Kisah Tahun Baru Cina


Selamat Tahun Baru pada semua warga cina yang menyambutnya.... wah kali nie tahun arnab pulak yek. Apa tuah tahun arnab plak. Sejinak arnab kah atau harga carrot naik sbb org tetiba suka makan carrot huhuuh... Tahukah anda sejarah tahun baru cina???????

Asal-usul Tahun Baru Cina mungkin menjangkau ratusan abad yang lalu, dan pastinya amat sukar disahihkan secara fakta. Ia juga dikenali sebagai Pesta Musim Bunga dan sambutannya berlangsung selama 15 hari. Antara kisah lagenda yang dikaitkan dengan sejarah Tahun Baru Cina adalah mengenai sejenis makhluk yang dikenali sebagai Nian yang ingin memusnahkan sebuah perkampungan di China pada satu malam sewaktu musim sejuk. Nian adalah sejenis makhluk yang amat buas, mempunyai mulut yang besar dan mampu memakan ramai manusia sekaligus.


Nian hanya muncul pada setiap akhir tahun untuk menyerang dan membunuh penduduk kampung. Penduduk di kampung tersebut telah cuba menghalau makhluk tersebut dengan membakar mercun serta membuat bunyi-bunyian yang bising. Ancaman Nian telah dihentikan oleh seorang lelaki tua (dianggap sebagai tuhan) yang berjaya menipu Nian agar makhluk tersebut menghilangkan diri. Selain itu, penggunaan warna merah dalam perayaan Tahun Baru Cina membawa maksud menghalau segala kejahatan dan membuang nasib malang.

So, korang jangan lah marah kalau bunga api atau mercun bertalu-talu berbunyi. Nak halau Nian tu... Nanti habis Malaysia punah diserang hehehehe... Acah jew. Itu dah memang adat dan tradisi kaum cina yang unik. Malam menjelang sambutan Tahun Baru Cina merupakan saat yang dinanti-nantikan. Hidangan yang istimewa seperti udang (lambang kehidupan dan kegembiraan), tiram kering (juga dikenali sebagai ho xi yang melambangkan perkara baik), salad ikan mentah (juga dikenali sebagai yu sheng yang melambangkan nasib baik dan kemasyhuran) dan sebagainya menjadi santapan utama. Pada tengah malam, langit akan diterangi dengan cahaya dari bunga api dan mercun yang dibakar sebagai menghormati tradisi turun-temurun. 

Setibanya Hari Tahun Baru Cina pula, tradisi lama yang dikenali sebagai Hong Bao (yang bermaksud peket merah) diamalkan. Di Malaysia, amalan ini lebih dikenali sebagai pemberian ang pau. Ang pau diberikan oleh pasangan yang telah berkahwin kepada orang dewasa yang belum berkahwin dan kanak-kanak di dalam sampul yang berwarna merah. Pesta Lantern pula disambut sebagai tanda berakhirnya Tahun Baru Cina. Walaupun terdapat banyak sambutan dalam Tahun Baru Cina, namun mesej perayaan adalah sama iaitu keamanan dan kegembiraan buat kaum keluarga dan sahabat handai.
“Bagi masyarakat Cina, tahun arnab itu membawa maksud harapan dan mereka yang lahir pada tahun tersebut lazimnya mempunyai ciri-ciri lemah-lembut, mempunyai ingatan yang baik dan berjiwa sensitif,”

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak