Review (3D) Kung Fu Panda 2 - The Kaboom of Boom


Kalau ikutkkan aku teruja giler nak update pasal cerita Kung Fu Panda 2 nie semalam lepas tengok dengan jayanya di MBO Viva Home. Kali nie aku dapat tengok dalam 3D pukul 6.15 petang. Tapi dek disebabkan jumpa member Que dan Kekup kat Sup Meletop Bandar Sri Permaisuri dari pukul 8.30 malam sampai hampir pukul 1.00 pagi jawabnya memang tak terupdate ler. Badan dah letih balik tidur...


Apa yang aku dapat simpulkan ceritanya fantastic dan sangat terhibur. Jalan cerita berjalan dengan laju dan bagi aku tiada langsung ada adengan yang membosankan. Jalan cerita disampaikan dengan mudah dan tidak berbelet-belit. Dalam tempoh hampir 90minit tu aku sentiasa teruja, ketawa dan sedih. Filem yang cukup lengkap dari segi semua emosi yang berjaya diolah dengan jayanya. Aku kira cam terbuai atau masuk terus ke dalam cerita tu. Hahahaha kerlast giler komen aku cam nie kan hehehehehe.

Untuk kali nie Po (Panda) si Dragon Worrior bersama dengan The Furious Five, Tigress, Crane, Mantis, Viper and Monkey menjaga lembah diorang dengan aman dan bahgianya. Master Shifuu pun senang hati ler dengan keadaan tu dan berbangga dengan Po. Namun keamanan yang dikecapi tak lama di mana terdapat peristiwa yang memaksa Po dan Furious Five terpaksa keluar dari  lembah mereka bagi menyelamatkan dunia Kung Fu. Ok untuk kali ini watak jahat ialah Lord Shen (Merak Putih) yang mahu menawan China dengan kuasanya.

Keadaan makin meruncing bila Lord Shen berjaya membunuh The Thundering Rhino Master iaitu lagenda dunia kung fu yang terkenal dengan senjata rahsia barunya. Master Shiifu meminta Po dan Furious Five pergi bagi menentang Lord Shen untuk menyelamatkan dunia kung fu. Makin menarik bila diselitkan kisah Po ketika kecil di mana ibu bapanya telah dibunuh sendiri oleh Lord Shen. Dia diramal akan mati di tangan binatang berwarna hitam dan putih. So bila Lord Shen dapat tahun dia telah membunuh semua panda-panda di dunia bagi menafikan ramalan tersebut. Namun hanya Po sahaja yang terselamat dalam pembunuhan tu.

Untuk kali nie Kung Fu Panda 2 memang bijak bermain dengan emosi. Watak Po yang sangat melucukan tu wat aku pecah perut dengan gelagatnya. Bila babak sedih tu mmg berjaya disampaikan terutama bila kisah bagaimana ibu bapa Po cuba menyelamatkannya. Sepanjang cerita tidak terbit langsung kebosanan dalam diri aku. Dek disebabkan aku tengok dalamm 3D ofcoz ler gambar dia cantik. Tapi effect 3D yang menerujakan kureng sikit. Hanya bila waktu Po dapat kuasa ilmu baru tu titis air tu memang nampak hidup huuhhuhu.

Bagi filem Kung Fu Panda 2 - The Kaboom of Boom aku bagi A+untuk jalan cerita yang sgt perfect aku rasakan. Mula2 A memang dalam genggaman untuk filem nie tapi bila apa yang aku wish ada iaitu babak Master Shifuu yang kurang muncul untuk kali ini ada di penghunjung cerita naik terus markahnya. Hehehehe... Apa-apa pun filem wajib tonton untuk korang.


Comments

  1. wahhhh hyun dah tgk? ai igt nk pergi tgk esok. harus menapak di klcc pkl 10.30 pagi lagi sbb nk book ticket dkt sana haha. T_T

    tak sabar nk tgk kungfu panda hiyaakk erkk haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak