Demam Demim Demum

Hari ini masuk hari ke 3 aku tak sihat badan. Ini gara-gara aku kena hujan balik ke K.L isnin lepas. Gila... memang hujan selebat-lebatnya lepas masuk Slim River. Aku bertabah meredah hujan dengan motor aku sambil pakai baju hujan.

Kalau diikutkan balik kali ini paling mencabar yang pernah aku harungi. Bukan saja sebab hujan lebat, minyak motor habis pun ada. Biasa ada stesen minyak dekat RnR Ulu Bernam yang biasa aku berhenti  boleh pula tengah upgrading, so tutup lah buat sementara waktu.

Mahu tak mahu aku kena keluar juga dari Highway PLUS untuk isi minyak. Mula keluar Lembah Beringin, aku tengok lain macam saja sunyi terpaksa masuk balik Highway keluar semua ikut Bestari Jaya (Batang Berjuntai). Masuk saja sana ya Allah sunyinya kawasan. Penuh dengan ladang sawit kiri dan kanan. Tiada langsung kawasan perumahan. Mana nak jumpa stesen minyak nie. Hujan makin lebat, minyak motor dah turun bawah merah memang tahap super duper kritikal. Aku selawat saja sepanjang jalan yang sunyi tu. Doa segala urusan aku dipermudahkan. KM post yang aku nampak Bestari Jaya 19KM.. Ya Tuhaaaaaan Ku... Sempat ke nak jumpa stesen minyak nie...

Jalan yang aku masuk makin lama makin sunyi. Dup dap dup dap jantung aku kalau minyak motor habis. Kalau dekat rumah orang boleh juga mintak tolong. Aku terus juga ke depan sambil doa and takbir minta dipermudahkan jumpa stesen minyak. Akhirnya aku jumpa juga kawasan sekolah dan perumahan. Siap lalu UNISEL lagi. Lega juga hati aku tapi masih tak jumpa stesen minyak. Dekat hampir 1KM lagi nak sampai Pekan Bestari Jaya motor aku dah tersenguk-senguk dah habis minyak. Alhamdulillah sangat yang minyak tak habis waktu jalan sunyi tu. Tolak ler motor aku nak tuju pekan cari stesen minyak. Sepanjang aku tolak motor tu ada juga rakyat Malaysia yang masih baik hati and ambik berat. 1st ada van berhenti tanya kenapa? Then aku cakap habis minyak dia kata 500m lagi jumpa stesen minyak. 2nd ada Uncle India naik motor sudi nak tolak sampai stesen minyak.. Lega betul rasanya. Rakyat Malaysia memang best. 1 Malaysia maa. Aku isi minyak penuh 1 tangki tumbang dalam RM8. Biar puas hati.

Hujan pun ada reda sikit walaupun masih renyai. Aku masuk semula Highway PLUS ikut Rawang setelah turun naik bukit. Aku sampai rumah dalam pukul 5 petang. Sepatutnya boleh sampai 2 jam 30 minit tapi hampir 4 jam pula jadinya. Badan memang dah lencun kena hujan walaupun berbaju hujan. Balik rumah bukannya aku mandi bantai rehat terus. Kalau tidur boleh lah tahan lagi. 


Malam tu badan mula rasa tak sedap dengan selesemanya. Esoknya badan dah panas. Aku malas nak layankan sangat deman nie nanti bertambah teruk. Setakat makan Milidon jew. Sampai ler hari ini nak tak nak aku pergi klinik juga. Dah tak kebah-kebah pun. Sama jew panasnya. Niat tak nak pergi klinik sebab nak jimat duit malas nak keluar duit banyak-banyak. Tapi apakan daya. Tumbang RM58. Macam-macam ubat aku dapat. Telan kan saja semua...huhuhuhu.

Kalau diikutkan Dr nak bagi MC tapi aku tak nak coz rugi rasanya cuti time bos tak ada. Kualiti time yang diperolehi jangan disia-siakan huhuhuhu. Harap esok dah kurang panas badan nie. Doakan aku okey.....

Berapa banyak ubat daaaa
Ubat batuk and Tekak
Ubat selesema dan demam
Antibiotik

p/s: Kalau diikutkan aku nak cerita pasal aku pergi klinik jew nie dah masuk cite tah ke mana pulak huhuhu.. Mata dah berpinau nak tido sebab makan ubat batukk... Zzzzzzzzzzz

Comments

  1. moga cepat sembuh.. tp la semlm tgk cam letih je.. hehe.. demam rupanya.. hehe

    ReplyDelete
  2. moga cpt sembuh hasrul.. ekekeke..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6