Luahan Hati Paper Hydrology

Luahan hati dan perasaan aku yang sangat luluh bila tengok paper hydrology rabu lepas.

Terkesima seketika dengan soalan-soalan yang dilontarkan. Tidak seperti soalan-soalan biasa yang sering keluar. Mana kaedah Thissen???? Mana kaedah Muskingum??? Mana kaedah Mean and Mid??? Mana kaedah yang biasa keluar dalam soalan-soalan peperiksaan yang lepas??? Mana??? Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???? Semakin aku terkesima bila melihat hanya 4 soalan diutarakan berbanding kebiasaanya 5 atau 6 soalan yang hanya perlu dijawab 4 daripadanya.

Hujan diluar semakin lebat mengambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan aku dan juga mungkin kawan-kawan aku yang lain bila melihat paper tersebut. Dalam 15 minit pertama sepanjang 2 jam 30 minit yang diperuntukkan jari jemari aku gagal mencoretkan walaupun secebis jawapan dari soalan-soalan tersebut.  Telah habis daya aku memerah otak keringat yang telah aku berikan 5 hari ini untuk study sepenuhnya subjek hydrology ini. Setiap soalan yang ku baca aku gagal terjemahkan dalam jawapan yang paling tepat setiap pemahaman subjek yang telah aku pelajari ini. Mungkin apa yang mampu aku buat ketika itu hanyalah menjawab soalan subjektif yang diutarakan untuk soalan pertama. Itu pun tiada semua sub-sub soalan satu dapat aku jawab sepenuhnya.

Seketika aku lontarkan pandangan lahiriah aku kepada sahabat-sahabat aku yang lain Shahrul, Mat dan Wawa (hanya mereka sahaja di depan aku). Reaksi Shahrul dan Mat menunjukkan mereka pun seperti aku yang tidak mampu menterjemah jawapan yang tepat untuk soalan-soalan hydrologi ini. Usaha kami bersama-sama study di Library, membuat soalan-soalan past years dan latihan di dalam buku gagal sepenuhnya membantu.

Aku tetap berusaha menjawab soalan-soalan tersebut dengan apa pengetahuan yang aku faham dan pelajari. Namun secara jujur dan yakinnya aku pasti jawapan yang aku berikan adalah tidak seperti yang dikehendaki. Aku terus meluncurkan segala jawapan atau kaedah yang dapat membantu aku menjawab soalan tersebut agar tidak kosong daripada sebarang coretan. Hanya mampu dikatakan aku berserah saja.

Sepanjang putaran waktu 2jam 30minit ini pemikiran aku melontarkan penyesalan dan keluhan yang sangat mendalam..... 

Apa guna aku mengambil cuti 3 hari semata-mata untuk menumpukan study hanya untuk subjek ini sahaja bila tiada satu soalan pun yang mampu aku jawab???

Apa guna aku membuat latihan di dalam buku dan  past year paper bila tiada soalan pun yang seakan sama paten biasa dikeluarkan???

Apa guna aku membayar RM480 seSemester untuk subjek ini sahaja bila aku melihat soalan yang sesulit ini???

Apa guna aku bangun 3-4 pagi dan tidur lewat semata-mata untuk study hydrology bila soalan yang keluar tidak seperti yang dijangka.

Apa guna aku itu dan ini hanya kerana subjek hydrology ini???

Ya mungkin ada yang melontarkan soalan yang aku hanya belajar untuk peperiksaan sahaja bukan untuk ilmu dan menambah pengetahuan aku. Tapi peperiksaan inilah yang bakal menentukan halatuju aku dan matlamat aku untuk menggenggam segulung ijazah. Kerana itulah sistem yang telah ditetapkan untuk aku terus survive.

Sudah hampir 1 jam 45 min berlalu. Tidak satu soalan pun yang aku tulis dapat memberi keyakinan kepada aku bahawanya ia betul 100%. Aku lihat Wawa dan Mat telah mahu menghantar kertas jawapan mereka. Jelas riak muka Mat terpancar kekecewaan yang mendalam. Makin ramai kawan-kawan aku yang lain menghantar kertas jawapan dan keluar dewan. Aku yakin mereka pun seperti aku juga kecuali mungkin Ervina. Telinga aku terdengar luahan perasaan Jaja dari belakang " Kalau bawa buku rujukan hyrology pun ke dalam dewan peperiksaan tetap juga tak dapat jawab." Hmmm aku sangat bersetuju dengan kesimpulan jelas dan tepat yang dibuat oleh Jaja.

Aku keluar dewan peperiksaan 30minit sebelum masa sebenar tamat. Aku lihat Mat dan Jaja masing-masing telah pulang. Kebiasaannya memang kami akan kumpul bersama sebelum pulang sambil berbincang mana yang patut soalan peperiksaan yang keluar.

Malamnya aku tidak tidur lena kerana terbawa-bawa sampai dalam tidur kesan paper hyrology ini. Hmm hanya mampu bertawakal sahaja dengan result Hydrology yang bakal keluar nanti.



p/s: ........................................................................................................??

Comments

  1. Tu dia.... confessions of a broken heart. huhuh
    der, janji ko dah cuba yg t'baik. ko jawab dan ko tak tinggal kosong. kadang2 ada kesilapan di pihak Bank Exam. So, kalo ada banyak student yg x boleh jawab lecturer ada authority untuk adjust the marking dan buat report on students performance. So, akan ada la harapan untuk dorang turunkan markah untuk tolong students. InsyaALLAH, sebagai student ko dah jalankan tanggungjawab. Sebagai Hamba ALLAH, kena la berdoa banyak2 dan tawakal. DIA Maha Pengasih lagi Penyayang. DIA takkan menzalimi hambaNYA.

    Ikhlaskan la segala ilmu yang diterima dan ikhlaskan hati atas segala yang terjadi.

    Okay? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. UTM tak cam tu bha.... klu xdpt jawab xdpt ler

      Delete
    2. Tawakal je la cam tu der.... Nak wat camne.... mungkin nasib tak menyebelahi ko kali ni.

      Delete
  2. Rul dh usaha kan.. Selebih nyer tawakal... Insyaallah. .Allah tau ape yg hamba nya usaha kn... Mungkin lepas ni kn tukar method study.. Jgnguna contoh2 sokln ke... Ape pun jgn putus asa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecewa jew kak dengan apa yg kami dah wat... soklan dlm buku pun xde mana nak wat lg huhuh.. pe2 pun tunggu jew result. yg pasti pointer sy makain jatuh ler kak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????