Edisi Iftar 2011 : Geng UTM

Tarikh : 3hb Ogos 2011

Hehehehehe....... baru sekarang aku nak cite dalam blog... huhuhu malas sioot skrg nie wat benda alah nie. Tapi aku gigih gak sebab nak wat kenangan. Untuk permulaan Iftar bulan puasa bagi tahun nie aku mula dengan geng UTM. Maklum ler puasa ke tiga masih ada paper exam yang tak habis lagi. So lepas habis petang tu kami memang rancang nak buka bersama. Bukan semua yang dapat datang Ani ngan Jalil gagal menhadirkan diri di Iftar kali ini. huhuhuh.


Ok Iftar kali nie dikepalai oleh Mat and Jaja yang gigih berusaha bagi menjayakan majlis ini dengan penuh gilang gemilang.. Persiapan membooking dewan dan mengedarkan kad jemputan khas kepada tetamu yang hadir telah dilakukan dengan penuh dedikasi. Hasil temu ramah, Jaja dan Mat berasa sungguh berdebar2 dengan sambutan yang akan diberikan oleh tetamu jemputan.. Mereka merasakan task untuk membuat majlis Iftar kali ini sangat memberi tekanan yang tinggi namun di terima dengan penuh keredhooan.


Sekali lagi pihak penganjur utama (Jaja dan Mat) memilih lokasi yang sama seperti tahun lepas untuk Ramadhan kali ini. Mungkin disebabkan daya tarikan Big Mama membuatkan mereka terpanggil untuk melangsungkan majlis ini di sini. Tahun lepas buffet Ramadhan di sini sekitar RM18, namun tahun ini dinaikan kepada RM28. Tapi unlucknya untuk hari ini kambing panggang yang diagung-agungkan tidak dapat disediakan. Penganjur telah berusaha merayu kepada chef di Big Mama untuk menyediakan juga kambing panggang namun menurut tukang sapu di situ kambing untuk hari ini telah terlepas lari. Namun kambing grill baki semalam akan disediakan bagi tidak menghampakan permintaan.


Tetamu terhormat, Din, Yam, Isteri dan Anak, Wawa dan Suami, Shahrul, Isteri dan Anak serta tak lupa Hyun sendiri telah menghadirkan diri bagi menjaga hati pihak penganjur. Seperti yang dikhabarkan Ani dan Jalil tidak menghadiri Iftar ini sehingga menyebabkan Jaja dan Mat terasa sangat hampa dan berkecil hati, limpa dan peparu.


Wawa bersama suami yang baru pulang daripada klinik dan mendapat MC kerana Dr menyatakan beliau telah mengalami darah tinggi. Kenapa terjadinya sedemikian masih lagi disiasat. Menurut isterinya beliau menjaga suaminya dengan penuh kasi sayang ditatang seperti minyak yang penuh. Beliau masih buntu kena suaminya mengalami darah tinggi. Mat disebelah menjuihkan bibirnya bila Wawa menerangkan kisah tersebut. Kenapa Mat berbuat sedemikian rupa masih menjadi misteri. Hyun dan Shahrul (bersama bantal busuknya) tidak berkata apa2 walaupun didesak berulang kali.






Antara sedutan keganasan ketika proses mengambil makanan.. Menu yang mendapat sambutan utama ialah Kupang, kambing grill, ayam golek, spegetti, kebab, sate dan lain-lain lagi. Namun paling mencuri tumpuan ialah Teh tarik di sini.


Menurut En. Hyun beliau telah memaklumkan kepada kami bahawa dia telah menuang hampir 3 Jug besar teh tarik disini. Teh tarik disini sangat sedap tidak manis namun lemak manis teh tersebut sangat terasa sehingga ke ruang anak kerongkong katanya lagi. Hal ini disokong oleh Mat dengan penuh kesungguhan. Sementara itu Jaja memaklumkan bahawa kordial oren juga di sini mantap walaupun dibuat dengan jus kordial oren yang murah namun berjaya diterjemahkan dengan rasa yang sangat enak.



Jelas terpancar keganasan dan kehalapan para tetamu kali ini terutamanya Wawa yang telah mengejutkan juara bertahan makan banyak sedunia En. Hyun. Wawa telah melahap hampir 8 ketul daging kambing grill, sate 20 cucuk, ikan bakar 4 ekor, kupang 2 pinggan, ayam panggang hampir seekor dan banyak lagi. Ini menjadi punca makanan di atas meja banyak yang habis walaupun pada mulanya penganjur utama Jaja and Mat terasa seram bila melihat jumlah makanan yang ambik di atas meja. Syabas diucapkan kepada Wawa.

Majlis Iftar berakhir pada pukul 9.00 malam dengan kutipan duit RM28 sorang... Sila tengok bil kelapa pun kena cas tambahan...



p/s: aku dah gilak stail camnie plak nak terang.. huhuhu

Comments

  1. hahaha...kami sgt berpuas ati dgn cara penyampaian report oleh en. hyun...amat berdedikasi....jd tidak hairanlah en.hyun sgt berjaya dlm peperiksaan beliau....ngeee
    p/s : lain kali wawa xmo mkn byk2 lg dia kata....
    dan mmg btul wawa adalah isteri yg baik yg menjaga suami dgn penuh kasih syg...hahahhaha

    ReplyDelete
  2. motip ayat ko skema nak mampus???gelak guling2 aku bha..hahahahahahhah

    ReplyDelete
  3. eh...x lupa jugak pada mat yg belanja air kelapa 2....hehehe...xtau plak air kelapa xde dlm menu buffet...tqqqq mat yg ade beg converse baru....*winkwink*

    ReplyDelete
  4. wawa: sindir nampak... ceehhhh.... haah wawa bini sgt syg suaminya haaaaaaaaaahhh (pandang mata ke atas angkat tgn ke dada)

    ReplyDelete
  5. kekup: tetiba terskema huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. tgh prektis wat karangan ke?hahahhaha

    ReplyDelete
  7. ya ampunnn , kupang tuh sgt melelehkan air liur , pengsan .

    ReplyDelete
  8. kupang tu sgt sedap...1st taim aku rasakan yang kupang nie mmg best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6