Posts

Showing posts from January, 2012

Demam Demim Demum

Image
Hari ini masuk hari ke 3 aku tak sihat badan. Ini gara-gara aku kena hujan balik ke K.L isnin lepas. Gila... memang hujan selebat-lebatnya lepas masuk Slim River. Aku bertabah meredah hujan dengan motor aku sambil pakai baju hujan.

Kalau diikutkan balik kali ini paling mencabar yang pernah aku harungi. Bukan saja sebab hujan lebat, minyak motor habis pun ada. Biasa ada stesen minyak dekat RnR Ulu Bernam yang biasa aku berhenti  boleh pula tengah upgrading, so tutup lah buat sementara waktu.

Mahu tak mahu aku kena keluar juga dari Highway PLUS untuk isi minyak. Mula keluar Lembah Beringin, aku tengok lain macam saja sunyi terpaksa masuk balik Highway keluar semua ikut Bestari Jaya (Batang Berjuntai). Masuk saja sana ya Allah sunyinya kawasan. Penuh dengan ladang sawit kiri dan kanan. Tiada langsung kawasan perumahan. Mana nak jumpa stesen minyak nie. Hujan makin lebat, minyak motor dah turun bawah merah memang tahap super duper kritikal. Aku selawat saja sepanjang jalan yang sunyi tu. …

Cara Memikat Hati Wanita

Image
Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjuk…

Beza Rezeki Manusia dan Semut

Image
SEMUT
=====

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil…

Memang Salahku Maafkan Aku

Image
Bukan ku bermaksud untuk melukakanmu
Bukan ku bermaksud untuk menyakitimu
Bukan ku bermaksud untuk menhampakanmu
Tidak sedetik pun aku melupakanmu

Mungkin ini caraku dalam percintaan
Mungkin ini caraku dalam perhubungan
Sejarah lalu banyak mengajarku
Menjadi diriku sedemikian rupa
Dan tempiasnya dirimu terasa
Memang salahku
Maafkan aku

Perpisahan telah kau minta
Setelah hatimu diremuk duka
Dengan perbuatanku yang tak ku jangka
Memang salahku
Maafkan aku

Sayang ku padamu masih ada
Namun aku terima keputusanmu
Agar kau tidak sengsara
Agar kau tidak berterusan lara
Sepanjang waktu kita bersama
Kerna layanan ku tak sedemikian rupa

Jika masih ada aku dihatimu
Mungkin ada ruang untukku
Untuk menjadi selamanya sahabatmu
Kerna kau insan teristimewa dalam hidupku

Tak pernah wujud kekesalan dalam hatiku
Mengenal mu walaupun seketika
Bagi ku kau anugerah istimewa
Sepanjang kita bersama.

Titik noktah telah berakhir
Aku berdoa kau bertemu bahagia
Walaupun sayang masih ada
Biar masa…

Tips Memikat Lelaki

Image
Salam...

Ini beberapa tips yang aku rasa sesuai untuk mana-mana wanita memikat lelaki idaman mereka. Aku pun tak jamin dengan tips ini anda dapat memilikinya. Tak cuba mana tahukan?

Cara atau Tips Memikat Lelaki..
Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.Berwatakan menarik (Personaliti yang mampu mengugat hatinya).Jujur dan sentiasa merendah diri.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda     minati. Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti…

Luahan Hati Paper Hydrology

Image
Luahan hati dan perasaan aku yang sangat luluh bila tengok paper hydrology rabu lepas.
Terkesima seketika dengan soalan-soalan yang dilontarkan. Tidak seperti soalan-soalan biasa yang sering keluar. Mana kaedah Thissen???? Mana kaedah Muskingum??? Mana kaedah Mean and Mid??? Mana kaedah yang biasa keluar dalam soalan-soalan peperiksaan yang lepas??? Mana??? Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???? Semakin aku terkesima bila melihat hanya 4 soalan diutarakan berbanding kebiasaanya 5 atau 6 soalan yang hanya perlu dijawab 4 daripadanya.
Hujan diluar semakin lebat mengambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan aku dan juga mungkin kawan-kawan aku yang lain bila melihat paper tersebut. Dalam 15 minit pertama sepanjang 2 jam 30 minit yang diperuntukkan jari jemari aku gagal mencoretkan walaupun secebis jawapan dari soalan-soalan tersebut.  Telah habis daya aku memerah otak keringat yang telah aku berikan 5 hari ini untuk study sepenuhnya subjek hydrology ini. Setiap soalan yang ku baca aku gagal terj…

Paper Last Hidrology

Image
Rabu nanti baru aku habis periksa, last paper Hidrology... Fuhhh nasib lama lagi. Macam biasa sebab lama lagi aku study pun ala kadar saja. Hmmmm apa nak jadi laa. Kalau diikutkan untuk Sem ini, bagi aku subjek ini yang paling aku ringankan. Assignment lambat hantar (tadi baru pos), dalam kelas main-main, kuiz buat sambil lewa. Sudahlah untuk subjek ini 3 mata kredit... tinggi tu.. Mungkin sebab lecturernya yang sempoi aku buat dek saja pula.


