My Vacations 2017.... Kia Ora

Ok nak pecah lubang. Tahun depan ada 2 trips penting yang akan membuat aku gantung diri nak cari duit. Dua-dua tempat nie mahal nak mamposs lagi-lagi la dengan nilai matawang kita yang sangat lemah.

Kemana kita nieeeee..............


Kia Ora.. huhuhu.... Bahasa apa tu cer teka cer teka. Siapa yang dah pernah datang ke country nie comfirm dah tau. Aku bagi clue lagi..

Sumber encik Google

Jawapannya New Zealand. Yup... kalau tak ada aral yang melintang pukang. Inshaallah bulan April nanti aku akan menjejak kaki ke negara yang digelar Syurga Dunia. Tiket aku dah beli masa AirAsia tengah promo bulan Jun lalu dan dapat harga tiket dalam RM1280 seorang return. Paling murah. Kami akan pergi berlima di mana 3 orang dah beli tiket return, seorang dan beli tiket pergi dan seorang lagi tiket balik. Macam-macam kan? huhu..

Kenapa New Zealand?? Sebab AirAsia mampu merealisasikan impian aku untuk ke sana. Harga tiket yang masih mampu aku beli. Kalau naik flite lain dengan harga min RM2500 ke atas, aku memang akan memandang sepi dalam kesayuan jew lah nak ke New Zealand. As we know New Zealand nie cantik sangat kot dan dikatakan negara yang paling nyaman udaranya tanpa pencemaran yang serius. So dengan pembukaan kembali laluan AirAsia ke New Zealand makanya Inshaallah akan sesana jua aku nanti. Doakan

OK... ofcoz aku dah study sikit pasal New Zealand dan buat Itinerary secara kasar tempat yang aku nak pergi. Inshaallah perancangannya akan cover Pulau Utara dan Selatan sekali.


Why cover dua-dua sekali. Biasa orang akan cover Pulau Selatan sahaja sebab sana pun dah sangat ohsem. Itu pun berhari-hari kat sana tak cukup. Aku ada reason yang tertentu. Pertama aku pergi agak lama iaitu 14hari. Kedua aku nak sangat terokai Tongariro Alphine Crossing di Pulau Utara tu. Dikatakan permandangan di sana antara 10 tercantik di dunia bagi single day track. Ko rasa tak merembes aku nak cuba mendaki kat sana walaupun aku nie kesemputan. Ketiga atas sebab utamanya ada sorang kawan aku tak dapat join awal untuk vacation nie. Beliau seorang student dan tak boleh nak tinggalkan kelas dua minggu berturut-turut. So takkan kami nak cover pulau Selatan separuh baru di sampai. Sian pula dia nanti.

Ok Highlight untuk vacation kali nie selain tempat-tempat wajib untuk pergi  macam Lake Tekapo, Lake Pukaki,  Lake Wanaka, Milford Sound ialah:

  • Tongariro Alpine Crossing
  • Hooker Valley
  • Glenorchy

Tongariro Alphine Crossing : Sumber Encik Google

Hooker Valley : Sumber Encik Google

Glenorchy : Sumber Encik Google

Sebahagian gambar-gambar tempat highlight di New Zealand yang akan aku pergi nanti Inshaallah.... Apa-apa pun aku masih lagi merancang dan buat Itinerary yang terbaik serta berpatutan untuk aku. Masih ada lebih kurang 6 bulan lagi....huhuhu

Satu lagi trip 2017 next entry aku buat.

P/S: Masih menanti Blog Azra dan Supermeng Malaya settelkan travellong diorang ke New Zealand baru-baru nie. Boleh lah curi idea sikit huhuhuhu

Comments

  1. alamak tunggu entry iols ker? lambat sket laa yer :)
    bz nak balik 'kg' lak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. opcoz la... sumber rujukan penting blog u... Huntung la balik 'kg' huhuhu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6