akU CaBut DaRi KeLaS


Aku dah buat mula perangai... Hari ini kelas belum habis lagi aku dah cabut larik pulak... Waaaaaaaaa...... Hari ini memang dalam sejarah. Tak penah seumur hidup aku buat perangai macam ini. Bukan apa memang aku tak dapat tumpu langsung dalm kelas. Dua jam pertama sahaja aku tumpukan perhatian. Lepas tu memang aku dah hanyut. Baca paper and main game.. Lecturer ajar kat depan slumber jew aku buat tak tau. 

Serius untuk kali ini memang aku tak dapat nak masuk sangat dengan subjek Teori Struktur nie. Kalau masa Diploma aku memang suka sangat subjek ini. Untuk sekian kalinya aku tewas dengan tahap kemalasan aku yang semakin melampau-lampau. Lec tu memang bagus ajar siap dia ajar yang detail2 macam mana nak dapat nilai tu. Aku jew yang sengal malas nak tumpu perhatian. Aku rasekan aku pening2 kepala tadi hadap subjek nie.. Siap mintak minyak cap kapak kat ustazah.. Baru aku percaya dengan istilah mabuk belajar.. Huhuhu.. Rehat pukul 1tghari tadi pas makan aku naik atas.. Kemas barang and cabut. Hmmm kalau tetiba lec nak buat kuiz aku redho jew ler..

Kalau ikutkan minggu nie memang banyak merekodkan ketidakbaikan aku dalam pelajaran. Minggu nie memang aku tak study langsung pas geng aku mengistiharkan minggu tanpa study group. Kira nak lepaskan geram selepas sebulan tak henti2 buat study group coz nak cover siapkan assignment and study utk ujian. Minggu nie aku layan tengok cerita jew kat computer. Layan cerita korea 16 episod.. Sempat aku abiskan cerita tu dalam masa seminggu tu jew. Tapi sedar- sedar pagi sabtu Linda sms tanya assignment Teori Struktur untuk gerbang. Alamak memang aku betul2 terlupa pasal assignment tu. Dah ler kena hantar hari ini. Aku tanya geng-geng aku semua pulun tak buat lagi. Semua memang tak ingat juga pasal assignment tu.. Sama cam aku juga ler nampaknya. Alih2 pagi tadi baru siap. Itu pun meniru jew. Semalam nak buat juga ler assignment tu sendiri. Tapi macam mana nak buat bila mula buka buku pukul 12.00am. Tengok2 soalan tak boleh buat terus tutup buku and tidur. Adeh apa nak jadi nie..


Sekarang nie aku dah terlangut kat rumah jew. Kawan-kawan aku yang lain tengah gigih belajar dalam kelas. Sori kengkawan dengan perangai aku yang teruk nie huhuhuu.. Nanti korang ajar aku yek. Nota korang untuk petang nie nanti aku nak pinjam huuhu.. Korang semua jangan buat perangai macam aku yang memang tak elok nie. Dah ler minggu depan aku akan ponteng kelas coz abang aku kawin...  hahaha... bertabah jew ler. Esok kita jumpa buat study group untuk assignment minggu depan yang nak hantar yek hehehehe.


p/s: hyunHMK sila insafkan diri anda.. lagi sebulan nak final exam. Jangan malas2 okey....




Comments

  1. yikes, memang teringat betul zaman belajar dan tahap kemalasan yang melampau. aku sarankan, ko pegi kelas, wlupun tidur. attendance pnting, klu tak, jadik macam aku, kene repeat..hoho, sungguh nakal waktu muda dulu. anyway, jmput dtg ke blog untuk shelf ala IKEA design, tapi boleh DIY!

    ReplyDelete
  2. attendance memang dah tanda tadi hehehe.... entah agaknya dah tua tu yg malas belajar huhuhu

    ReplyDelete
  3. de ujian la hyun...masuk bab garis imbas n bab baru..plasticity kot....ngee~

    ReplyDelete
  4. yeke bha...??? nnt cik unge ajar yek... ku tak tau bha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall