Camping Sg. Pisang, Gombak

Masih terukir senyuman ketika teringat moment-moment camping di Sg. Pisang baru-baru nie. Pertama kali setelah sekian lama tak buat aktiviti begini. Last camping masa Politeknik sebab diwajibkan bagi semua ahli Polibrigade, tak pergi tak lulus.

My friends Que aka Makcik banyak kali ajak join aktiviti bercinta dan bersosial dengan alam nie. Dia dah memang superduper advance dengan aktiviti begini. Dah tawan Gunung Tahan pun. Aku agak kurang berminat. Kalau pergi hiking pun mesti yang boleh balik hari jew tak perlu bermalam di dalam hutan atau ber'camping' semua. Setelah melalui perbincangan yang panjang setiap kali berjumpa decided camping yang tak perlu ambil masa lama dan tempat terbaik di Sg. Pisang sahaja. Everything kami serahkan kat Makcik jew dari segi arrangement barang-barang keperluan camping dan itinerary. Dia ada ajak beberapa otai-otai yang biasa camping join aktiviti nie.

8hb Februari 10.00mlm aku dan Lan dari Putrajaya gerak ke Permaisuri jemput Makcik dan Aril. Pastu terus shoot tempat perjumpaan di Restoran Awwal di Ampang. Semua sekali yang join aktiviti nie dalam 10 orang. Selepas lepak dan minum-minum terus gerak ke Alang Sendayu. Nak pergi sini ikut MRR2 pastu ambik ke arah UIAM dan terus follow jalan FT068, akan lalu ke Muzium dan Hospital Orang Asli.


Sampai di Alang Sendayu sekitar pukul 1.00 pagi. Berpandukan headlamp dan lampu suluh perjalanan dimulakan selepas bacaan doa. Hadapan di Ketua Naqi dan Shah manakala belakang sekali Makcik dan Syuk. Aku, Aril, Lan, Atikah dan Aina ditengah-tengah. Perjalanan malam yang mencabar dimulakan dengan meranduk air sungai di paras keting. Kemudian melalui denai-denai di tepi Sungai. Aku terjatuh juga ler sebab tak perasan ada curam di depan. Gambar di bawah laluan yang kami lalui ketika malamnya untuk sampai ke Sungai Pisang. Sila bayangkan perjalanan kami di waktu malam.

(MALAM) Redah anak sungai nie untuk mulakan perjalanan

(MALAM) Lalui denai-denai tepi sungai

(MALAM) Naik sikit bukit-bukit
(MALAM) Lalui concrete wall tepi Highway Karak

(MALAM) Teruskan kepayahan berjalan diwaktu malam yang gelap gelita
(MALAM) Jumpa Corrugated Metal Pipe (CMP) Culvert diorang panggil terowong jew. Aku seram lalu sini sebab memang biasa binatang berbisa lepak dalm CMP nie. Alhamdulillah tak jadi apa-apa.

(MALAM) Sini paling payah sebab longkang nie ada pokok tumbang

(MALAM) Jenuh juga yea nak lepas kat sini dengan gelapnya.
(MALAM) Terus tembus tepi Highway Karak
(MALAM) KM28.2 Highway Karak

Rehat sekejap tepi Highway nie sambil snap-snap gambar.



Done snap-snap gambar perjalanan diteruskan. Gerak dari KM28.2 sehingga KM28.7 sebelum masuk ke hutan semula

(MALAM) Lebih 500meter juga berjalan dari sini sambil tak habis-habis kenderaan bunyi hon kat kami.

(MALAM) Masuk lorong sini yea.






Teruskan perjalanan ke Campsite Sg. Pisang. Setelah hampir 500meter ke dalam kami sampai ler di sana menjelang 2.30am. Gelap gelita tiada group lain yang camping malam nie. Hanya terdengar deruan air terjun yang mendamaikan. Selepas bincang untuk tempat tidur makanya khemah di pasang segera dengan hanya lampu suluh. Unggun api dinyalakan baru leh cerah sikit. Aku yang tiada pengalaman memasang khemah pasang siap terkial-kial juga pada mulanya. Naqi bantu kami untuk pasang khemah. Tq Naqi coz sudi pinjamkan khemah anda untuk kami bertiga. Alhamdulillah, settle semua dalam pukul 3am.

Khemah yang dah siap dipasang waktu siang. Yang warna oren tu aku pasang. Belah kanan yang tergantung kat pokok tu Hammork

Pastu siap-siap barang untuk goreng kopok lekor dan buat air. Sambil-sambil tu sesi suai diri, kenal-kenal, gurau-gurau senda. Sedap pula makan kopok leko dalam hutan nie. Time lepaking kami main UNO. Pertama kali main kad UNO nie, jenuh juga nak memahamnya. Nombor paling last 1st game huhuhuhu. 2nd dapat no 2 pula ok ler tu kan. Aku tengak main game nie dapat ler merapatkan diri dengan bebudak nie. Sebab apa aku panggil bebudak kerna umur hampir semuanya umur under 25tahun. Terasa tua pula dikalangan mereka hahahaha. 

Main UNO sambil makan kopok leko
Masuk khemah pukul 510am dan ada yang masih berjaga. Aku sebenarnya tahan kencing tak selesa betul buang merata-rata tempat. Tapi pukul 610am tak tahan gak pergi ler celah-celah mana yang patut untuk membuang. Terus solat subuh berjemaah. Alhamdulillah.

Walaupun aku tak tidur pun lagi, selepas Subuh terus lepak sembang-sembang dengan Makcik, Naqi dan Shah. Nak masak sarapan masih gelap lagi. Macam-macam topik disembang sampai ke cerita mistik dalam hutan dengan pengalaman masing-masing. Aku setakat dengar jew la. Yang aku ingat sampai sekarang kalau daun jatuh depan kita masa maghrib atau malam sila jangan pandang ke atas yea huhuhu..


Orait abaikan kisah-kisah tu. Menu sarapan pagi kami semua ialah nasi lemak. Sebelum camping Makcik ada tanya nak sarapan apa dan disuggest nasi lemak. Sambal ikan bilis dah dimasak awal oleh Lan di rumahnya. Aku setakat mampu sponser barang-barang untuk masak sambal ikan bilis jew. Nak memasak memang tak tahu. Masak nasi lemak senang dan sangat cepat. Bila makan subahanallah sangat lah sedap. Nasi bila masak dengan api memang GRED A. Makan nasi lemak dengan kerak dia fuhhhhhh.............. Semua happy2 jew dapat makan. Sambil borak-borak.

Tengah masak nasi lemak guna dapur gas kecik tu. Aku tukang kacau jew

Alhamdulillah rejeki hari ini

Tangkap gambar cikit



Naqi and Aril

Next kalau perut dah kenyang apa lagi kalau bukan waterfall Sg. Pisang. Bunyi air terjunnya asyik memanggil-manggil jew. Kalau tak dikenangkan kesejukan tahap beku selepas subuh aku dah terjun tiruk. Serius best weh mandi sini. Layankan saja pic nie

















Ada gak dalam dua jam mandi. Kecut satu badan. Kepuasan tahap max. Naik atas salin baju rehat. Nampak Hammork makcik masuk dalam. Hammork nie cam buaian ikat antara pokok. Mula risau gak takut putus dengan berat aku nie huhuhu. Masa dalam Hammork nie la baru aku rasa keseronokan bersosial dengan alam nie. Nyaman, damai dan tenang sangat. Terlelap seketika.

Abaikan aksi ini huhuhu



Pukul 12pm masing dah siap berkemas-kemas. Runtuhkan khemah dan siap-siapkan apa yang patut.



 Pastikan kawasan perkhemahan kami nie bersih dan terurus. Tak mau tinggal sampah sarap bagai. Sian orang lain nanti nak guna camner. Sesi bergambar untuk wat kenangan

Tq Makcik ajak kami nie

Lan, Aril, Makcik and Me

Ini group Gonjengers kaki naik gunung & camping
Dari hadapan Gongjengers
Orang kuat Camping Sg. Pisang nie

Naqi. Shah, Makcik and Syuk. Naqi tengah pewai sebab baru bangun tidur.

We oulsss



Dari Kiri Aina, Naqi, Shah, Lan, Aril, Aku, Makcik, Syuk, Zhaff and Atikah

Terima kasih semua atas aktiviti camping yang sangat ohhsem nie. Rasa tak puas pula buat satu hari jew. Macam perlu sehari lagi.

A Friend is one that knows you as you are, understand where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow- William Shakespeare.

Makcik aktiviti ko dicop APPROVE oleh kami.

Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 5) Jeju Island : Hiking Hallasan