Cheese Cake Cat & The Fiddle, HOPP Cafe


Jumaat lalu aku terbaca artikel dalam forum CARI mengenai keenakan Cheese Cake brand Cat & The Fiddle. Dari pembacaan dan gambar cheese cake yang ditunjukkan memang membuat aku merembes air liur. Nampak sedap, enak dan lazat. Dinyatakan bahawa cheese cake dari Cat & The Fiddle merupakan pilihan no 1 di Singapura. Pembuatan cheese cake ini adalah daripada resepi rahsia Chef terkenal Singapura Daniel Tay ( sori memang aku tak kenal pun siapa beliau nie). Terdapat 4 jenis pilihan cheese cake iaitu Over The Moon ( Newyork ), Queen of Hearts ( Strawberry ), The Modern Duke's Pudding ( Oreo ) dan The Russian Whiskers (Mango). Tetapi kali ini 2 pilihan tambahan disediakan spesial di Malaysia iaitu King Cat of the Mountain (Durian) dan Naughty & Rice (Chocolate).




Terus terpikir ini cake yang paling sesuai untuk birthday kawan aku nanti. Kebetulan kami akan berjumpa beliau pada hari ahad. Whatapps Aril tanya pendapat dan send gambar serta info mengenai cheese cake brand nie. Laju jew dia setuju dan aku minta Aril sahaja  order secara online. Yup untuk brand Cat & The Fiddle perlu order online sehari awal dan penghantaran adalah percuma di Lembah Klang. Lagi pun sekarang sehingga bulan Oktober ada discout RM16 untuk sebiji cake. Tapi malangnya puluh kali kawan aku try order online thru web Cat & The Fiddle Malaysia tidak berjaya disebabkan masalah teknikal web tu. Lastly aku decided untuk terus pergi ke office Cat & The Fiddle di Bandar Sunway terletak di atas HOPP Cafe. Boleh juga rasa atau beli whole cheese cake di sini. Mungkin owner yang sama, aku pun tak pasti.

Web Cat & The Fiddle bagi yang nak order online. Ada Promo ok sekarang.

Insta Cat & the Fiddle, tapi tak update sangat kalau dibandingkan dengan Facebook

Maka hari sabtunyaa aku pergilah ke Bandar Sunway bagi memburu Cheese Cake brand Cat & The Fiddle demi birthday kawan aku nie. Senang sahaja untuk sampai ke sini dengan menggunakan waze mencari HOPP Cafe. 

Ini cafe yang kami cari...


Anda berada dijalan yang benar bila melihat banner nie.. Muka senyum, muka senyum

Sampai sahaja cafe terus tanya staff untuk beli cheese cake nie. Tapi malangnya staff bagi tahu untuk beli whole cake perlu dibuat thru online. Ayakkkk cam mano nie haaa.. Hancur perancangan kami nie.. Kedai atas dah tutup katanya. But staff tu try juga naik ke atas dan tanya masih available untuk pembelian whole cake atau tidak. Dah kalau nak menjadi rezeki, waima macam-macam terjadi pun tetap juga dipermudahlan. Alhamdulillah kedai atas masih tak tutup dan available untuk pembelian. Yahooooo... Sebenarnya aku tak decide lagi nak flavour apa. Kalau ikut aku nak ambik King Cat on the Mountain (Durian) tapi ada kawan aku yang tak makan durian. Aril nak The Modern Duke's Pudding (Oreo). Aku tanya pendapat staff sana dan dia bagi tau Over the Moon (Newyork) dan Oreo yang paling banyak orang makan di cafe nie. Aku saja tanya staff nak try rasa cake nie dan dia kata boleh. Pilih satu flavour  dan aku pilih Queen of Hearts (Strawberry).

Dalam ralit sembang-sembang dan tengok menu di cafe nie sampailah one slice cheese cake with 3 plate. Wahh dasyat. Try rasa jew wooww sedapnya wehhhhh. Sedap sangat nie. Cheese dia memang super duper lembut, berlemak, terasa kemasaman dan kemanisan strawberry. Crust dia pun nyaamm. Perfecto.. Bak kata kawan aku yang ini pun sedap macam mana la rasa 2 flavour yang paling demand di cafe nie. Selepas bincang sekejap dengan diorang kami decided untuk try lagi 3 flavour yang lain. Kawan yang sorang kelaparan tambah Ceasar Salad dan Prawn Pizza. FYI untuk Flavour Durian dan Coklat masih belum dijual secara slice di cafe nie. Kalau nak whole cake boleh jew terus ambik di atas jika ada. Kempunan aku cheese cake durian yang dikatakan super duper maxima sedap tu.

Disebabkan menikmati sangat sampai lupa tangkap gambar huhuu. Sumpah sedap wehh Queen Of Hearts.
Tak lama kemudian sampai la cheese cake yang kami pesan. Gigih siap buat decoration plate... Cantik. Tak sabar weh nak rasa. Naik nafsu makan setingkat lagi bila tengok deco macam nie.

Gigih mendeco dan dapat la aiscream percuma huhuhu



Tak sabar nak cuba dah... Lets gooo

Cheese cake yang mula aku rasa ofcoz pilihan kedua after Durian iaitu The Russian Whiskers (Mango). Kuning keemasan dan layer cheese cake yang buat aku terliur. Hmmmm... rasa masam manis mango yang agak kuat. Ada chunky mango dan something like a biscuit. Agak overpowering flavour mango sampai rasa cheese tu kurang terasa.

Nie pilihan akhir aku kot... Manisss

Next aku try Over the Moon (Newyork), Classic cheese cake nie. Crust dia pun nampak banyak dan cheese dia nampak rich giler. Masuk jew dalam mulut...... Ya Allah sedapnya cheese cake nie. Memang betul-betul melting dalam mulut. Rasa cheese yang sangat sedap dan creamy. Tak mampu aku nak gambarkan keenakannya. Aku jatuh cinta betul. Arggggg... terliur sampai sekarang.

Bercucuran air mata bila cuba Newyork Cheese Cake nie.

Last but not least, aku cuba flavour Oreo. Nampak crust cheese cake nie pun ada campuran Oreo sekali. Atasnya ditabur penuh dengan biskut Oreo yang dihancurkan. Nampak juga lapisan cheese cake ada chunky Oreo. Kira atas bawah tengah tepi penuh dengan Oreo. Rasa cheese cake nie agak manis disebabkan Oreo itu sendiri. Tapi tak la overpowering sampai rasa cheese cake tu terganggu.

Budak-budak mesti suka Cheese Cake Oreo nie,

Apa-apa pun cheese cake Cat and The Fiddle nie memang sedap dan boleh dikatakan cheese cake yang paling sedap aku pernah rasa. So sekarang nie aku nak pilih antara Cheese Cake Strawberry atau Cheese Cake Newyork yang menjadi pilihan rating tertinggi kami selepas mencuba untuk dijadikan cake birthday kawan aku nie. After undian kami bertiga pilihan aku tewas dan Over the Moon (Newyork) Cheese cake menjadi pilihan hati. Panggil staff di cafe tu untuk order whole cheese cake. Kena bayar dulu harga sebiji cake RM99.00  sebelum staff naik ke atas dan ambil.

Dapat pun Over The Moon from Cat & The Fiddle

Kalau macam nie sedap cheese cake you ofcoz i pilih u sayang.. ehh

Mengenai HOPP cafe nie pula suasana dalam sangat tenang dan selesa. Lagi la kami duduk di sofa yang memang empuk. Rasa nak tidur sambil makan jew huhuhu... Makanan tak boleh nak komen banyak sebab kami hanya rasa Ceasar Salad dan Prawn Pizza sahaja. Air pun minum air kosong. Ceasar Salad memang sedap dan rasa Prawn Pizza bagi aku biasa-biasa sahaja.


Ruang dalam HOPP cafe

Santai dan tenang sahaja

Sedap weh duduk sofa nie

Gambar Pizza Prawn jew yang sempat ditangkap, ceasar salad selesai masuk ke perut.

Rasa dah puas enjoy dalam cafe tu kami beransur la keluar. Bill untuk 3 slices cheese cake, ceasar salad, pizza dan tapau 2 slices cheese cake untuk Aril hanya RM92.25. Standard rate untuk cafe-cafe sebegini.

Alhamdulillah ada yang sudi belanja. Cake untuk rasa tu free okey

Tapau Over the Moon and Queen Of Heart untuk Aril

Tak sabar tunggu esok untuk sambut birthday dan makan cheese cake lagi. Hopefully semua happy dan enjoy dapat makan cheese cake yang gigih aku cari nie.


*** TAMBAHAN

Semua Cheese Cake daripada Cat and The Fiddle adalah HALAL dan telah mendapat logo kehalalannya daripada JAKIM. So jangan risau key.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6