MRR2... aPa YaNg PeRLu aNdA taHu


Lingkaran Tengah Dua atau dalam bahasa yang orang putih Middle Ring Road Two (MRR2). Ada yang tak kenal ke pasal jalan nie???? Agak-agak mustahil bha pada sapa yang tak kenai. Macam-macam kisah yang pernah kita dengar mengenai jalan nie. Ini antara keratan akhbar yang aku jumpa




Yang kes pertama pier retak tu aku tak jumpa pulak. Setahu aku MRR2 nie mula dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada tahun 2002 oleh kontraktor Sukimim - Bumi Highway. Panjang dia 41.8km menghubungkan Sri Damansara hingga ke Sri Petaling. Jalan penting nie tau pada penduduk Lembah Kelang. dekat ngan umah aku nie.....  Kalau ikut design MRR2 mampu tampung trafik dalam satu-satu masa 100,000 buah kenderaan sehari. Tapi sekarang kalau korang nak tau tak salah boleh cecah sampai 150,000 buah kenderaan sehari yang lalu MRR2. Giler banyaknya. So kalau macam tu maintenance period dia pun berubah juga ler pada perancangan asal. Maka banyak ler masalah-masalah yang berlaku di MRR2.... Yang orang paling tak tahan jammed setiap hari.. Lagi2 ler yang nak tuju Taman Maluri tu. Tapi nak wat camner kapasiti tinggi sioooot.

Kemuncak segala masalah MRR2 nie bila Utusan Malaysia menyediakan laporan khas yang bertajuk "MRR2 Zon Perang?'.. Ewaaahhh hebat sangat kewartawan diorang sampai cakap camtu. Entah-entah hebat tahap2 si Jubir tu huuhuhuh. Tapi berkat daripada laporan tu.. baru ler orang atas terutamanya kerajaan kelam kabut nak baiki MRR2.



Untuk pengetahuna korang laluan MRR2 nie unik sungguh... Sbb apa aku cakap macam itu??? Sebab laluan dia seperti bentuk telinga yang melingkari Kuala Lumpur. Oleh sebab itu had penyempadanan dan penyenggaraan MRR2 terbahagi kepada dua. 5 seksyen JKR punya dan 5 seksyen DBKL punya... Sini aku tunjukkan had sempadan masing-masing...

Seksyen 0.00 hingga 0.60 JKR Petaling
Seksyen 0.60 hingga 1.70 DBKL
Seksyen 1.70 hingga 4.50 JKR Gombak (Atas), DBKL (Bawah- Hingga Pier 18)
Seksyen 4.50 hingga 8.90 DBKLSeksyen 8.90 hingga 15.7 JKR Gombak
Seksyen 15.7 hingga 19.2 DBKL
Seksyen 19.2 hingga 25.9 JKR Gombak
Seksyen 25.9 hingga 27.7 DBKL
Seksyen 27.7 hingga 32.3 JKR Hulu Langat
Seksyen 32.2 hingga 39.9 DBKL

Pelikkan selang seli antara JKR dan DBKL. Tapi kalau korang nak tau sebab apa jadi macam itu tengok ler peta laluan MRR2.  Dia masuk sempadan-sempadan tempat seperti yang aku tunjuk kat atas tu tadi..
 
Apa langkah kerajaan yek bagi mengatasi masalah kat MRR2 nie???? Aku nampak selepas aduan keluar di akhbar pembaikan kat sepanjang MRR2 rancak dijalankan. Pusingan U Trun kat Bandar Tasek Selatan pun dah di overlay baru... Sedap jew lalu.. Kawasan lain macam railing, guardrail yang rosak pun diorang dah baik. Memang cekap dan pantas buat keja. Tapi bila aku lalu ketika kerja dijalankan aku perasan orang JKR yang banyak buat pembaikan. Di kawasan DBKL pun diorang baiki. DBKL tak ada duit ke yek???? hmmmmm... lantak ler asalkan laluan MRR2 okey... Lagi satu pada semua kenderaan yang lalu kat situ jgn ler buat sampah selalu. Banyak betol sampah-sampah kat MRR2 terutamanya puntung rokok. Bantu-bantu ler mana patut.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan Projek Penyuraian Lalulintas di Persimpangan Bertingkat Pandan Indah di sekitar kawasan km 29.4 bernilai RM100 juta. Yelaa MRR2 tu dah sesak sangat so alternatif lain telah dibuat kerajaan bagi meringankan beban pengguna jalan raya. Kalau siap nanti insyaallah kurang lah kesesakan di MRR2 nanti. Dengar cerita projek ini akan siap tahun depan. Sekarang ini kemajuan kerja projek tu dah 40%.

Dengar cerita juga untuk meningkatkan kecekapan dan menambahbaik sistem penyenggaraan MRR2, kawasan penyenggaraan yang telah dipertanggungjawabkan oleh DBKL akan diambilalih sepenuhnya oleh JKR. So selepas nie kalau apa yang dinyatakan ini diumumkan maka tak payah ler korang susah nak pikir nak adu kat sapa lagi kalau ada masalah di MRR2.. (Alah selama nie pun jalan DBKL yang problem pun korang salahkan JKR gak hahahahaha). Nanti kita tengok la bila jalan MRR2 kompem milik JKR banyak tak aduan dan masalah penyenggaraan lagi kat situ. Kita nantikan sahaja beritanya nanti.

Comments

  1. wahh kerlas abg engineer kita ni..kih3x

    ReplyDelete
  2. kerlassss ko maria... aku bukan engineer bha

    ReplyDelete
  3. adoiii... tak nak ambik tahu.. hhahahaa

    ReplyDelete
  4. setud...lepas ni mrr2 akan dibina di sibu..tahun bile tu x sure la..
    ko kena amik tahu..hahahaha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall