Posts

Showing posts from March, 2011

BiZi DeNgaN DanGaU......

Image
Salam.....

wehhh giler bz tol aku sekarang nie.. Kat opis lagi xleh cakap ler. Cam smlm naik letih aku duk melayan bos aku nak itu ini. Tak kancop2 keja masuk... Tapi yg aku agak2 tension gak dunia ku penuh dengan surat huhuhuhu... permohonan itu ini.. Tp tak kisah ler itu pun utk kebaikan semua jugak... Cuma tak tahan dengan cara bos aku tu. Aku tak tau ler dia layak panggil bos ke tak sbb ciri2 bos xde pada dia... huhhuhu (Mampos ler aku kalau Leow baca).. Tp i'm try my best to hormat dia sebagai orang atas aku....

Haaa aku lupa nak cerita yang aku nie antara Forumer Cari yang agak2... tegar coz kalau online mmg wajib masuk sana ler baca-baca info2 terkini and melihat perangai-perangai forumer kat sana.. Posting dulu aku de cakap yang aku de geng kat cari... memang rapat lerr. So kali nie Board Borak ada anjurkan pertandingan dangau. Demi komitment aku yang tinggi pada board kesayangan aku nie aku join jugak ler... Walaupun aku tau beban aku makin bertambah ler selain student an…

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011

Image
Tetiba rasa nak join...... Sy seorang lelaki... itu je kan syaratnya????? klu sesapa nak join clik sini ok... Join

Earth Hour 2011 Malam ini....

Image
Salam.....


Jangan lupa malam nie tutup lampu tau dari pukul 8.30 mlm hingga 9.30mlm.... Alah bukan lama sangat pun 1 jam saja..Jom sokong ok bagi menyelamatkan bumi kita nie yang makin nazak...


Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF juga dikenali sebagai World Wildlife Fund.Aktiviti kempen ni selalunya diadakan pada setiap hari sabtu pada bulan Mac setiap tahun,Pada tarikh ini selalunya lampu akan dipadam selama sejam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ni.


Earth Hour adalah program berunsur kecintaan alam yang pada mulanya dilaksanakan di Australia. Melihat inisiatif mulia ini, program ini mula dilakukan kalau tak silap di 38 negara. Program ini terus berkembang menjadikan peserta negara dunia meningkat kepada 128 negara. Seluruh dunia akan menutup alatan-alatan berkaitan elektrik selama satu jam pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.


Eiffel Tower, Twin Tower dan ribuan mercu tanda setiap …

BesT GiLer CiTe KasHaf Imani

Image
Hari nie pas balik kerja kul 4.30pm.... terus aku balik. Sebelum tu aku bayar dulu duit moto and pi klinik ambik ubat... Ubat apa??????????? Mana leh kasi tau huhuhuhu..... Sempat aku bungkus nasi goreng ayam kat bawak. Lapar siooot tak leh tak makan malam nie.... Huhuhuhu....


Taim aku makan aku layan pulak satu cerita drama yang memang dah lama aku download. Aku download cerita nie bukan apa sebab aku suka tol tengok Sharifah Amani nie... Dah ler cantik, kiut miut tambah ler lakonan dia memang mantap. berlakon bersama dengan Beto Kusyairi... Alaaa si Beto nie yang berlakon dalam cerita Geng Surau tu... Razif atau Mayat dalam cerita tu.... So aku rase cam ada sesuatu yang menarik pada cerita nie...
Maka hari nie ler aku baru berkesempatan nak tengok... huhuhuhu... Kisahnya mengenai Imani yang dikurniakan oleh tuhan keistimewaan dimana tiada hijab baginya melihat roh orang mati atau yang dalam koma. Ini gara2 Imani pernah koma akibat kemalangan yang menyebabkan ibubapa dia meninggal. So,…

RuJuKan AssignMenT 2 KeJuRuTeraaN JalaN RaYa

Image
Assalamulaikum...


Kat sini aku kasi assignment 2 Jalan Raya yang group aku dah siapkan. Tak jamin yang jawapan kami nie betul ke tak.... Aku letakkan sekali assignement yang sama senior UTM dulu yang bua sebelum nie... Kredit kepada ahli kumpulan aku  wawa, mat n shahrul... Juga kolabirasi jawapan bersama daripada group kakani, din, jaja and yam......


Assignment Jalan Raya (Highway Engineering)  Bab 2 
Assignment Jalan Raya (Highway Engineering)  Bab 2 (Senior)


Jaminan jawapan yang diberikan tidak dapat dipastikan. TQ

Berkhidmat untuk Kelas
(curi ayat mat)


Review Big Mommas: Like Father, Like Son

Image
Kalau ikutkan semalam aku tengok dua cerita kat panggung. Abis sahaja cerita Hikayat Merong Mahawangsa dalam pukul 1.40pm terus aku gigih beratur beli tiket tengok cerita Big Mommas pukul 1.45pm.Huhuhu kira semalam cam hari wayang sedunia bagi aku ahaks...
Aku masuk agak lewat untuk cerita nie mungkin ketinggalan dalam 2 min awal huhuhuhu.. Terus2 jew babak  kejar van pos. Entah ler lebih kurang cam tu. Bagi aku ceritanya cam biasa jew. Tak ada yang menarik. Kelakor pun kat part2 yang biasa dibuat. Bila diorang terpaksa menyorokan diri kat Sekolah Kesenian Perempuan sebab ada pengedar dadah kejar anak dia yang boleh jadi saksi pembunuhan. Anak dia pun terpaksa menyamar jadi pompuan jugak... Lain-lain tu kalau korang nak tgk sila ler tgk sendiri. Kalau aku diberi peluang aku memang akan tgk cerita nie kalau dah kuar kat TV atau aku download jew. Nasib kali nie aku beli pop corn dengan air milo. Tak ler aku tertidur terus huhuhuh. Ini semua gara-gara adik aku cakap cerita nie best. Tu se…

Review Hikayat Merong Mahawangsa

Image
Salam


Hari ini baru aku berkesempatan nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa... Walaupun sepanjang hari ini hujan aku redah jugak pergi GSC Midvalley  dalam pukul 11.00 pagi. Aku target nak tengok cerita nie pukul 11.45pagi. Memang banyak tempat yang kosong taim aku beli tiket tu. Maklum ler orang tengah bekerja. Harga tiket pun murah jew waktu tu dalam RM7.00 jew. Biasa memang takkan dapat harga tu selain hari Rabu huhuhu...

Ok sebelum aku nak tengok cerita nie aku dah set dalam minda aku nie yang filem Hikayat Merong Mahawangsa dibuat hanya dalam budget RM8.0 jota jew dengan tenaga kerja yang buat teknik CGI dalam 8 orang pekerja sahaja berbanding dengan cerita Holloywood beratus orang. So aku memang beranggapan mesti banyak kekartunan dalam CGI yang dihasilkan nanti. Expectation aku pada cerita ini jugak tinggi coz ramai yang kata cerita nie best.

Permulaan cerita nie agak menarik dimana ia bermula apabila Sultan Muzafar Shah ketika itu pemerintah Kerajaan Langkasuka, meriwaya…

NaK UpDaTe Jugakkkk.....

Image
Salam...
Dah lama giler aku menghilangkan diri dalam dunia blog nie... huhuhuhu... sekarang baru aku sempat nak update blog aku yang sekian lama dah bersarang.... Banyak betul sawangnya huhuhuhuh... Macam yang aku bagi tau sebelum nie aku balik kampung malam Khamis lepas coz Abang aku kawin hari Sabtu minggu tu. So memang banyak sangat persiapan yang keluarga aku kena buat sebelum majlis tu berlangsung. Tak sempat langsung aku nak menjenguk disini. Bertambah ler dengan masalah internet kat kampung pulakk...
Jumaat malam Sabtu family aku ada buat majlis tahlil sekali untuk arwah ayah.. Kalau ikutkan memang ramai yang datang. Buleh stail buffet kami buat hehehehe... Kira ok ler kot huhuhu... Esoknya majlis kawin abang aku plak.. Aku malas nak cerita panjang pasal majlis tu. Nnt aku wat entri khas pasal majlis tu sekali ngan gambar.
Sekarang nie aku dah ada kat KL. Naik bus Plusliner pukul 10.45pagi tadi kat Bota. Sampai kat KL Sentral dalam pukul 2.20petang. Kalau nak ke rumah aku memang ke…

~Heavenly Thoughts~~~

Image
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

 “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang,
puasa dan zakat tetapi dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, memakan arta si polan, menumpahkan darah si polan dan memukul si polan.
Maka akan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi itu pahala kebaikannya.
Jika sudah habis pahalanya sedangkan dosa kezalimannya belum terbayar, maka akan diambil dosa-dosa orang yang dizalimi
itu untuk dibebankan kepadanya lalu dicampakkan dia ke neraka.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)



Hadis Rasulullah SAW:

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir
tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca:
"La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir.
M…

KisaH HaRi Ini

Image
Pukul 5:45 pagi aku dah bangun. Hari ini aku pergi kerja kena naik LRT. tak bawak Mak Long Zai coz hari nie aku balik kg. Pas kerja siap2 and terus naik komuter ke Subang Jaya. Dalam kul 6:15 am aku dah gerak keluar dari rumah. Adehhh banyak plak aku pun barang nie nak angkut dalam LRT. Beg galas, beg camera, tripod camera and plastik baju utk ptg karang.


Biasa aku kena ambik bus atau teksi utk pergi ke LRT Bandar Tasek Selatan. Sebab aku takut lambat sampai opis aku naik teksi jew. Maklum ler aku masuk kerja pukul 7:30 am. Terbang RM4 walaupun tak jauh mana sangat LRT dengan rumah aku. Jalan kaki memang basah ketiak jew hak3...
Kalau diikutkan dekat BTS nie ada komuter juga. Alah dekat dengan TBS BTS yang baru tu. Sepatutnya aku boleh naik komuter jew nak pergi kerja. Malah lagi dekat dengan opis aku kalau jalan kaki. Dek disebabkan komuter tu kalau masuk memang macam tin sardin jadinya memang aku tak sanggup. Dah ler tak pernahnya tepat waktu bergeraknya. Harap ada jadual jew, ikutnya…

CuTi Ku LuLus... BaLiK KaMPunG

Image
Yahoooooooooooooooo............. cuti ku lulus semalam. Ahaksss... Aku ambik cuti 4 hari untuk kawin abang aku kali nie. Satu hari cuti ganti coz aku kena jaga bilik gerakan banjir pada 6hb Februari 2011. Malas aku nak claim OT. Bukan banyak sangat pun kalau OT gomen nie. Baik aku ambik cuti gantian. Maklum ler aku memang akan selalu ambik cuti kalau nak dekat periksa. Nak study mana yang tak sempat nak cover tu. Baki 3 hari tu baru aku ambik cuti rehat.
Kali nie aku rasa tetiba pulak tak sabar nak balik kampung. Biasanya tak ler terasa sangat nak balik kampung nie. Kali nie aku balik kampung ikut kakak aku. Selalunya balik naik Mak Long Zai jew. Kali nie biar ler kasi Mak Long Zai rehat. Tak payah jalan jauh-jauh yek huhuhuuhu.... Esok malam InsyaAllah aku gerak. Nak tunggu kakak aku balik dari Phuket dulu.. Rancangnya esok pagi-pagi aku dah gerak naik LRT. Angkut semua barang yang perlu nak bawak balik kampung sekali. Malas aku nak tinggalkan Mak Long Zai aku kat office. Takut apa2 h…

PeNat LeLah..

Image
Baru habis daripada study group. Sampai terus bukan computer layan internet jap. Tergerak nak buka Utusan tengok perkembangan terkini kat Jepun. mana tau ada letupan loji nuklear yang baru ke. Risau gak aku pasal kes tu.. Tetiba terperasan satu berita mengenai pengumuman satu jambatan di PD-Sepang ditutup. Yaaaahhh... itu antara hasil usaha unit aku yang gigih nak handle mengenai penutupan jambatan tu bha. Memang dalam tempoh 2 minggu nie duk sibuk uruskan hal-hal mengenai keadaan jambatan yang condition rating teruk. Akhirnya jambatan itu pun dah ditutup... Pas nie bizi plak nak mohon peruntukan untuk pemasangan jambatan bailey rasanya atau permohonan pembinaan jambatan ganti yang baru. Ini baru satu jambatan yang umum tutup. Ada satu lagi jambatan yang hendak ditutup juga. Tapi negeri mana dan dekat mana tunggu ler pengumuman yang selanjutnya... Aku tepek berita penutupan jambatan tu kat sini jap....

Jambatan Km 22.9 PD-Sepang ditutup kenderaan berat 14/03/2011 6:33pm
PORT DICKSON 14 M…

LeGa CuTi SeKolaH

Image
Apa kait mengait entri aku pagi nie dengan cuti sekolah???? Nak kata aku masih sekolah lagi, aku dah tua tak sesuai gigih nak pergi sekolah. Nak kata aku cikgu isshhhhh lagi tak ada kait mengait. Nak kata aku ada anak lagi ler tak  ada motip, aku masih bujang trang tang tang.
Bukan apa cuma pagi nie bila aku keluar dari rumah aku merasakan sesuatu suasana yang lain kat kawasan aku tinggal nie. Sunyi semacam hening pagi ini.... burung-birung berkicau riang, awan berarak indah....... motip aku dah berpalsampah nie??? Back to the topic... aku rasa sunyi sebab kurang aktiviti pagi-pagi tu. Biasa riuh rendah dengan budak-budak yang nak pergi sekolah. Mak budak pulak terjerit2 suruh anak bangun bersiap pergi sekolah. Baru ler aku pasan minggu nie School Holiday..
Kalau korang nak tau cuti sekolah ler antara yang aku rase bahgia nak pergi kerja. Sebab apa??? Haaa ini yang aku nak cerita nie. Yang pertama, aku nie duduk kat pangsapuri 18 tingkat. Lifnya ada dua jew setiap blok. Rumah sewa aku p…

akU CaBut DaRi KeLaS

Image
Aku dah buat mula perangai... Hari ini kelas belum habis lagi aku dah cabut larik pulak... Waaaaaaaaa...... Hari ini memang dalam sejarah. Tak penah seumur hidup aku buat perangai macam ini. Bukan apa memang aku tak dapat tumpu langsung dalm kelas. Dua jam pertama sahaja aku tumpukan perhatian. Lepas tu memang aku dah hanyut. Baca paper and main game.. Lecturer ajar kat depan slumber jew aku buat tak tau. 
Serius untuk kali ini memang aku tak dapat nak masuk sangat dengan subjek Teori Struktur nie. Kalau masa Diploma aku memang suka sangat subjek ini. Untuk sekian kalinya aku tewas dengan tahap kemalasan aku yang semakin melampau-lampau. Lec tu memang bagus ajar siap dia ajar yang detail2 macam mana nak dapat nilai tu. Aku jew yang sengal malas nak tumpu perhatian. Aku rasekan aku pening2 kepala tadi hadap subjek nie.. Siap mintak minyak cap kapak kat ustazah.. Baru aku percaya dengan istilah mabuk belajar.. Huhuhu.. Rehat pukul 1tghari tadi pas makan aku naik atas.. Kemas barang and c…

TsuNaMi di JePuN

Image
Mesti ramai yang dah tau semalam Jepun telah dilanda gempa bumi sehingga 8.9 skala Richter terkuat yang penah dicatakan di Jepun semenjak alat pengesan gempa dicipta.. Wah giler dasyat.... Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Akibat daripada gempa yang kuat tu yang menjadi bertambah dasyat bila tsunami pula melanda Utara Jepun dengan ketinggian 10 meter.

Kesan daripada itu habis musnah bandar-bandar besar Sedai, Wakayama. Beratus-ratus kematian atau mungkin lebih tinggi lagi akan direkodkan kesan daripada malapetaka yang berlaku nie. Kalau korang tengok kat berita memang kemusnahan yang dasyat melanda... kenderaan dan kapal-kapal serta rumah-rumah macam keropok jew bila kena hayun di tsunamai tu.

Tapi bagi pendapat aku kemusnahan di Jepun adalah kurang jika sekiranya bencana yang sama berlaku di negara lain. Jepun merupaka satu negara yang memang dah p…

PrOtES DiKg..KitE RoNjaNg....

Image
Hampir seminggu lagi kenduri kawin belah family aku nak dilangsungkan. Apa yang aku buat???? Tak de apa pun yang aku boleh bantu sampai aku balik kampung malam hari rabu nanti. Mak cakap rabu lepas baru buat kenduri buat kerja. Yang jadi orang kuatnya cam biasa kak aku ler yang duduk kat kampung sekarang. Kesian gak aku kat kak aku nie. Banyak hal dia yang handlekan.. dari baju, pelamin, makan kenduri and semua ler pasal kawin nie. Kalau abang aku nie tak hargai jugak aku tak tau nak cakap apa ler..... Tunang and kawin Kak Ana nanti abang kena sponser banyak..... usah nak nyedaannn jew..


Semalam kak aku upload gambar dalam FB pasal apa kerja yang dia kena buat sengsorang kat kampung sekarang nie tanda protes katanya hehehehe. Bak kata adik laki aku tension gak kakak aku nie buat sorang. Sian bertabahlahh.... Buat Kak Ana tunggu ler Yen balik kampung rabu nie tolong sesikit.. huhuhhuhuu.... Tolong sesikit jew... ahaksss



p/s: musnah harapan nak bergaya taim kawin nanti coz kena pakai ba…

WaNtEd....!!!!

Image
Hari ini aku telah meWANTEDkan seseorang... Beliau teramat Wanted orangya.... Tapi sayang aku tak dapat nak menangkap wajahnya... Sapa kenai kereta ini sila hubungi aku.... Budak ini sangat murbahaya huhuhuhu.. Menaiki Honda City berwarna silver... Dengar cerita suka jalan kaki... sambil berpayung ayu....