TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 2) - DPP Plaza, Dongdaemun, Itaewon & Namsan Tower




Lena sungguh aku tidur malam tadi walaupun tak mandi dan tukar baju. Terjaga pun rasa malas giler nak bangun. Sedap baring dalam selimut tebal nie katakan. Check cuaca hari ini sangat baik dan suhu kat luar sekarang 0 darjah celcius yea. Patut lah aku rasa sejuk bangat. Bangun tengok kawan dah jaga tengah main handphone. Hampir penuh juga katil ber8 nie, tak sedar bila la yang lain-lain masuk bilik sebab sebelum aku lelap semalam kosong jew semua.

Settle mandi dan bersiap semua ready terus untuk check out GH. Counter masih tutup bila aku turun ke bawah. So kami sarapan dahulu sebab perut memang tengah lapar. Dekat sini breakfast memang disediakan. Bagi aku cukup lengkap ada susu segar botol dan kotak, jus buah, roti dan paling penting ada nasi. Bila tau dalam periuk ada nasi terus lah aku ambik sambal ikan bilis. Lapar weh last makan nasi dalam flight kot huhu. Sedapnya dapat makan walaupun bukan nasi putih.


Kaunter kat GH

Selesai mengenyangkan diri hantar kunci dan ambik deposit 10k won yang aku bagi semalam. Sebenarnya resit 10k won untuk deposit kunci tu tah mana aku campak. Nasib dia tak kisah dan bagi semula duit deposit tanpa banyak kisah. 

Untuk hari kedua di Korea ni asalnya kami akan pergi ke Gangchon Rail Bike. Dalam lebih 2 jam perjalanan dari Seoul menggunakan Subway. Tapi selepas aku pikir panjang masa sarapan tadi terus tukar plan. Aku dapat merasakan tak mampu menghadapi kesejukkan ini dengan hanya berbaju sejuk nipis yang dibawa nie. Kesengsaraannya dapat kurasakan semalam semasa keluar sekejap cari makan dan pusing DDP Plaza. Misi mencari baju tebal terpaksa dijadikan mukadimah untuk hari ini. Aku decided untuk pergi ke Namdaemun sebab kebanyakan Blog yang aku baca mengatakan baju-baju sejuk di sana murah berbanding tempat lain. Kawan aku follow jew perubahan perancangan aku nie. Dengan masing-masing membawa beg yang besar menuju ke Stesen Dongdaemun History & Culture. Aku nak simpan beg di situ sahaja. Di hampir di setiap stesen subway memang ada disediakan locker room untuk simpan beg-beg ni. Aku ambik locker paling besar dan muat 2 tapir besar kami ni. Aku bayar dalam 8000 won untuk membolehkan locker dipilih terbuka. Agak elektonik lockernya tapi korang kompom leh guna bila try nanti. Selesai simpan beg kawan minta pusing-pusing DDP Plaza dahulu sebab semalam tak puas katanya.



















Selesai sesi photografi kembali ke Stesen Dongdaeumun History & Culture untuk pergi ke Namdaemun market dan turun di Stesen Hoehyeon. Nak ke sini dari stesen sebelumnya tak perlu tukar train coz satu line jew.

Keadaan dalam Subway.

Bukan turun di Myeongdong yea... turun selepas Stesen nie.
Sampai dalam pukul 930 pagi gak dan suasana dah memang meriah. Aku banyak singgah pun sebab misi hanya untuk cari baju tebal. Nampak jew baju yang berkenan tanya harga dan rate sekitar 30k - 40k won (RM120-RM160). Menangis................ 

Meriah weh.. Macam-macam ada.

Yang nie diorang jual lambak jew. Harga baju sekitar 5kwon ke 15kwon. Malangnya tak ada baju lelaki..

Jumpa tempat lengang sikit tangkap gambar. Jenuh tahan sejuk tu.

Jumpa baju yang agak berkenan coz harganya dalam 25k won termurah antara harga lain

Ajumma nie tolong, tapi pas aku cakap pusing-pusing dulu beliau wat muka bila tak beli huhuhu.

Puas pusing-pusing tak jumpa juga baju yang sedap DUIT MEMANDANG dalam poket. Yang berkenan semua rate atas 30k -50k won. Decided untuk pergi balik ke kedai yang aku dah test tadi. Tapi kalau dah rezeki dapat juga la baju yang berkenan dengan harga berpatut dicelah kedai sebelum tuju ke kedai asal tu. Dapat ler 20k won dan design yang agak canti bagi aku.

Taraaa... ini ler bajunya. Ok dari 1st tu kan??? huhuh
Terasa ke'warm'annya bila disarung ke badan huhuhu..


Terasa model baju sejuk pulak.. hahahaha

Dan lagi... lagi dan lagi hahahahaha

Settel beli baju nak pergi makan pula. Walaupun baru pukul 12.00tghari kesejukan menyebabkan perut cepat lapar. Makanya pergi ler kami ke Itaewon. Itaewon masa 1st ke Korea tak sempat nak pergi. Kali nie aku pastikan tempat nie dapat dijejaki. So misi utama nak makan Samgyetang (Sup herba ayam) di Eid Restaurant. Nampak terliur aku bila Blogger Wanderlust DJ makan di sana. FYI Itaewon penuh dengan kedai-kedai halal dan banyak pilihan. Mula nak cari Eid Restaurant aku follow jew info yang diberikan dalam Blog beliau tapi tersesat pula. Dalam sesat-sesat tu jumpa la tempat-tempat local people jual barang-barang seni atas tangga. Layan ler kejap kerja tangan dia orang yang cantik-cantik.

