Drama Series Jepun - Mei-chan no Shitsuji (Mei-chan's Butler )

Best Blogger TipsOk kali nie aku nak share dengan korang semua pasal drama series Jepun yang aku layan baru-baru nie. Cam biasa ler dah lama download baru sekarang nak tengok. Mei chan no Shitsuji atau dalam orang putihnya Mei-chan Butler.


Eikura Nana sbg Shinonome Mei
Mizushima Hiro sbg Shibata Rihito
Kisahnya bermula dengan seorang remaja perempuan yang bernama Shinonome Mei lakonan Eikura Nana hidup bahagia dengan familynya walaupun hidup biasa-biasa jew dengan meniaga Udon. Kira dia nie memang terbaik kalau masak Udon tu. Bak kata orang terbaik dari ladang. Tapi segalanya berubah bila ibu dan ayahnya mati dalam satu kemalangan. Kemudian tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki kacak Shibata Rihito lakonan Mizushima Hiro. Dia memaklumkan bahawa Mei merupakan pewaris Hongo orang kaya yang terkenal di Jepun. Sejak itu Mei terpaksa bertukar sekolah ke  St. Lucia Girls' Academy. Sekolah nie memang besar giler kalau diikutkan 1/3 dari keluasan Tokyo. Mana tak semua yang belajar kat situ anak-anak orang Jepun yang kaya tahap Gaban. Yang menariknya sekolah nie, setiap pelajar perempuan akan dijaga, dilayan bagai puteri oleh Butler2 yang hensem dan kacak. Nak tukar muka surat buku pun Butler yang buat. Kira serba serbi dilayan oleh Butler masing-masing. Mei dijaga oleh Rihito iaitu kategori Butler Class S Tertinggi.

Hungungan Setiap Karektor

Sato Takeru sbg Kento
Semasa Mei disana macam2 yang terjadi. Maklum ler kiranya orang kampung nak berkawan dengan anak2 orang kaya memang susah. Banyak kisah yang terjadi namun Mei sentiasa dilindungi oleh Butlernya. Selain itu, kawan baik Mei sejak sekolah Kento sanggup menjadi Butler sebab nak dekat dengan Mei. Paham2 ler sejak kecik lagi dia dah de hari kat Mei nie.

Sepanjang Mei disana dia sentiasa diancam sampai ada yang nak bunuh dia sebab dia merupakan bakal pewaris Hongo. Nak tau siapa yang selalu ancam dia ialah seorang lagi bakal pewaris Hongo, Shiori. Shiori nie guna macam-macam cara nak musnahkan Mei. Lagi pun Shiori nie memang suka pada Rohito iaitu bekas Butlernya dulu. Tapi cam aku cakap tadi Mei sentiasa dilindungi oleh Butlernya dan kawan baik dia Kento.

Konflik berlaku bila masing-masing Mei dan Rihito mula suka satu dengan lain. Tapi seorang Butler tidak boleh mencintai atau mempunyai apa-apa perasaan kepada Tuannya. Kira pantang paling besar ler dalam undang2 Butler nie. Macam mana kisahnya korang tengok ler sendiri nanti.
Tapi apa yang aku dapat simpulkan cerita nie boleh tahan menariknya. Kelakar dan sedih pun ada. Korang nilai sendiri kalau tengok cerita nie. Selamat Menonton

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????