iaitu humpty dumpty sebijik telur. De kisah pasal psahabatan n permusuhan diorg.. Kenal kat umah anak yatim, …

A Moment With My Colleagues 2011

Image
Tadi de jamuan makan sempena Kak Solihah nak kena pindah 1hb Dis nnt.. Sob2 sedih. Ini satu2nya gambar bersama yang pernah kami tangkap selama kerja. Bos xtermasuk senarai. Faisal sori ko dah keluar ngan bos huhuhu. Aku masukkan gambar nie jew dulu. Gambar lain ku masukkan lain sekali dengan cerita mana yang patut klu gigih huhuhu. Suka tgk gambar nie huhuhuu...


Malaysia Mengaaauuuuummmm

Image
Kata-kata semangat Ong Kim Swee kepada Harimau Muda sebelum menentang Indon semalam

"they don't respect you, they don't respect your flag, they don't respect your King and they don't respect your parents. If you allow this happen then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about"
Mantap giler ayat untuk naikkan semangat Harimau Muda kita yang berjaya pijak ego Indon yang tak terkawal dah untuk Sukan Sea kali ini. Kata-kata OKS kesimpulan jelas apa yg berlaku di sana..

Pe2 pun tahniah Harimau Muda membawa kejayaan terbaik untuk Sukan Sea kali ini walaupun Sukan Sea di Indon nie dikatakan penganjuran yang paling teruk pernah diadakan.

Malaysia 1 (4) - Indonesia 1 (3) Menang Penalti



P/s: Bangga Jadi Rakyat Malaysia....


Badai Semalam... Terbaaaikkkkk

Image
Jumaat malam lepas aku layan teater kat Istana Budaya cite Badai Semalam. Wat pertama kalinya dalam sejarah aku berteater n masuk IB. Poyo jew huhuhu.. Baru aku tau tgk teater nie kena pakai kasut sarung n berkolar. Dah ler aku nie suka berselipar jew. Kena berprotokol gak dr segi pakaian. Tapi yg tak syok aku tgk xde plak diorg marah or bising pompuan yg pakai skrit pendek and terdedah sana sini. Ini premis kerajaan okey. Entah ler

Ok back to the topic. Apa yg buleeh aku ckpkan utk org yg 1st taim tgk teater nie cite Badai Semalam nie hebat and best.

Erra Fazira

Jujur aku nie xler suka erra sgt. Tgk lakonan dia dlm filem and drama cam xberapa best n feel. Tp dlm teater Badai Semalam nie aku mmg terkejut dgn lakonan berkesan erra sebagai Mazni (klu aku xsalah). Mmg bagus giler. Pandai bermonolog erra nie.

Aaron Aziz

Paling banyak dapat tepukan sorakan.. Seth ler katakan hahahah. Bkn pe ari aku dtg tu Aaronator, Kelab Peminat Aaron de dtg. Bkn main lg diorg sorak. Tapi kecoh bila taim …

Gemuruh Suara......

Image
Ini lagu kegemaran aku sekarang. Memang naik semangat tol bila dengar... I Luv Malaysia...



Lirik lagu Gemuruh suara
Kalau engkau jatuh Jangan engkau lemah Kerana hidup mengajar kita Jangan cepat mengalah
Bina yakin diri Mampu kita lakukan Tiada yang mustahil Segalanya boleh Kita bergandingan meraikan Malaysia
Gemuruh suara Jadi bangsa berjaya Gemuruh perkasa Bawah satu bendera Nama kita bina Diseluruh benua rasa bangga Genggam amanat wira Julang panji Malaysia

Doa untuk skuad Bola Sepak Malaysia pertahankan emas di Jakarta nnt.. Abaikan penyokong indon yang tak bertamadun tu.. Good Luck

Komen FB Terpanjang.....

Image
Kredit kat sesapa yang gigih mengarang komen FB yang paling berjele pernah aku nmpk... Penuh pengisian dan padat dengan komenan... Hak3. Aku tukang tepek jew.

"Kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya ...tid......ak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya …

Tetiba Nak Beli.... iPad2

Image
Tetiba plak hati aku berdebar bila tgk ipad2... Pe kes nie wehhh... Ya tuhan ku bagi ler aku kekuatan utk menangkis dugaan ini.... Ini Yo punya pasal huhuhu

P/s: paling cikai pun thn smpai ipad3 kuar yek huhuhu

Blogging via iphone



Study Group...

Image
Gigih study group ngan Wawa n Shahrul rini utk settelkan assignment design yg kena hantar minggu nie.. Yang tak menahan dah banyak buat bila check deflection bulleh fail plak... Pe kesss!!!!! aaarrrrrrhhh tensiioooon klu kena mula buat balik semula. Sedangkan wat sama- sama dalam kelas nie ngan lecturer. Adohaaaiiii.. Tak sanggup rasannya kena wat balik weeehhh..

Tuluuun help me..

Blogging via iphone


Congrat Malaysia... Malaysia Boleh..

Image
Yahoooooo Rakyat Malaysia sekali lagi telah berjaya menharumkan lagi nama negara di mata dunia dengan kejayaan kita bersama menduduki tempat pertama dalam negara-negara ASEAN rakyat paling banyak yang GEMUK or dalam bahasa sopan dan satun OBESITI... Sesuai sangat ler dengan suasana sekarang nie yang sedang berlangsung Sukan SEA kat Indon tu. Leh dapat pingat emas tambahan hak3.



Paling menarik plak no 6 dalam kalangan negara Asia Pasifik... Makin membanggakan bha.. Aku agak2 terharu bila kita berjaya bha. Aku sangat yakin aku termasuk dlm golongan yang berjaya mengharumkan nama Malaysia huhuhu... Anda pula bagaimana???? Kalau ya jom sama-sama kita bergumbira (sambil minum teh ais bungkus beli kat kantin tadi)...

So nampak gayanya Kerajaan kena lakukan sesuatu untuk membantu rakyat Malaysia kembali kepangkal jalan. Salah satu cadangan ialah dengan tidak mengsubsidikan gula lagi. Walaupun harga makanan macam kuih akan naik harga tapi bagi menyayangi rakyat Malaysia yang terchenta ini aku…

Malas Malas Malas...

Image
Maaallaaaasssssssssssssssssss
Assignment banyak tak siap lg. Design, Teknologi Pembinaan n Geotek aku tak sentuh lg.. Cam biasa xde mood...

Apa yg aku wat??? Ulang kaji baca buku Harry Potter Goblet of Fire... Ahhhh insaaap lah....

Blogging via iphone

Adeh... Budget 2012

Image
Aduiiih... Letih benar rasanya wat benda alah nie. Tiap2 hujung tahun aku mengkadap benda alah nie.. Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan 2012 utk jambatan. Dah sakit kepala aku melayan waaaaa... Sioot tol.

Bos pun klu aku de wat sikit jew silap cam dosa besar tol dia bising. Mana ler aku nak semak betol2 dekat 1k buah jmbtn nak baiki. Mesti ler de typo or double entry. Letih bha and aku dah seminima mungkin check jgn de silap tp bila bos check tetap de gak... Adoooooiiii haaaaaiii cek mek molek... Bertabah jew ler...

Ini ngah check satu2 balik n masuk mana lg yg dia suh tambah. Terpaksa ku rombak lik summary.. Hmmmmm

Itu lum wat Program Mandatori Tahunan Jambatan 2011 utk nak masuk rekod.. Dalam bilik nie baru sikit laporan aku dapat.. Kat luar and yg otw banyak lg... Lebih 8k jambatan oooo... Saturated dah otak aku nie tgk benda alah nie huhu...

P/s : sempat gak aku berposting huhuhu

Blogging via iphone

Hydrology Class 13hb November 2011

Image
Adeh cam biasa masih tak tumpu perhatian dlm kelas utk subjek nie.. Apa nak jadi ler ngan aku nie. Siap berblog nie huhuhu.

Subjek nie klu ikutkan kat poli dulu leh jew aku skor. Kira leh nak paham ler. Kali nie nan adooo nmpk gayanya. Agaknya sebab aku makin tua kot. Otak dah kureng. Ngan tak tumpunya lagi ler camner nak paham.

Subjek nie Dr Sobri Harun yang ajarkan. Dr nie suka tol panggil kami 'saudara saudari' huhuhu. Utk hari nie kelas mula kul 9am tapi ramai yg tak dtg lg. taim aku ngah taip nie Wawa tak sampai lg. Smlm bukan main sindir Yamani dtg lmbt. 'kelas mula pukul 2pm bkn kul 230pm'.

Haaaa nie Wawa Whatups aku kata kelas dah mula ke lum?? Pedaaa nie kompom kat umah lg nie... Apa lg aku punya jwpn mkn dlm ler 'kelas kul 9 bukan kul 11' huhu... Kijam2.

Yg aku nie dtg awal pun serupa tak dtg kelas... Insap2... En HMK sila tumpu perhatian....

P/s : tq kat papa shahrul coz bawak kerepek.. Nyam2


Blogging via iphone

Minyak Cuit...

Image
Hahahha cam nak jual minyak plak bunyinye yek... Ahaks.. Bukan ler nie aku nak cite pasal minyak yg selalu family aku guna klu luka, sakit bdn, terseliuh or pe2 yg berkaitan.

Fyi minyak nie mmg serasi tol ngan kami sekeluarga almaklum ler mak ckp klu kami kembung perut ke taim kecik mmg sapu minyak tu jew.. Settle.. Bdk sekarang selagi tak sapu minyak telon or yu yee mmg tak ok. Cam anak sedara aku ler.. Tak rasi sgt.

Kami panggil minyak cuit jew walaupun nama asal choi chiwit.. Senang nak panggil cuit jew huhu. Panjang tol umur minyak nie. Kat KL mmg susah nak dapat. Balik kg baru leh jumpa. Mak aku yg kebas separuh bdn sbb strok tu mmg pengguna minyak cuit tegar. Tiap mlm sapu. So kira minyak tu mmg wajib ada. Klu kami balik mmg abis di kerjakan sapu bdn2 sakit nak kasi lega.

Sbb susah sgt nak dapat kat sini kira klu balik kg tu mmg kakak ku akan selau beli sebotol dua wat stok kat umahnya. Biasa kena pi ke Bota ler coz de satu kedai tu jual minyak cuit nie. Kekadang xde gak kat sa…

Tilam sedap

Image
Muhahahahah... Ini ler tempat beradu aku yg baru huhuhu. Petang tadi sampai.

Aku skrg giler bergroupon so byk benda aku dah beli. Salah satunya tilam nie huhu. Alang2 nak beli tilam biar ler puas hati sikit. Xtau ler mlm nie lena ke tak hahaha..


http://www.groupon.my/deals/klang-valley-selangor/golden-dreams-trading/715883780


Yg nyata taim aku wat posting nie sambil berbaring enak atas tilam nie hahahah.. Nikmat2...




Test berblog guna iphone..

Image
Salam... Nk try jew nie huhu... Mana tau leh plak ke. Xde ler bersarang blog aku pas nie klu leh update terus dari iphone huhuhu....,

Aku nk upload gambar umah sewa aku taim poli kat puo...