Google Website Translator Gadget

29 January 2016

Bukit Besi Di Malam Hari

Cerita sabtu lepas selepas sambut Birthday BFF di Wangsawalk fikir untuk lepak-lepak bersama sambil tengok pemandangan KL di waktu malam.





Happy birthday both of you. May Allah always bless you.






Lepak-lepak, sembang-sembang and ada sesi kenal mengenal sebab ada diantara kami baru kenal. Nampaknya semua masih muda remaja 20an kebanyakanya. Tengah syok melepak tetiba si Shah wat hal pulak tabur tepung kat BirthdayBoy. Yang tak tahan yang lain juga menjadi mangsa keadaan.



Hasil 2kg tepung. Dah macam apa jew muka masing-masing. Tapi tetap cool and sporting. Mastermain Shah paling kanan baju warna biru. Hari hampir mencecah pukul 1.00am dan sebahagian dah turun ke bawah. Nampak bulan terang malam nie cam sesuai jew tangkap gambar.















26 January 2016

TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 5) Jeju Island : Hiking Hallasan

Ok antara highlight utama aku turun Korea kali ini adalah untuk mendaki Gunung Halla. Hallasan berketinggian 1950 meter dari paras laut dan merupakan Gunung tertinggi di Korea Selatan. Untuk mendaki gunung nie terdapat banyak Trail seperti gambar bawah nie.


Tak semua trail yang ada boleh sampai ke Peak Halla atau dipanggil Baengnokdam. Kebiasaannya blog yang aku baca diorang akan ikut trail Eorimok dan Yeongsil. Tapi dari sana nak ke Baengnokdam dah tak boleh sebab laluan ditutup kerana kerosakan ketika Jeju pernah dilanda taufan. Blogger yang pergi kebanyakan kata trailnya senang dah mudah, siap ada yang berlari-lari. Kawan aku yang pernah daki dari Eorimok Trail pun kata kacang putih lagi-lagi laluanya dibina dengan cantik. So automatik dalam kepala aku dah set hiking Halla adalah mudah. Laluan aku pilih untuk hiking Halla ialah Seongpanak.

Seongpanak Trail is a 9.6km course that starts from Visitor Center (altitude 750m), passes Sokbat, Saraoreum, Jindallaebat Shelter and continues up to Hallasan Baengnokdam Lake Summit. It takes about four and half hours for a one-way hike.


Seongpanak Trail provides access to Hallasan’s summit, and while most of the trail’s slope is gentle, the steep sections and the overall length of 19.2km (round trip) requires conservation one’s physical strength.

Visitor Center - Sokbat - Saraoreum Spring - Jindallaebat Shelter - Hallasan Summit (Baengnokdam)
Untuk ke Seongpanak dari GH aku nie pilihan terbaik aku nak guna Bus jew. Rasa rugi kalau sewa kereta 2 hari semata-mata nak ke Seongpanak. Tanya dengan pekerja The Forest cara untuk pergi ke sana dengan bus dan diorang memang ada information tu. FYI untuk mendaki kali ini kami pergi bertiga bukan berdua yea. Roomate kami dari Holland mahu join sekali bila aku cerita nak mendaki Halla. 

Esoknya dalam pukul 430am dah bangun untuk kejar bus terawal ke Jeju City Bus Terminal. Tunggu bus no 100 yang sampai pada pukul 545am. Sampai Jeju City Bus Terminal terus pi kaunter beli tiket bus ke Seongpanak untuk Damian rakan kami dari Holland. 1st time naik bus katanya. Kami guna Tmoney sahaja.

Sampai di Seongpanak sekitar pukul 7.20am. Dengan lafaz Bismillah kami mulakan perjalanan. Cuaca hari ini sangat baik. Cerah dan suhu sekitar 18 darjah celcius.

Visitor center

Track berkayu mudah betul pada pemulaannya




Maklumat lokasi kita berada.

Tanggal baju sejuk sebab panas, nampak muka kesemputan




Damian dan Me di Sokbat Shelter

Untuk 4.1 km pertama laluan dari Visitor Center Seongpanak ke Sokbat Shelter dikategorikan sebagai easy. Track yang dijaga rapi dan kebanyakan track adalah kayu dan berbatu. Tapi walaupun easy, atas kesilapan aku juga sebab pakai kasut yang salah untuk mendaki. Aku pikir banyak track papan tapi banyak juga yang berbatu gunung. Tapak kasut tinggi memang menyukarkan  pergerakan dan berpuluh kali ler asyik terpelecok bila pijak batu. Rehat sebentar di Sokbat sebelum meneruskan perjalanan ke Baengnokdam.





Sumber air gunung. Tak singgah pun sebab bekal air banyak lagi

Pemandangan yang kita akan dapat bila pergi ke SaraOreum Observatory

Selepas 1.7km berjalan dari Sokbat bermula track yang agak sukar. Pendakian semakin sukar badan kaki aku makin sakit. Tapi aku akan teruskan juga misi sampai ke kemuncak Halla. Dipertengahan jalan ada sumber air gunung. Ramai juga yang berhenti isi air, tapi kami teruskan perjalanan sehingga Saraoreum Entrance.



