Memang Salahku Maafkan Aku

Bukan ku bermaksud untuk melukakanmu
Bukan ku bermaksud untuk menyakitimu
Bukan ku bermaksud untuk menhampakanmu
Tidak sedetik pun aku melupakanmu

Mungkin ini caraku dalam percintaan
Mungkin ini caraku dalam perhubungan
Sejarah lalu banyak mengajarku
Menjadi diriku sedemikian rupa
Dan tempiasnya dirimu terasa
Memang salahku
Maafkan aku

Perpisahan telah kau minta
Setelah hatimu diremuk duka
Dengan perbuatanku yang tak ku jangka
Memang salahku
Maafkan aku

Sayang ku padamu masih ada
Namun aku terima keputusanmu
Agar kau tidak sengsara
Agar kau tidak berterusan lara
Sepanjang waktu kita bersama
Kerna layanan ku tak sedemikian rupa

Jika masih ada aku dihatimu
Mungkin ada ruang untukku
Untuk menjadi selamanya sahabatmu
Kerna kau insan teristimewa dalam hidupku

Tak pernah wujud kekesalan dalam hatiku
Mengenal mu walaupun seketika
Bagi ku kau anugerah istimewa
Sepanjang kita bersama.

Titik noktah telah berakhir
Aku berdoa kau bertemu bahagia
Walaupun sayang masih ada
Biar masa mengubat segala
Biar waktu menyisip duka
Memang salahku
Maafkan aku.....

p/s: biar betik huhuhuuh macam kelaut dah

Comments

  1. putus cinta ke yob? hrp bertabah.

    *nanges lebat*

    ReplyDelete
  2. btw, ni sejenis lagu ke? lagu apa?

    ReplyDelete
  3. aku gugel kuar blog ko je.. wujud ke x lagu ni? ke ko reka je? ekekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu liril lagu lagi sedap ler weh.. ini cam karangan budak tadi jew huhhu... so mmg rekaan ku se mata2 kaedahnya

      Delete
  4. dahsat ko pndai bermadah skrg.. kekekek.. ngah peras ke yob? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. madah berhelah kaedahnya... aku ngah perah baju nie bha

      Delete
  5. Love. We all want it. Don't all get it. Sometimes there's no point in the truth if the only thing it will do is cause pain. & there's no sin in loving others. Only pain! - Ally Mcbeal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar je lah. tak semua orang dapat apa yg dinginkan. ikhlaskan je la suratannya. dia hanya pesinggahan je utk ko sblm ko jumpa yang terbaik.

      Delete
  6. bertabahlah pakcik. kalau peras sila perah baju byk2 lagi

    ReplyDelete
  7. sian org yg ko lukakan tuh ..
    .... lalalala. !~

    ReplyDelete
  8. bkn niatku utk mlukakannya.. kerna ku sendiri terluka.... huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. knpem dia brtambah luka skng, sbb ko dh letak noktah .. huhu

      Delete
  9. masak lomak cili api mmg marbeles.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????