Masjid Al - Aqsa Sebenar!!!!!

Hari ini macam biasa bila aku masuk office aku akan masuk ruang forum dulu untuk mengetahui isu-isu semasa yang dibincangkan. Forum yang aku masuk tentu ler forum Cari thread Isu Semasa. So dalam banyak-banyak benang yang ada dalam tu aku tertarik dengan satu tajuk "Cahaya Misteri Dirakam Atas Kubah Emas BaitulMaqdis Malam Jumaat Lalu" oleh forumer KingNapTune.

BAITULMUQADDIS - Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin.
Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.
Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.
Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.
Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.
Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.
Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.
Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.
Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj. - Agensi  

Aku bukan nak komen atau nak ulas mengenai isu cahaya tu, tapi kat sini aku nak ceritakan kekeliruan umat Islam sekarang di mana Masjid Al- Aqsa sebenar. Secara jujurnya selama aku kecik aku telah tertipu dengan propaganda yahudi untuk mengaburi atau membutakan mata umat islam mengenai Masjid Al-Aqsa. Media-media barat atau tempatan juga mesti menyiarkan perkara dan gambar yang sama mengenai Masjid Al- Aqsa. Ini kah Masjid Al Aqsa????????

Masjid Al-Sakrah
Masjid Al Sakhrah atau Dome of Rock

Ini yang selalu ditunjukkan oleh media-media bila menceritakan mengenai Masjid Al-Aqsa. Kubah berwarna emas dengan bentuk yang menarik. Mesti dengan rekabentuk yang menarik pasti orang terutamanya umat Islam akan percaya dan menerimanya. Ini BUKAN Masjid Al-Aqsa... Itu ialah Masjid Al-Sakhrah atau dikenali sebagai "Dome of Rock". Kita telah berjaya dikelirukan oleh propaganda yahudi yang dilaknat.

Kedudukan Sebenar Masjid Al-Aqsa
Masjid Al-Aqsa sebenar terletak berhampiran dengan Masjid Al-Sakhrah. Pihak Zionis telah sengaja membina Masjid Al-Sakhrah ini yang lebih cantik dan unik dengan berbumbungkan kubah emas bagi menarik perhatian serta mengelirukan umat Islam. Dengan berjaya menipu semua umat Islam mengenai hal yang sebenar ini merupakan kejayaan yang besar bagi bangsa yahudi. Apabila orang yahudi berjaya dan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa ini iaitu Kiblat Pertama umat Islam tiada siapa yang akan bersedih atau meratapi kejadian tersebut. Bagi umat islam dengan berdiri kukuhnya Masjid kubah emas tersebut. Maka Masjid Al-Aqsa masih wujud dan kekal milik umat Islam. Sedangkan ia telah berjaya dirampas dan dimusnahkan oleh Zionis.


Sanggupkan kita sebagai umat Islam terus tertipu dengan propaganda ini??? Terus dipijak dan dipermainkan begitu mudah oleh Yahudi? Tetiba emo semacam pula aku hak3. Tapi aku rasa bertanggjawab untuk menceritakan hal ini kepada korang semua. Terutamnya pada yang masih lagi tertipu. Kira lepas tanggungjawab aku ini menceritakan kepada korang sekarang sedangkan hal ini aku dah tahu 3 tahun lepas.

Aku harap dengan penerangan ni dapat menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Aku berharap juga agar media-media tempatan tidak lagi menunjukkan Masjid Al-Sakhrah apabila menceritakan mengenai Masjidil Aqsa bagi mengelakkan kekeliruan berterusan. Kat sini aku tepek beberapa gambar Masjid Al-Aqsa yang sebenar dan bagi aku Masjid ini lagi cantik dan mempunyai sesuai perasaan yang tenang bila melihatnya. Terasa tempat yang penuh kesucian dan priority mengenai Islam itu sendiri. Wallahualam...






p/s: Marilah berdoa bersama-sama Masjid Al-Aqsa sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T

Comments

  1. info berguna btl blog HMK ni...i like..ahahah

    ReplyDelete
  2. ko dah lama tau ke baru tau kekup???

    ReplyDelete
  3. wah ni kekup ye..slmt bertemu kekup..

    ReplyDelete
  4. motip jadi jejak kasih plak sini hehehehe

    ReplyDelete
  5. buang la yg gambo gaara tu..menyemak je. aku nak baca pun susah...

    ReplyDelete
  6. hehehehe..... kat aku punya com tak ganggu plak bha.. hehehe... nak buang ke???

    ReplyDelete
  7. aku dah buang ler der... korang mmg dengki ngan gaara aku bha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????