Kisah Syirik dan Sayangi Ibu Bapa

Pagi tadi sebelum aku nak tidur aku berkesempatan menonton siaran ulangan Tanya Ustaz yang bertajuk Sayangi Ibu dan Bapa bersama Ustaz Zahazan Mohamed. Secara jujurnya aku suka betul dengan ustaz nie kalau dia ceramah. Cara penyampaian sangat menarik walaupun kalau perasan mulut dia cam tak buka sangat bila bercakap hehehe.

Sepanjang yang aku dengar dan tonton Tanya Ustaz kali nie aku cukup tertarik dengan satu cerita yang memang aku tak pernah dengar selama nie. Kisahnya sangat terkesan pada aku dan aku ingin sangat berkongsi dengan semua mengenai kisah yang menarik nie untuk kebaikan kita bersama.

Cerita nie terdapat di dalam Kitab Musadraq dan Kitab Tawabin menceritakan suatu hadis yang berlaku ketika zaman Rasullullah S.A.W hampir wafat, ada kisah seorang wanita yang tidak disebutkan namanya. Malangnya wanita ini berasa bosan dengan tindakan suaminya yang zalim padanya lalu dia mahu belajar Tawalah iaitu ilmu menundukkan suami dengan seorang perempuan tua. Kata perempuan tua itu " Esok petang kamu datang lah ke rumah Mak Cik kita akan pergi ke Babil". Babil ini telah diceritakan di dalam ayat 102 surah Al-Baqarah (Sila baca sendiri kata Ustaz tu). Tapi aku gigih mencari maksud yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah tersebut mengenai Kisah Harut dan Marut. Sini aku kasi linknya. Klik Sini
Keesokkan harinya wanita itu pun mengunjungi rumah perempuan tua tersebut. Bila sampai di rumah perempuan tua itu kelihatan 2 ekor anjing hitam. Seperti yang kita tahu biasanya anjing hitam merupakan jelmaan jin atau syaitan yang dilaknat. Lalu perempuan tua itu suruh wanita tersebut menunggang anjing tersebut untuk dibawanya ke Babil dengan hanya sekelip mata sahaja. 

Tibanya di Babil wanita itu melihat ada dua orang lelaki yang tergantung dalam keadaan yang pelik di mana kakinya di atas dan kepalanya dia bawah. Perempuan tua dan anjing hitam yang ditungganginya tetiba hilang dan hanya wanita serta dua lelaki yang tergantung itu yang tinggal. Lalu bertanya lelaki tergantung tersebut kepada wanita tersebut " Kamu mahu apa??". Kata wanita tersebut "Saya mahu belajar ilmu sihir ilmu penunduk suami". Berkata dua orang lelaki tergantung itu lagi "Pulang lah kamu, janganlah kamu belajar kerana ia akan merosakkan akidah mu". Namun wanita tersebut berkeras juga mahu belajar. Dua lelaki tergantung berkata " Oleh kerana kamu ingin belajar juga pergilah kamu ke bahagian Tanur dan buang air kecil di situ". 

Tanur itu merupakan api yang menyala seperti dapur. Lantas pergi lah wanita itu kebahagian tersebut namun begitu wanita tersebut tidak sanggup untuk kencing disitu. Ia pun pulang berjumpa semula dengan lelaki tergantung tersebut lalu lelaki itu bertanya "Apa yang kamu nampak ketika kencing di situ???" Wanita itu menjelaskan dia tidak melihat apa-apa. "Kamu berdusta.. pergi buang air kecil betul-betul di tanur tersebut". Wanita itu pergi lagi dan ianya berlaku beberapa kali sehingga wanita itu betul-betul kencing di tanur tersebut. Ketika itu, wanita itu nampak dari dirinya terbit kelibat lelaki yang berpakaian panglima perang terbang ke langit bersama kudanya memandang dengan wajah yang sayu kearahnya. Wanita itu menjadi hairan dan menceritakan kepada dua lelaki yang tergantung tersebut. Jawapan dua lelaki tergantung itu "Tahniah yang keluar dalam diri kamu itu, lengkap berpakaian panglima perang ialah iman kamu yang sudah keluar". Ini menunjukkan iman seseorang akan keluar sekiranya melakukan dosa-dosa besar terutamanya syirik kepada Allah.

Lalu berkata lelaki tergantung itu lagi " Kamu tidak perlu belajar lagi kerana iman telah keluar dalam diri kamu dan syaitan telah masuk dalam diri kamu dan apa yang kamu minta akan berlaku. Ambil lah pasir dan lontarkan". Dalam sekelip mata tumbuh pokok gandum, lalu mengeluarkan buah dan tertuai terus menjadi roti hanya dengan pasir-pasir yang dibaling begitu. Wanita itu kagum dengan kemampuannya dan pulang kembali ke Madinah bersama-sama dengan perempuan tua dan angjing hitam tersebut.

Ternyata wanita ini ketika berada di Madinah sentiasa dalam keadaan resah dan gelisah kerana khurafat dan sihir ini memang tidak diterima di Madinah. Ia boleh menyebabkan insan ini panas kerana ilmu ini. Lantas wanita ini mahu berjumpa dengan Rasullullah S.A.W untuk berdoa agar syirik yang berada di dalamnya keluar dan mengembalikan imannya yang telah hilang. Tapi malangnya ketika wanita itu sampai ke rumah Rasulullah S.A.W ketika Nabi telah wafat. Yang menyambut Aishah yang sedang berkabung kewafatan Rasullullah S.A.W. 

Para sahabat yang telah mendengar cerita wanita itu tidak boleh merawat kerana imannya telah keluar dalam dirinya dan tidak akan kembali ke dalam dirinya.Akhirnya semua para sahabat termasuk Ibnu Abbas mengatakan mereka tidak mengetahui bagai mana caranya. Serentak selepas itu para sahabat bertanya sama ada kedua ibu bapa wanita itu masih hidup atau tidak bagi mendoakan kesejahteraan hidup wanita tersebut bagi menggantikan doa Rasullullah yang telah wafat. Namun begitu malangnya ibu bapa wanita tersebut telah meninggal dunia. "Celakalah bagi kamu dengan dosa yang telah kamu lakukan" kata para sahabat lagi dengan perasaan yang sedih. Hadis cerita tersebut berakhir di situ.
Apa yang dapat kita kongsi bersama bahawa dosa syirik itu amat besar dosanya hingga menghilangkan iman seseorang manusia yang telah melakukanya. Kedua, doa ibu bapa setaraf hingga boleh menggantikan doa Rasullullah dalam kisah tersebut. Bertapa pentingnya kita berbuat baik dan memohon restu ibu bapa. Diharapkan cerita ini dapat menginsafkan diri kita dan semoga kita makin berbakti dengan ibu bapa. Walaupun bertimbun-timbun amalan baik yang kita buat sekiranya kita tidak mendapat restu ibu bapa amalan tersebut tidak akan di pandang langsung oleh Allah S.W.T


p/s : cerita nie aku taip sendiri dan mungkin ada perkataan terutamnya nama dalam bahasa Arab yang tidak tepat sepenuhnya.

Comments

  1. Alhamdulillah.... dah lama sy cari cerita penuh psl isteri belajar sihir ni. akhirnye berjumpa. sy sharekan link website blog anda ke fesbuk bg pengetahuan semua org. maaf dah share br ckp.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall