Edisi Berjimba Tak Hengat

Semalam mmg berjimba tak hengat ngan memember borak. Mana tak kuar pukul 9.00pagi and balik dalam pukul 10.00mlm huuhuh. To Kak Ayu, Kekup, Que, Loli and Azhar best keluar ngan korang. Harap klu ada peluang lagi kita kuar lagi InsyaAllah.

Janji nak jumpa Kak Ayu and Kekup kat LRT Hang Tuah pukul 10.00 pagi pastu sarapan sesama. Sampai sana dalam pukul 9.40pagi, rupanya sekali naik LRT dengan Kekup. Duk gigih tunggu Kak Ayu yang muncul kul 10.05pagi huhuhu... Terus gerak ke Berjaya Times Square pastu, jalan kaki jew dari Hang Tuah. Pas bincang2 sikit sarapan kat McD jew, Dah dekat dengan GSC. Kekup dengan baik hatinya telah belanja kami sarapan. Thanks a lot. Lama ler aku, Kak Ayu and Kekup bersembang kat situ sebelum nak tgk wayang Nur Kasih The Movie kul 12.20pm. Nasib baik aku awal2 lagi dah beli tiket guna Application GSC Cinema Iphone. Siap leh pilih tempat terbaik lagi. Ahaks. Loli and Azhar muncul dalam pukul 12.20pm, nasib sempat klu tak kami biar diorg tak masuk huhuuh

Dalam panggung tu penuh ler orang nak tengok filem nie. Aku yang dah tengok nie tak ler kisah sangat relax jew. Tapi sepanjang filem nie tayang aku tak dapat tumpu perhatian nak tengok dengan jayanya untuk kali ke dua. Mana tak ada yang sembang, sms, whatapps and macam2 ragam lagi hehehehe. Bak kata diorang cite tak best tu yang tak tumpu huuhuu. Nasib ler aku dah tengok sengsorang awal2 lagi. Klu aku mmg aku tak dapat menikmati filem Nur Kasih nie ahaks.

Pas abis nonton pi lepak dulu minum2 Station Kopitiam sambil2 tunggu Que yang OTW nak datang. Maklum ler orang jauh kena ler tunggu. Aku tak minum pun coz aku kena lari jap ke KL Sentral. Baju Jozan FC yang aku tempah kat sorang budak forum Cari benang Jozannurse. Baju aku tu tak dapat saiz asal plak tapi xpe ler bkn salah dia pun. Thanks Rose coz sudi tempah untuk aku.

Pas dapat jew baju tu terus cabut balik ke Low Yatt coz dah janji dengan diorang nak Karok kat Red Box. Sampai jew sana aku nampak Que pun dah ada.Terus ler ambik bilik. Ambik set happy day 3 jam and sekali makan dalam RM200. Tak pasal-pasal aku dapat kad Red Box hahahaha. Aku bkn selalu karok pun tah guna tah tidak nnt ahaks. Ok dalam 3 jam tu memasing telah pun berjaya mensumbang dan merosakkan lagu dengan jayanya hahahaha. Kak ayu yang memula kata tak nak nyanyi telah menjadi peneraju utama sesi karok kali nie hehehehe.. Semangatt......... So lagu of the day ialah "Menunggu Nasi Minyak" duet aku dengan kekup hari tu hahahah. Semua tak hinggat berkarok ritu selain Azhar jew yang tak mau melontarkan vokal dia tu. Malu ler sangat hehehehehe.

Dah puas berkarok edisi bergambar tak ingat plak kami kat luar Red Box tu. Macam-macam gaya and aksi yang kami wat. Hahahaha. Orang yang tak suka bergambar pun dah giler nak bergambar hari tu. Siapa orang tu hehehehehe lu pikir ler sendiri. Ya ampuuuun.. Ini antara beberapa gambar edisi tak hingatnya..






Pastu masing-masing gigih ler pi Parkson nak beli hadiah kawin Deke. Yeler masing2 geng2 borak yang kenal and rapat dengan Deke dah kasi duit. Pikir punya pilih ambik ler periuk nasi pelbagai guna jadi hadiah. Kak ayu dah kasi amaran awal-awal jangan bagi hadiah cam kawin Ijam ritu huhuhuhuu. Tapi stok tak ada plak.. tukar barang lain pun stok abis gak.. Apa daa... Terus pi ke Metrojaya tengok barang lain. Kekup jalan terdengkot2 plak huhuhuhuh. Kuku kakinya tercabut bha coz aku terpijak.. ter ke??? hahahaha. Aku tak bersalah bha. Kaki ko mmg dah tercedera awal. Aku cuma memeriahkan lagi luka di kaki mu sahaja huuuhu. Sampai Metro tu kami berempat jew coz Loli and Azhar dah balik dulu. Maklum ler naik komuter korang paham2 ler. Kami nie naik LRT jew. Alih2 pas pilih barang and budak Metro tu dah nak test barang tak jadi plak nak beli bila ada bincang2 balik. Aku awal2 dulu dah cabut bila diorang kata tak jadi beli hahahaha.

Masing2 bersurai kat LRT Hang Tuah. Kak Ayu and Que naik ke Ampang, aku and Kekup tuju ke Sri Petaling. Apa-apa pun aku memang happy giler hari nie dengan korang. Lama tol rasanya tak kuar reramai and meriah cam nie. Masing-masing sporting jew. I loooke.. Klu ada rejeki lagi kita wat lagi yek.. Itu pun klu saya tak ada kelas hahahaha...



Comments

  1. hahaha mmg best giler...apsal la ko ada kelas weekend..pasnih dah ssh mau berjimba2 lg ngan ktorg..hahhaa...bila cuti lg? sila tanda kat kalendar..wakakka..

    ReplyDelete
  2. hahahah... nak wat camner dah kelas.. short sem 2 bln pastu free hahaha

    ReplyDelete
  3. hahah..susah mau berjimba laa ini mcm..bln brp tu?

    ReplyDelete
  4. klu ada rezeki..insyaallah boleh

    ReplyDelete
  5. hehehe..........

    adik2ku InsyaAllah bolehh

    ReplyDelete
  6. sheedah ni kak ayu ke? hehehe..

    ReplyDelete
  7. yea ler... ko nie... kak ayu antara follower awal ko.. nie kak ayu baru nak follow blog aku waaaaa.. nagis lebat..

    nak pilih lagu taman rashidah utama jap huhuuhuh

    ReplyDelete
  8. keh2...tp followers ko lg ramai dr aku..kekekeke..

    ReplyDelete
  9. kak ayu le ni................ahaksss

    ReplyDelete
  10. hyun...sila tepek lagu taman rashidah utama ek....

    ReplyDelete
  11. aku nk nyanyi lagu 'x bisa memilihmu ' ; nangesssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

    ReplyDelete
  12. aku lupe nak nyanyi lagu dan bila esok ari tu..padahal sblm tu dah termasuk dlm kepala otak..nanges..ekekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Nota Kejuruteraan Jalan Raya (Bab 2) @ UTMSpace