Lorong dah betul tapi aku tuju ke arah masjid pulak

Atas tangga nie la.. Curam gak sebenarnya







Yang nie aku tunggu kawan yang gigih tangkap gambar kat bawah tu 

Back to track untuk cari kedai makan tu. Rupanya jalan asal aku tadi dah betul tapi dek disebabkan aku nampak masjid dari kejauhan terus aku menuju ke arah sana coz Eid memang berhampiran masjid jew. Kedainya kecik sahaja dan agak padat juga dengan ummah yang kelaparan. Macam biasa muka orang Melayu dan Malaysian yang ramai. Senyum-senyum kambing dan buat muka ramah ler sikit. Yela ramai orang kata orang Malaysia terutamanya orang Melayu yang pergi ke Korea kalau selisih mesti berat muka nak senyum. Memang betul dan aku sangat setuju huhuhuhu.

Taraaa.... sampai sudah... Merah menyala semangat waja

Meja sebelah baru blah.. ramai tol diorang

Kecik jew kan tak besar mana

Si Saad ler yang datang ambil order kami. Beliau nie ler yang menjadi kegilaan ummah-ummah perempuan Malaysia kalau datang di sini. Malangnya aku sangat kecewa untuk menu hari ini tak ada Samgyetang. Makan hati ler wehhh.......... Akhirnya aku makan ler seperti gambar di bawah. Apa namanya pun aku dah lupa. Lagi pun tak dapat nak snap pix menu dalam ipad tu coz ramai orang nak guna.

Aku punya yang macam daging goreng tu.. Sedap wehh. Kawan aku sup daging rasanya. Side dish or bachan unlimited leh tambah banyak kali. Ada ler 3 kali aku tambah huhuhuh
Kawan aku nie suka tangkap gambar. Perut aku lapar dia suh tunggu jgn mkn sbb nak tangkap gambar. Sekejap leh aku layan klu dah lama aku melantak dulu ler huhuhuh

Burrrpp dalam tujuh lapan kali kekenyangan. Bayar dalam 24k won termasuk 2 nasi tambah. Terus pergi ke masjid di Iteawon nie. Tak jauh pun dari Eid sebab tadi dah memang lalu.

Terus naik ke atas bila nampak tulis khad syahadah nie

Tersergam indah masjidnya. Alhamdulillah akhirnya aku dapat sampai di sini

Pintu masuk

Keadaan dalam masjid ruang solat lelaki.

Jemaah sedang solat, kebanyakannya foreigner dari Pakistan

Untuk berwuduk kena keluar dari bangunan utama. Kalau lelaki belah kanan masjid sebelah bus dan kereta tu. Perempuan kat belah kanan bawah masjid tu jew.

Selepas solat tahyatul masjid dan jamak qasar Zohor Asar melepaskan lelah sekejap sambil cas baterry.

Masjid nie antara tempat tarikan utama di Itaewon terutamanya dari negara Islam. Maklum ler susah nak jumpa masjid di negara Korea. Ramai juga orang Korea sendiri mengunjungi masjid nie bagi mengetahui mengenai Islam itu sendiri. Imam masjid orang Pakistan aku rasa dan dia boleh berbahasa Korea dan Inggeris dengan baik. Banyak bagi penerangan pada student-student Korea yang datang. Hampir sejam aku di sana ramai juga ler aku nampak orang yang dilayannya.


Layan sekeping dua dulu sebelum bergerak ke next destination


Next kami nak pergi ke Seoul Tower. Aku pilih untuk pergi ke sana menggunakan bus sahaja. Pilihan termurah dan menjimatkan tak mau naik kereta kabel. Dari Itaewon pergi ke Chungmuro Stesen menaiki subway dan naik bus no 5 kalau tak salah aku.

Gigih tunggu bus
Penuh dalam bus terpaksa berdiri

Jalan pun jammed gak nak pergi ke Seoul Tower tu

Bus turun kat sini, kena menapak naik bukit untuk ke Seoul Tower

Sampai sini nak maghrib dah.

Sila menapak sampai ke atas yea
Sampai sudah..

Hari dah nak gelap

Suasana walaupun hampir gelap masih meriah dengan limpahan manusia. Cuaca tak payah nak cakap ler makin sejuk. Daun-daun autumn tak nampak sangat dengan  jelas coz hari makin gelap. Aku terus jew tuju ke tempat mangga-mangga tu untuk bergambar. Padat ok dengan orang, jenuh nak cari ruang-ruang kosong.

Ambik Go Pro tangkap jew gambar

Seoul Tower and Me



Cantik pula sunset sini. Boleh khayal seketika




Snap-snap lagi dicelahan orang

Makaihhhh tak de kerja diorang nie menggantung benda alah nie

Dah puas tangkap gambar dan video, kami turun dan ambik bus yang sama kembali ke Chungmuro Stesen. Terus ke Dongdaemun History and Culture Stesen untuk ambil beg. Masa ambil beg sakit pula hati aku bila kena topup lagi 6k won. Aku ingat 8k won dah cover sampai malam. Redho jew ler bayar nanti tak dapat pula balik beg kang. Selesai ambil beg terus ke Hyehwa Stesen untuk check in GH Bong Backpakers. Tak susah sangat nak cari GH nya follow jew map dalam web yang diberikan. GH Bong nie biasa-biasa jew bagi aku. Tak banyak kemudahan disediakan sampai TV or computer pun tak disediakan. Microwave hanya ada dalam bilik staf kalau nak panas kan nasi atau lauk. Tah apa2. Tapi redho jew la sebab murah.

Rehat dan mandi semua kawan ajak keluar. Sebenarnya aku malas nak keluar tapi aku layan kan juga sebab malam masih muda. Hyehwa ni dah macam Myeongdong aku tengak sebab penuh dengan kedai-kedai kosmetik dan meriah. Ini kawasan student-student universiti.










Done untuk hari ke 2 di Korea. Balik bilik dan tidur.....





Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak