Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6

Kali nie aku wat Top 4 jew... maklum ler dah ramai ygdah kuar wat pe sampai top 5 ye dak... Minggu lepas aku mmg tak dapat review untuk minggu ke 5 Maharaja Lawak coz aku sgt bizi dengan final exam.  Untuk minggu tu aku sangat terhibur dengan persembahan semua peserta... Tapi minggu nie tak tau ler aku rasa banyak tol kurang lawaknya.... Takkan sampai Abg Mamat Khalid xde kurang umppp plak lawak yek... hhuhuhuu



Top 4 Minggu ke 6 Maharaja Lawak : 

1st : SEPAH



Sepah untuk minggu nie paling kelakar di antara persembahan peserta lain. Masih terus kelakor dengan persembahan yang bersahaja. Lawak-lawak dia sempoi dan aku leh terima. Ahmad Idehem mintak sepah cari suatu yang lain kasi persembahan diorg lagi killer... Tapi jgn makin merepek sudah ler sepah cam siri silalitamplom musim 2 ko nie. Xbest bha.. Apa pun bagi aku Sepah punya prestasi sentiasa konsisten.. Minggu 5 tu lawak diorg pasal lagu Dafi tu aku gelak guling2.."tak sengaja.. lewat depan umah mu..." lagu Dafi yek huhuhuh..


2nd : BALAS



Balas alwayzzz tak mengecewakan aku.. Lawak sangat bersahaja... cam diorg nie dah lama tol dlm industri lawak2 nie. Ye ler baru jew kuar Raja Lawak dah kena masuk Maharaja Lawak. Klu diorg dah lama mesti lagi mantap agaknya. Ramai yg kata Balas nie guna lawak2 yang mmg org lain penah wat cam dalam Majalah Ujang or Apo... and ada yang biasa diorang dah baca dalam internet. Tapi bagi aku tak do hal pun dengan lawak-lawak diorg. Bkn semua tau pun lawak tu pernah kuar ke tak dalam majalah bagai. So diorg dah menterjemahkan dengan jayanya. Cuma bagi aku lawak Balas untuk minggu nie dah ok dah awal2 dia. Tapi hujung2 tu... adooooi sgt non adooonyooo... Tak lawak siooot pasal lawak hujung2 tu.. Mesti nak lucah jugak yek.. Hmmm bagi aku cukup2 ler kot dgn lawak double meaning yang makin melampau2 tu. Apa2 pun usaha lagi..


3rd : MAN



Tak sangka plak aku Man untuk kali nie termasuk dalam senarai terbaik aku. Klu ikutkan aku nie mmg tak berapa berkenan sangat dengan lawak2 Man nie. Lagi ler daripada Raja Lawak 5 lagi dah tak berkenan. Jujur tak dapat terima dia jadi juara huhhuhu. Apa2 pun untuk minggu nie persembahan Man mantap... Mgg kelako aku rase. Gelak ler juga aku. Beza tol dengan minggu2 sebelumnya.. Tapi lawak Man tu jadi Chef Wan dah biasa sangat orang lain buat. Lagi ler Johan mmg selalu guna. Mula2 tu mmg aku xleh terima coz Man mesti celup2 lawak Johan. Tapi utk kali nie walaupun dah biasa tapi lawak yang ko buat menjadi aku rase.. Cam Ahmad Idehem cakap cukup2 ler lawak2 yang dah biasa org lain wat. Pikir something yg baru or xpernah peserta lain wat. Usaha lagi Man.

4rd : NABIL



Nabil masih lagi masuk dalam persembahan yang kelako bagi aku. Lawak Nabil nie mesti pasal teknologi and cam ke depan sikit. Cam lawak2 educated ler tu hehehehehe... Permulaan persembahan aku rasa mmg lawak ler leh layan.. Tapi dah hujung2 tu aku rasa cam tak lawak pun.. Tak gelak pun aku cam nak guna lagu2 tu aku rasa cam tak perlu. Tak kelako sangat pun bha.

