Review Samsung Galaxy Tab 10.1

Aku berkesempatan untuk melihat dan menggunakan Samsung Galaxy Tab 10.1 dengan lebih dekat hari isnin lepas. Bukan apa abang belikan untuk kawan dia menggunakan namanya untuk dapat discount dalam 30% dari harga asal.

So aku mengambil kesempatan meneroka apa hebatnya tab ini. Untuk makluman aku penggemar produk apple maybe aku agak bias nanti dengan penilaian nanti hehehehhe..

Secara sekali pandang tiada yang menariknya Tab 10.1 ini jika dibandingkan dengan ipad 2. Dari segi design memang kalah habis. Material Tab 10.1 adalah daripada plastik berbanding ipad 2. Tiada unsur kemewahan disitu. Memang ringan mungkin disebabkab materialnya dan nipis tapi kalau tutup dengan pensel 2B stay juga nampak dari tepi. Tidak seperti yang di promosikan di dalam iklan. Yang kurang menariknya jika kita beli Tab original pun mesti ada yang cakap 'original ke made in china nie??'. Bukan apa kebanyakan rupa tab ini seperti tab-tab cetak rompak dari china. Penat beli mahal-mahal kan???

Bila aku teroka Tab.. Hmmm boleh tahan juga kelajuannya. Apa jenis processor malas pula gigih aku nak siasat. Memang smooth sahaja bila touch screennya. Lebih kurang ipad atau setaraf, almaklum lah Apple pun guna screen sesentuh daripada keluaran Samsung juga. Imej memang mantap dan cantik. Try juga snap2 beberapa keping gambar boleh tahan pixel dia.

Bagi aku apa yang membezakannya ialah pelantar yang digunakan di mana Tab menggunakan Android yang fungsinya lebih kurang dengan penggunaan komputer. Mudah open fail, save, download and apa-apa saja yang biasa kita buat di komputer. Memang sudah diberikan 'Office" secara percuma di dalamnya untuk memudahkan kerja-kerja membuat atau mengedit word, excel, powerpoint dan lain-lain. Untuk tranfer fail musik dan video juga mudah.

Apa-apa pun Tab sesuai bagi mereka yang ingin sesuatu yang mudah dan tidak leceh. Untuk Tab 10.1 hanya terdapat dalam 16GB saja untuk pasaran Malaysia. Harga sebenar aku tak sure coz abang aku beli untuk kawan yang telah discount 30% pun dalam RM1600. Kemungkinan dalam lingkungan RM2200.00



p/s: Aku tak sabar nak tunggu iPad 3.... Nak sambar sebiji... Only Apple in my heart hehehehehe

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????