Tapi apa pun aku kena study betul-betul juga. Nasib bila tengok jadual periksa subjek ini last buat aku lega. Aku harap gap dalam 5 hari dapat aku faham betul-betul subjek Hidrology ini. Tapi nampaknya 2 hari pertama tak banyak sangat aku study. Tak apa malam ini akan aku teruskan kegigihan meng'study' apa yang patut. Bukan senang nak dapat segulung ijazah ini. Lagi lah bila sambung belajar masa otak dah agak berkarat. Berusia lah katakan. Apa-apa pun hasrat untuk menjadi seorang Engineer, Insyaallah... perlu digapai....

Go Go chayoooook…

Today Exam Geotechnics II

Image
Pukul 2.30 petang nanti aku ada exam
Paper yang ke 3 Geotechnics II. Masih berperang atas meja jepun try cover mana yang patut. Grrrr risaunya soalan teori. Wish me luck.

Blogging via iPhone

Study For Exam - Paper Construction Technology

Image
Esok aku exam paper Teknologi Pembinaan. Secara jujurnya aku memang kurang sikit bila paper membaca  dan mengingat. Maklumlah dah tua otak berkarat sikit huhuhuhuh. Apa-apa pun I'm try my best to make sure dapat jawab dengan sepenuh usaha. 

Thanks kepada rakan-rakan UTM coz gigih memberi beberapa tips soalan yang akan keluar exam nanti. Sangat membantu aku yang dalam kritikal nie. Aku setakat hari ini baca dan faham tips yang diberikan sahaja. Kalau lah esok tak keluar memang garu kepala dan carutkan apa yang patut atas paper nanti. Apa-apa pun aku tetap bertawakal.
Today aku study dekat Library UTM sama dengan kawan-kawan aku yang lain, Kena jumpa juga sebab ada beberapa note yang aku tak ada. Sambil tu boleh lah bincang apa yang patut mana-mana bahagian yang kurang paham. Mood study pun kurang sikit hari ini. 
Korang doakan aku dapat jawab paper ini esok..... Adios amigos...

p/s: Esok ada pulak perhimpunan bebaskan anwar berahim... Memang tak habis2 menyusahkan orang. Klu sebab perh…

Doa Ketika Di Timpa Bala dan Kesusahan

Image
As Salam...

Ini doa yang selalu aku amalkan ketika aku dalam kesusahan dan untuk dipermudahkan segala urusan. Doa ini juga boleh melembutkan hati seseorang. Ini doa yang mak aku suruh amalkan dalam sembahyang.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS:
ا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau,
ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21) :87


So, pada kawan-kawan semua harap dapat amalkan doa ini selalu.

P/S: aku sentiasa berdoa agar semua kawan-kawan ku sentiasa dilindungi Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.


De' Warung Stail

Image
Thanks Cik Yanie aka Kekup coz belanja aku dan mak cik Que Gajus malam ini. Pusing-pusing dekat keliling Permaisuri ini nampak dari jauh macam menarik saja decoration restoran De Warung. Kami pilih meja yang duduk bersila saja. Konon macam ala-ala kampung huhu...
Deco-deco kedai memang menarik and bersih.. Sebut bersih tetiba ingat Wawa hahahahha.. Dalam menu nampak macam tak banyak pilihan. Menu pun silap ejaan sana sini. Macam cikgu tanda paper exam pula hehe. So kami decided ambil nasi putih, ikan kembung goreng, rendang ayam, tomyam hidupan laut ( seafood ;) ) and telur dadar.
Rasa dia macam mana??? Setelah diadili dengan penuh jujur oleh chef-chef kehormat bertaraf Master Chef Amerika aku, makcik Que and Kekup kami bersetuju memberi 2 1/2 bintang sahaja. Bagi aku rasa tomyam hidupan lautnya sangat lah kelaut.. Tak sedap sangat bha. Sedap berganda-ganda lagi tomyam promptip. Yang lain pun setakat biasa-biasa saja. Jus tembikai yang aku minum hmmmm.. Tak freshnya rasa.
Nak datang bal…

Review Samsung Galaxy Tab 10.1

Image
Aku berkesempatan untuk melihat dan menggunakan Samsung Galaxy Tab 10.1 dengan lebih dekat hari isnin lepas. Bukan apa abang belikan untuk kawan dia menggunakan namanya untuk dapat discount dalam 30% dari harga asal.

So aku mengambil kesempatan meneroka apa hebatnya tab ini. Untuk makluman aku penggemar produk apple maybe aku agak bias nanti dengan penilaian nanti hehehehhe..

Secara sekali pandang tiada yang menariknya Tab 10.1 ini jika dibandingkan dengan ipad 2. Dari segi design memang kalah habis. Material Tab 10.1 adalah daripada plastik berbanding ipad 2. Tiada unsur kemewahan disitu. Memang ringan mungkin disebabkab materialnya dan nipis tapi kalau tutup dengan pensel 2B stay juga nampak dari tepi. Tidak seperti yang di promosikan di dalam iklan. Yang kurang menariknya jika kita beli Tab original pun mesti ada yang cakap 'original ke made in china nie??'. Bukan apa kebanyakan rupa tab ini seperti tab-tab cetak rompak dari china. Penat beli mahal-mahal kan???

Bila aku ter…