Kalau nak pergi ke SaraOreum perjalanan 0.6km dan mengambil masa 40min pergi dan balik. Aku pikir bila turun nanti nak singgah ke sana. Apa sangat ler 0.6km tu kan.... (angkat tangan ke dada pandang mata ke atas). Entrance sini ada tempat rehat dan aku memang melepaskan lelah sepenuhnya di sini. Makan snickers to full my bar energy yang dah tinggal separuh huhuhu. Jauh berjalananya lagi weh oooiiii...

Nampak.... penat betul

Ada camera punya pasal muka tetap kena cool huhuhu...
Information nie sangat berguna tapi kekadang leh wat mental..

Perjalanan kena diteruskan segera ke Jindallaebat Shealter. Untuk pendakian ke puncak hanya boleh diteruskan sekiranya kita dapat sampai ke Jindallaebat sebelum pukul 1200pm. Kalau lewat dari itu jangan harap ler nak naik. Penjaga sana akan halau korang turun dengan segera huhuhu..





Alhamdulillah sekitar pukul 1015am kami sampai di Jindallaebat dengan jayanya. Cuma aku jew yang tak berapa jaya sebab kaki bawah keting dah mula sakit-sakit. Kat sini aku pergi toilet dan sangat menyedihkan toiletnya sangat-sangat kotor dengan tak ada air langsung. Masuk ke dalam memang tahan nafas sungguh. Bau toilet semerbak sampai ke luar huhuhuhu.

 Bawah nie aku tepek information mana yang ada di sini sebagai rujukan sendiri di masa hadapan huhuhu..




Hampir pukul 11.00am kami mula bergerak ke Baengnokdam. Masih berbaki 2.3km sebelum sampai ke puncak jaya. Dari Jindalaebat Shelter ke Baengnokdam merupakan track paling sukar. Dah ler kali aku makin sakit menyebabkan perjalanan semakin perlahan


Tak meraung ke korang bila tengok dari jauh tracknya macam ini...
Zoom sikit nampak dengan jelas



Ada yang mula dah turun ke bawah










Dengan segala kepayahan dan kesungguhan yang teramat tinggi akhirnya berjaya juga aku sampai ke puncak Halla, Baengnokdam pada pukul 1215pm. Pemandangan sangat ohsem dan orang pun sangat ramai.








Kisah ajumma-ajumma kat bawah nie diorang sangat baik hati, bagi kami ubi manis dengan limau. Rasanya sangatlah ohsem. Walaupun ubi dah sejuk bila masuk tekak subahanallah sangat sedap. Limau Jeju seperti yang dikatakan manis, sedap, lazat dan paling penting untuk aku ada rasa masamnya huhuhu. Sebenarnya kami tumbang rezeki Damian sebab ajumma bagi Damian jew tapi bila diorang tengok Damian communicate dengan kami terus ajumma bagi sekali huhuhu

Tq ajumma



Mercu tanda atau bukti korang dah sampai Peak Halla. Boleh dapat certificate kat bawah bila tunjuk gambar nie


Walaupun tak puas berehat kat atas tu tapi nak tak nak kena turun juga. Lagi pun asyik dengar pengumuman dalam bahasa korea kat speaker macam suruh turun segera jew. Kaki aku memang dah sakit jalan pun dengkut-dengkut. Nak wat camner ko yang pilih Seongpanak Trail kan.. Redho jew la... Dalam sekitar pukul 1.00pm mula gerak turun ke bawah.

Perjalanan turun dimulakan
Kalau tengok muka aku tu pun perasan tengah tahan sakit huuhuh..











Sakit kaki pun gambar sendiri tetap diabadikan. Pemandangan turun sangat ohsem. Tak terungkap dengan kata-kata. Gambar yang aku tangkap tak dapat menunjukan keindahan sebenar. Kawan aku banyak gambar yang cantik-cantik menunjukan angle sebenar Halla. Aku pakai snap jew huhuhuh.





Mini keretapi untuk angkut barang-barang ke atas. Nak jew aku menjerit suruh mini train tu berhenti untuk bawa aku turun bersama huhuhu...

Hari semakin gelap dan masa nie la ada sekawan rusa lari-lari dalam semak. Nasib sempat nampak.

Pejalanan turun yang sangat panjang dan sangat memenatkan. Kekuatan fizikal memang dah kelaut aku rasa cuma mental masih kuat aku gigih teruskan perjalanan. Ada sampai satu tahap air minum kritikal nak habis. Untuk sampai ke sumber air bukit jauh sangat lagi. Kongsi air sikit sorang untuk basahkan tekak sahaja. Sampai di sumber air habis satu botol air ditelan. Sangat sedap dan segar air bukit tu.

Alhamdulillah, tepat pukul 5.00pm aku sampai di pintu masuk utama Seongpanak. Tak sangka aku berjaya merempuh perjalanan lebih 19km dan berjaya menamatkan misi mendaki Hallasan. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya aku masa nie.

Penat pun muka tetap kena senyum
Bukti aku berjaya sampai ke Summit Mount Halla, Gunung tertinggi di Korea Selatan
Settel ambil sijil di Visitor Center terus balik naik bus yang sama ke GH di Jeju City. Sampai ke GH dalam pukul 7.30pm.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...