Misi Menawan Chemerong - Berembun - Langsir (CBL) Part 3 (Akhir)

Dingin dan nyaman pagi nie. Tidur dengan lena walaupun dua tiga kali badan meleret ke bawah disebabkan tapak kem yang agak curam. Kembali menyarung sleeping bag selepas subuh tapi rasanya sangat rugi untuk lelap ketika ini. Lihat semua member masih lena aku buat keputusan mengambil angin pagi di tepi Air Terjun Langsir. Mana tau kalau ada rezeki untuk melihat langit pagi yang indah di sini. Cuaca alhamdulillah baik, cerah dan dingin.






Terpana seketika dengan pemandangan yang sangat ohsem. Sangat cantik..... Apa yang aku tunjukkan memang tak dapat mengambarkan keadaan yang sebenarnya di sini. Video time-lapse tak menjadi disebabkan ramai sangat la yang ganggu, rugi sangat. Semua gambar selepas langit semakin cerah. Kalau nak tengok sunrise di Langsir nie, kena gigih sikit turun ke bawah dan pergi ke kanan sekali. Kalau tak nampak sipi-sipi jew. Aku yang keseorangan nie dengan berjubahnya memang tak berani nak turun seorang. 30 minit kemudian barulah kengkawan aku yang lain bersama Pokpa datang. Barulah berani turun ke bawah. AMARAN sangat curam dan bahaya ok turun ke bawah. Ada brader tergolek ke bawah nasib tiada kecederaan yang berat.


Us #FellowshipOfDaun
Yang gigih pagi nie

Us, dari lensa Pokpa
Aku yang hanya berjubah dan windbreaker



Suka gambar nie, dengan langit yang sebegitu

View Air Terjun Langsir dari bawah

Langit sangat cerah

Rasa-rasanya dah puas hati cuci mata melihat keindahan tuhan, balik ke kem site dengan perut yang kelaparan. Hopefully tukang masak dah bangun dan prepare sarapan pagi huhuu.

Panjat balik batu nie ke atas

Singgah Langsir jap, sebelah Kem jew
OK korang tahu tak sebab apa air terjun nie dinamakan Langsir??? Huhuhu.. bagi sesiapa yang senang nampak benda halus memang akan nampak bergentayangan la Cik Lang sana sini atas pokok. Amacam?? Sereeemmm? Hahahaha.. Tapi itu kisah lama ketika mula-mula tempat nie dijumpai. Kawan aku yang mudah nampak hantu pun katanya tempat nie agak bersih dari benda-benda sebegitu kecuali maghrib semalam ada bayang-bayang hitam lepak sekali dengan kawan aku yang merokok.

Camp Site kami yang agak membukit dan curam
Happy sampai sahaja camp site tukang masak dah bangun dan meehoon goreng pun dah siap masak. Tinggal masak keropok dan buat air teh tarik sahaja lagi. Lain-lain melepak bawah fly kemas-kemas barang.

Chef utama group

Kopoooookkk dari ganuuu
Selesai sahaja sarapan pagi terus sahaja berkemas. Ada misi penting hari terakhir nie. Kepala segala kepentingan abadi trip CBL kali nie.

Siap sana siap sini, kemas sana kemas sini.
Actually ada surprise kami buat untuk member yang lahir bulan Ogos nie. Kalau diikutkan hati dan perasaan memang nak baling tepung or selam diorang dalam air. Tapi keadaan dan masa yang tak mengizinkan untuk kami buat sedemikian rupa. Kalau baling tepung dan kotor tempat nie mati kami. Viral pulak nanti dalam group FB hiking. Setakat beramai-ramai menyanyikan lagu birthday dan sesi bergambar dengan banner sajoook hahaha...

Birthday Boy 2 di tengah yang pegang nama masing-masing.


Happy Birthday both of u from us #FellowshipOfDaun

Ko mampu.. sambut birthday di Langsir hahaha
Pukul 11 pagi barulah kami nak gerak ke tempat pooojaan hati semua yang datang ke CBL nie. Apa lagi kalau bukan Sungai Bangan atau lebih tepat lagi Sungai Balu. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 30-40 minit. Hopefully geng cina yang gerak awal pagi tadi dah pergi dari situ. Sungai Bangan@Balu bukan besar sangat pun. Alhamdulillah sampai jew terhidang permandangan di bawah nie. Korang rasa???

Sg Bagan atau lebih tepat lagi Sg Balu
Yang pandai berenang dah macam dugong dan memerang menyelam sana sini. Aku yang suam-suam kuku nie setakat duduk tepi-tepian jew yang mampu. Makan hati tengok memember video bawah air. Hanat sangat.







Sebab tak tahan sangat nak meneroka Sg. Bangan@Balu aku berenang juga ke hujung sana. Tengah-tengah tu agak dalam yea.

Serius air sini sangat-sangat bersih dan segar. Dikatakan air di Sg. Bangan @ Balu ada air yang terbersih di Malaysia nie. Rasa air di sini sangat sedap. Beza giler dengan air mineral atau air di sungai-sungai lain yang aku pernah minum. Fresh....

Gambar rompak En. Google. Kebanyakan video bawah air yang diorang ambil.
Tapi malangnya kami disini hanya lebih kurang 30minit sahaja. Serius memang tak puas mandi. Nak lanjut masa lagi tak boleh dah sebab kami memang dah lewat dari jadual asal. Hari pun nampak semakin mendung.

Posing bersiap sebelum blah dengan berat hatinya.
Perjalanan kami nie akan kembali ke Kem Balak untuk mengambil sampah sarap yang ditinggalkan. Hampir 3 jam juga perjalanan untuk ke sana. Tiada gambar yang diambil. Lagi pun hari semakin gelap nak hujan. Sampai di Kem Balak hari mula rintik. Rehat tak sampai 5 minit terus shoot keluar dari situ. Tak boleh lama disebabkan untuk keluar dari Kem Balak kena menyeberangi anak sungai. Pokpa risau kalau kepala air datang kami akan tersekat di sini. Guruh semakin kuat dan hujan semakin kasar. Sampai sahaja tempat rehat untuk turun ke "Highway" hujan turun dengan lebatnya. "Highway" jalan shotcut untuk terus sampai ke bawah tanpa melalui Air Terjun Chemerong. Lebih sejam juga perjalanan turun dalam keadaan hujan. Masalah untuk aku waktu ni disebabkan cermin mata aku kabur dengan wap. Dah lah tracking dah jadi macam air terjun. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah kami semua selamat keluar sekitar pukul 5.30 petang.

Kesimpulanya bagi aku Trip CBL ini merupakan hiking yang paling susah pernah aku lalui. Track yang mencanak dan perlu membawa beban sepanjang masa. Tapi sangat puas dengan apa yang aku lalui 3 hari nie. Walaupun aku paling slow dan punca segala kelewatan namun Trip berjaya ditamatkan. Bak kata kawan aku lepas nie dah boleh tawan Kinabalu pula. Untuk repeat Trip CBL itu sudah pasti. Tapi next kami akan pastikan lama di Sungai Bangan@Balu dan akan bermalam di Jeram Lesung. Beberapa tips yang aku dapat kutip untuk Trip CBL adalah:


  • Korang kalau dapat tak perlu bermalam pun di Kem Balak atau Kem Y, terus sahaja shoot ke Langsir. Kami dah request ke Guide tapi guide tak suggest disebabkan track yang sangat mencabar untuk terus ke sana. Tapi dengan perjalanan 2 hari kami ke Langsir yang mencanak baik terus saja ke sana.
  • Tak perlu ke Puncak Berembun. Bukan ada apa-apa view menarik pun di atas sana. Tapi untuk kepuasan diri nak bergambar di plat Puncak Berembun apa salahnya.
  • Sila camping di Jeram Lesung. Tak jauh pun Air Terjun Langsir dari sini. 
  • Gerak awal, gerak awal, gerak awal. Jangan jadi macam kami huhuhuhu...
  • Sila pakai pakaian yang sesuai untuk hiking. Jangan jadi macam aku... ;) ;)
Orait, berjaya pun aku tamatkan cerita CBL kali nie. Kalau gigih aku akan throwback semula Trip Hiking, Camping yang pernah aku pergi sebelum nie.. Salam..

Gambar happy berjaya tamatkan trip kali nie dengan jayanya



Comments

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6