LeGa CuTi SeKolaH


Apa kait mengait entri aku pagi nie dengan cuti sekolah???? Nak kata aku masih sekolah lagi, aku dah tua tak sesuai gigih nak pergi sekolah. Nak kata aku cikgu isshhhhh lagi tak ada kait mengait. Nak kata aku ada anak lagi ler tak  ada motip, aku masih bujang trang tang tang.

Bukan apa cuma pagi nie bila aku keluar dari rumah aku merasakan sesuatu suasana yang lain kat kawasan aku tinggal nie. Sunyi semacam hening pagi ini.... burung-birung berkicau riang, awan berarak indah....... motip aku dah berpalsampah nie??? Back to the topic... aku rasa sunyi sebab kurang aktiviti pagi-pagi tu. Biasa riuh rendah dengan budak-budak yang nak pergi sekolah. Mak budak pulak terjerit2 suruh anak bangun bersiap pergi sekolah. Baru ler aku pasan minggu nie School Holiday..

Kalau korang nak tau cuti sekolah ler antara yang aku rase bahgia nak pergi kerja. Sebab apa??? Haaa ini yang aku nak cerita nie. Yang pertama, aku nie duduk kat pangsapuri 18 tingkat. Lifnya ada dua jew setiap blok. Rumah sewa aku pula kat tingkat atas sekali... Maka kalau aku tunggu lif tu tiap-tiap pagi biasanya kalau tak sampai 5 minit memang tak sah. Lifnya bila nak naik memang kadang-kadang berhenti tiap tingkat. Mana tak ada yang gatal tangan konon nak cepat tekan button lif atas bawah bila nak turun. So makin lambat ler lif tu nak sampai dekat tingkat aku. Bila dah masuk pulak, nak turun bawah pun lama gilerr bila ramai betul orangnya. Dah ler berhenti tiap tingat. Sesak pulak tu. Cuma aku bertuah sebab biasanya kalau aku masuk lif mula2 memang tak ada orang coz tingkat paling atas kan.. Tak ada ler tak dapat nak masuk lif kalau sesak sangat dalam tu. Cuma nak tunggu sampai ke bawah yang seksa. Berpeluh aku... hilang bau minyak wangi Dunhill Blue Desire hehehehe.... Tapi bila cuti sekolah... berdesyuuup jew sampai bawah tu.

Lagi satu.. aku nie perangainya tak suka sesak-sesak dalam jammed. Mengalahkan aku nie naik kereta bila pergi kerja. Sedangkan aku tiap pagi naik Mak Long Zai aku jew. Sepanjang jalan aku pergi kerja tu kalau ikutkan memang antara jalan yang sesak dekat KL nie. Bila keluar jew pangsapuri aku tu memang jalan MRR2. Aku tinggal dekat Bandar Tasik Selatan kan... Cuma aku bernasib baik memang tak hadap sangat jammed kat MRR2 tu. Aku keluar terus tuju ke jalan Metramac. Itu pun jammed juga masa simpang nak tuju Metramac and ke Bandar Sri Permaisuri. Dekat tol 50sen tu kalau silap gaya memang penuh sesak dengan kereta nak bayar tol. Sebab aku naik moto jew aku berlalu pergi dengan bangganya tanpa bayar tol. Siap tak ikut laluan motosikal tu. Redah jew ikut pondok tol tu muhahahaha.. Bila dekat nak sampai simpang tuju ke jalan E30 KL-Seremban dan ke Lebuhraya Persekutuan.. Haa situ memang jammed gilerrr.. Ramai betul yang nak pergi Jalan Persekutuan. Diorang cakap biasanya akan reda sikit bila lepas menara rebung tu. Walaupun sepanjang jalan lepas tu penuh dengan kereta aku sepatutnya bernasib baik ler sebab naik moto jew. Dek sebabkan perangai aku nie yang tak suka betul bila jalan jammed sebab tak dapat pecut betul-betul moto tu. Slow jew aku bawak.. tercilok sana-sini nak cepat sampai. Bila cuti sekolah nie.. kereta memang kurang., pecut habis aku bila naik moto tu. Biasa 25min ke tempat kerja, tapi aku boleh buat 15min jew kalau cuti sekolah.. Kira awal juga ler yek hehehehe....

Apa-apa pun bila cuti sekolah jew nak pergi kerja memang bahgia rasanya. Cuma kali nie aku dapat menikmatinya sampai esok jew.. hehehehe.. Aku nak ambik cuti mula hari khamis nie. Abang aku kawin kena balik awal. Hari ranu aku naik LRT jew coz lepas balik kerja terus pergi Subang Jaya. Balik kg dengan kakak.

Pada budak-budak sekolah semua dan tak lupa juga para cikgu-cikgu selamat bercuti sekolah okeyyy......


p/s: rindu zaman sekolah...........




Comments

  1. yeah..minggu cuti sekolah adalah minggu yang heaven!! =D

    ReplyDelete
  2. tau takpe.... hehehehe.. tp masuk opis tak heaven dah huhuhu

    ReplyDelete
  3. lukisan atas tu ko yg lukis ke apa?wakakaka

    ReplyDelete
  4. haah bha... terror tak aku melukis.. hik3

    ReplyDelete
  5. org ke ko lukis tu?aku tgk mcm semut pun ada..haha

    ReplyDelete
  6. itu memang aku lukis semut ler... ada ker orang plajk aku lukis... mata ko dah rojuling ke??? heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6