TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 6) Jeju Island : SeongsanIlchulbong - Seopjikoji - Oedolgae Rock (Part 1)
Rupanya dah genap setahun 1 hari vacation aku ke Korea nie. Travellong masih lagi tak siap-siap huhuhu. Masih mampukah aku menghabiskannya?? Entah ler aku try the best untuk abiskan entry travellong nie. Kalau ikutkan setahun yang lalu aku OTW ke Namdaemun nie nak beli baju sejuk huhuhu... Ok lets sambung...
Hari ke 2 di Jeju, hari ke 6 di bumi S. Korea. Semalam dah ambil kereta di Airport walaupun badan sangat penat. Banyak drama tapi malas nak cerita panjang.
Bangun awal pagi bersiap-siap untuk kejar sunrise di Seongsan Ilchulbong. Tak sempat say bye-bye kat Damian. Perjalanan mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke sana. Yang nyata misi mengejar sunrise tidak berjaya. Sampai sana orang dah mula turun ke bawah. Mata mengantuk dan badan masih lagi penat sambung balik tidur dalam kereta. Sejam kemudian baru lah bergigihan naik tangga ke puncak Ilchulbong.
Awal pagi di Seongsang Ilchulbong |
Nak mulakkan perjalanan nie. |
Tengok muka pun tau tengah tahan sakit huhuhu |
Marilah berusaha |
Sebahagian dari view semasa naik ke atas |
Sampai di puncak kami disambut dengan pemandangan indah nie. Alahai cantiknya suasana matahari pagi nie. Kalau memang dapat kejar sunrise awal pagi tadi confirm lagi cantik. Lagi la dengan keadaan cuaca yang baik nie.
Aku ambil masa lama juga untuk menghayati pemandangan di atas nie. Sambil-sambil urut kaki huhuhu... Orang memang tak ramai sangat di atas. Bawah nie sebahagian dari pemandangan tempat peninjau di puncak Seongsan Ilchulbong.
Masa aku nak turun orang makin ramai |
Ok pasal gambar di atas nie aku nak cerita sikit. Sepanjang aku di Korea nie aku nampak orang Korea nie jakun sikit bila tengok tourist ramai pakai Gopro. Aku pun tak tahu kenapa. Diorang nie senang dengan stick handphone jew. Macam ajushi and ajuma nie nampak cam beria tengok aku kat atas tu bila guna Gopro. So aku nie pelawa ler sekali bergambar. Happy jew diorang huhuhu. Beria teruja nak tengok.
Rasa-rasa dah puas bergambar tu so aku turun bawah ler. Orang pun makin ramai. Tourist dari tanah besar pulak tu. So korang paham-paham ler cam nie bisingnya.
Ini tempat nenek yang berselam tu |
Sampai bawah aku beli air dan roti untuk lapik perut. Aku makan ubat tahan sakit sebab kaki dah macam zomba bila aku berjalan. Next destination Seopjikoji. Tempat wajib untuk pergi sebab pemandangan di sini sangat ohsem dan mendamaikan.
Nice view. harap dapat pergi sana.
ReplyDeleteAmin...
Delete