TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 3) Part 4 - Myeongdong & Yoogane






Exit jew dari Myeongdong Station akan nampak lah tersergam Uniqlo seperti mengucapkan "Welcome To Myeongdong". Dulu masa aku pergi Uniqlo nie masih lagi renovation.

Disebabkan perut aku makin krak kruk krak kruk tak berhenti-henti makanya aku perlu lapik perut dengan segera sebelum tawaf Myeongdong Market. Baca blog ramai blogger kata ada Yoogane kat sini, so apa lagi let cari. 

Tengah cari Wifi percuma untuk dapatkan direction ke Yoogane

Yey jumpa dengan jayanya...

Besar betul Yoogane cawangan sini. 2 lot kedai dia ambil. Orang pun memang ler ramai dan ada juga 2 3 group orang Malaysia. Ambil tempat duduk dah pesan Yoogane Marinated Seafood Fried Rice. Kalau nak makan sini itu jew yang boleh di makan dan di sini memang tak ada makanan berasaskan babi. 

Campak sotong, nasi putih and perencah dia

Kacau-kacau

Goreng-goreng

Tadaa... siap
Nah tepek satu video cara diorang goreng Marinated Seafood Fried Rice yang hanya memakan masa 2min jew. Kalah masak meggi huhuh




Cam biasa aku ditahan dulu untuk bergambar sebelum makan

Alhamdulillah... Memang sedap weh... Makan dengan kimci bertambah ler kesedapannya. Harga untuk sekepala tak salah aku 11k won. Perut kenyang apa lagi kasi pusing satu Myeongdong Market




Penuh dengan kedai-kedai kosmetik tu sebab ramai pompuan suka. Syorga diorang.
Ramaikan orang...
Nyesal tak sudah aku sebab tak beli Sotong celup tepong tu. Lepas tu aku datang 2 3 kali Myeongdong tak pernah nampak kedai nie dah.

Jus delima. Tak beli pun tengok sahaja

Bahulu ikan dengan aiskrim

Tak tahu sebab apa aku beli benda alah nie dikala sejuk meremang. Atas aiskrim tu madu seketul. Sedap....

Duta Bahulu Ikan tak berbayar huhuhu

Aigoooo... Strawberi musim Autumn sangar mahal. 12k won ke 20k won satu bekas.
 Antara target aku bila kembali ke Korea ialah untuk menikmati buah strawberinya yang sangat-sangat sedap dan manis. Tapi malangnya harga untuk musim Autumn sangat mahal lebih 3 kali ganda masa aku pergi musim bunga hanya 4k - 5k won. Telan air liur jew aku dan tak beli pun sampai pulang ke Malaysia. Sedih sangat... Sob sob

Kek ikan nie ada tulis halal, tapi mahal bagi aku

H&M and Me


Comel kasut bebudak nie. Kawan nak beli untuk bakal anak buahnya


Kat Korea pun ada Banana Pan Kek...

Dua tiga kali ulang juga aku tengok kedai jual baju nie

Maskot kucing tu untuk sesiapa yang nak pergi ke CAT Cafe. Tanya jew diorg nanti diorang akan bawa ke Cafe tu.

Buah berangan

Hari makin lewat malam dan  sejuk. Mahu pulang ke sarang sebab kepenatan teramat sangat. Aktiviti hari ini memang follow itenarary sungguh. Puas hati bangat. Layankan video last nie.



Comments

  1. Natsukasi yo!
    Dulu pi Seoul mmg dok kt myeodong tu
    Ya ampun umah mcm semutttttt
    Weols dulu pun mkn seafood fried rice tu pengaruh kdrama😉

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????