Sekadar Renungan Di Hari Jumaat
Rasulullah S.A.W bersabda
Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman.Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.
~H.R Bukhari & Muslim
Rasulullah S.A.W bersabda
Tiada seorangpun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah S.W.T, kerana itulah Dia memuji ZatNya sendiri. Begitu juga tiada seorangpun yang lebih marah daripada Allah S.W.T itulah sebabnya Dia mengharamkan perbuatan keji.
~H.R Bukhari & Muslim
Baginda S.A.W bersabda
Janganlah kamu berhajat cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya keadaan yang mengharuskan berbuat demikian, bolehlah kamu berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku.
~H.R Bukhari & Muslim
Nabi S.A.W bersabda,
Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesunggahnya Allah itu ganjil (esa pada zat, sifat danperbuatanNya serta tiada sekutu bagiNya) dan Dia menyukai pada yang ganjil
~H.R. Bukhari & Muslim
Daripada Saidatina Aisyah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda
Pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan belum berkhatan.Aku bertanya;wahai Rasulullah adakah kaum lelaki dan wanita akan melihat diantara satu sama lain? Baginda bersabda; wahai Aisyah urusan ketika itu lebih penting dari memandang kepada orang lain.
~H.R Bukhari & Muslim
Comments
Post a Comment