Ok klu ikutkan itu senarai Top 4 yang aku rasa paling kelako untuk minggu ke 6 nie. Mesti ada yang cakap "Motip tak masukkan Jambu dalam senarai top 4". Lagi ler bila juri2 rasa Jambu yang paling kelako antara semua persembahan untuk minggu nie. For me ya ampppun sangat yang lawak Jambu tu tak wat aku gelak langsung. Lawak yang diorg try wat cam tak sampai bagi aku. Something yang tak kena . Mungkin sebab lawak diorg tu utk minggu nie aku cam dah biasa tgk utk lawak2 Jepun.. Maklum ler aku mmg kaki tgk cite Jepun. And penyampaian diorg utk lawak tu sgt tak sampai ke hati aku walaupun audien dah gelak guling2. Atau mungkin aku yang tak kena tak tau ler...

Then lagi satu... Secara jujurnya aku memang penyokong JOZAN no 1... Minggu ke 5 aku mmg dibuai dengan lawak korg yg sgt kelako Mail Lambong and Abg Rozie Tiger. Tapi untuk minggu nie alamaakkk hai group kesukaan ku.. Sangat ler tak lawaknya bha.... Hujung2 jew baru kelako. Tak masuk bha dalam senarai Top 4 aku.  Aku kena jujur tak nak ler bias sbb sokong korg punya pasal. Yang aku nampak korg nie kurang praktis. Masing2 Bizi dengan perkara luar yang perlu. Dengar cite (aku pun tak pasti sumber yang aku dapat) korg wat latihan pun sok sebelum persembahan. JOZAN korang kena wat sesuatu utk pastikan Maharaja Lawak kali nie milik korang. Kena gigih sikit bha... Undian korg pun makin lama makin kurang. Ramai yang dah mula sokong kumpulan lain yg lagi kelako terutamanya Jambu. Walaupun Jambu masih tak melekat lagi lawaknya kat aku huhuh. Aku tetap sokong korang JOZAN.. Please minggu 7 nie buat sesuatu yang mantap dengan tema Silent Comedy...

Satu lagi kepada yang marah sangat pada AC Mizal tu terutamanya Forumer Cari pasal dia  mesti interprem masuk huhuhuhu. Bagi aku tindakan AC tu perlu untuk pastikan masa is taim huhuh..Klu tak makin melalut diorg lagi2 ler Nabil and Jozan huhuhuh. Tapi bila AC jadi nasik tambah kelako gak huhuhu


p/s: Masih tak paham lagi dengan cara undian baru untuk minggu ke 7 nnt dengan mintak peserta sendiri memilih siapa yang perlu keluar. Adil ke?????

Comments

  1. aku mmg dr dlu tak pernah berkenan kat jambu..hahah

    ReplyDelete
  2. aku suka jambu dengan jozan....!

    ReplyDelete
  3. hyun:

    huhuhu tu utk sedih ke gelak? :musykil:

    ReplyDelete
  4. huhhuhuhu... tu gelak stail pandang mata ke atas angkat tgn ke dada huhuhu.... tapi ada lawak jambu yg kelako minggu sebelumnya

    ReplyDelete
  5. x dpt ku bayangkan hyun buat "tgn di dada mata ke atas.."muhahaha...

    ReplyDelete
  6. sila bayangkan dengan jayanya huhuhuh

    ReplyDelete
  7. ku harap ko akan buat dpn aku nanti..hahahahhaha

    ReplyDelete
  8. aku rasa jambu paling lawak minggu keenam.
    wpun aku suka jozan gak tp jozan x menyengat la ms minggu keenam. huhuhu....

    ReplyDelete
  9. aku x brp pokus sgt ekceli yg last week punya..so no komen la jambu tu..tp jozan mmg x brp menyengat..aku kalo jozan mmg aku tumpu gile2..yg lain aku x berminat nak tgk..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall