MiNGgu MeMeNatKaN

Assalamulaikum, Salam 1 Malaysia....

Adeh memang minggu lepas minggu yang sangat memenatkan.... Letih kerja lagi.. letih seorang student pun ada. Full bulan nie tiap hujung minggu ada test setiap subjek aku ambik. Tapi yang tak tahan minggu lepas ler test Teori Struktur. Macam aku cakap sebelum nie kali nie subjek Teori aku tak boleh nak ikut sangat. Sangat memeningkan kepala Kaedah Cerun Pesongan, moment distribution pun aku tak buleh nak buat. Macam mana nak hadap test minggu tu...

Dah ler bila Lec maklumkan yang test akan mula pukul 8.00 mlm abis 9.30 mlm.... Adehhhh lagi ler sakit.. Malam tu aku tidur dalam pukul 5.00 pagi. Tapi bukan sebab study.. tak tau sebab apa tak boleh tidur plak malam tu. Aku study pun setakat pukul 3.00pagi jew. Itu pun tak masuk banyak. Tengok2 assignment yang tak siap lagi. Wawa ajak datang PSZ (Perpustakaan ) awal pagi. Nak study sesama katanya mana yang tak tercover lagi. Aku tak sure dapat datang ke tak sebab aku rase aku hanyut tidur agaknya nnt...

Tapi sedar pagi esok  kul 9 pagi..(subuh kantoi bha..sob2). Tak leh nak sambung tido lagi... Risau kot so aku cadang nak pi PSZ ler. Tgk Shahrul post dlm FB dia ckp nak gerak pi PSZ dah. Pas siap semua aku singgah dulu pi kedai mamak makan mee goreng dulu... gilerr sedap huhhu... Sampai PSZ dlm kul 11.00 pagi. Nampak Mat, Shahrul and Linda The Geng dah sampai.. diorang kelam kabut siapkan assignment. Wawa lewat sampai dlm kul 12 baru dia ada. Sempat ler gak study Kerangka sesikit... Assignment memang tak siap ler coz tak dapat nak buat.. Terpaksa ler mintak sesapa yg dah siap utk tiru huhuh

Sepanjang kelas tu Lec ajar about Moment Distribution... memang susah gak nak paham huhuhu..Ku try gak memerah otak nak pahama apa yang Lec ajar... tapi bila dah bosan sempat aku main game dlm iPhone aku huhuuh... Lepas semua silibus yg Lec ajar abis ada yg mintak nak buat ujian awal coz tak nak balik lewat. Yela sok ada kelas lagi... mula pagi plak tu penat ler katakan...

So pas berbincang semua, Ujian buat kul 6.30 ptg 'Open Book Test" huuhuh gumbiranya dihati... Tapi aku kompom open book pun tak leh nak jawap gak kalau tak paham.. Yup ternyata apa yg aku ckp betul... Bukak ler 10 buah buku depan mata memang tak dapat nak jawab kalau tak 'Faham Konsep'... Adeh mati nak menjawab.. Soklan pun leh tahan susahnya... Aku duk semeja dengan Shahrul and Wawa.. Meja sempit pun nak duduk sama gak huhuhu... So taim itu ler macam hilang pen, pensel tekan, pemadam semua tak jumpa. Ujian 1 1/2 jam jew nie....

Tapi apa yang aku rase ini ler ujian yang paling memenatkan.. Bukan apa abis ujian sepatutnya kul 8.00mlm tapi sebab ramai yg tak siap lagi Lec up 30min.. So yang nak semayang Magrib kelam kabut lari pi surau... Lari tahap cipan and semayang ambik yang wajib jew. Nak keja mana yang tak siap lagi. Sampai ada yang terleka terus tertinggal sembahyang hahahaha.....

Yang nyata aku tak dapat siapkan semua soklan yang Lec berikan... Yang dapat siapkan cuma soalan kerangka sahaja.. itu pun tak tau betol ke tak.. dah ler malas aku nak pikir lelebih.. Baik aku tumpu untuk ujian Kaedah Berangka minggu nie... Go go hyunHMK...

Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall