Nasib Melayu Di Bumi Melayu....

Motip entry bunyi cam serius huhuhuhu....Tapi kekadang kita kena gak ambik tahu hal keliling terutamanya pasal keadaan negara Malaysia yang terchenta nie... Bukan apa kali nie aku nak postkan aku punya book review pasal buku yang aku dah baca. Ini baca paksa rela sebenarnya coz lec TITAS suruh wat review apa2 buku hantar kat dia huhu... So aku tepek jew ler review aku pasal buku nie... Syor baca kat korg.

ULASAN BUKU


TAJUK BUKU          : Nasib Melayu Di Bumi Melayu
PENGARANG          : Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
TERBITAN               : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Buku ini merupakan himpunan daripada penulisan dan penerangan Dr. Mohd Ridhuan Tee di dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam untuk dijilidkan menjadikan sebuah buku yang sangat menarik. Sebelum itu, boleh dijelaskan bahawa cetusan penulisan ini adalah daripada seorang berbangsa Cina yang telah pun memeluk Islam sekian lama dan tinggal di Malaysia. 

Pendedahan di dalam buku ini diceritakan dengan ikhlas, tegas dan benar mengikut fakta walaupun berkaitan isu-isu yang sensitif. Ia berjaya mengajak pembaca untuk merenung dan berfikir sejenak mengenai keadaan dan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia mengenai perhubungan kaum, perpaduan dan juga politik silang budaya terutamanya antara Melayu dengan bukan Melayu. Pendedahan yang jelas daripada skop kacamata seorang bangsa bukan Melayu terhadap nasib orang Melayu di bumi sendiri walaupun jelas di dalam Perlembangaan Persekutuan yang dipersetujui bersama semua kaum sebelum merdeka lagi jelas menunjukkkan perlindungan dan keistimewaan terhadap bangsa Melayu atau bumiputera dan Islam itu sendiri.

Jelas di dalam buku ini menunjukkan sikap orang Melayu itu sendiri seperti yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang bertajuk Melayu:

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

        Ibarat ‘pukul anak sindir menantu’, itulah kaedah dan konsep penulisan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam bukunya ini. Bukan sekadar menjerut perasaan orang Melayu, bahkan catatannya menghiris luka yang sangat dalam, berkali-kali. Luka yang orang Melayu sendiri tidak ambil peduli. Segalanya atas nama keharmonian hidup bersama di bumi tercinta ini. Bagi menjaga perpaduan antara kaum agar terus utuh.
Buku ini, dilihat bukan bagi mencari pergaduhan dan permusuhan tetapi supaya pembaca (Melayu) boleh menjadi Melayu yang sedar diri, boleh menjadi Melayu yang boleh melindungi diri dan boleh muhasabah diri. Dengan pembacaan buku ini membolehkan kita menerima hakikat bahawa orang Melayu sudah sekian lama terluka dan sentiasa terus dilukai. Tanyalah kepada iman dalam hati. Semoga orang Melayu Islam dan umat Islam seluruhnya sentiasa beroleh perlindungan, dirahmati dan diberkati. Semoga Allah membukakan pintu hati yang telah lama terkunci rapi.

Antara isu-isu yang dijelaskan dan diperbincangkan adalah seperti berikut:
i.        Bila berlaku kes-kes pembunuhan yang melibatkan bukan Melayu seperti kes Beng Hock orang Cina dari DAP, GERAKAN dan MCA bersatu untuk mempertahankannya, parti Melayu juga turut turut tumpang sekaki mempertahankannya. Begitu juga kes ketuk ketapi sambil bogel banduan Cina Nov 2005, Menteri Dalam Negeri ketika itu terbang ke China untuk memohon maaf, tapi apa jadi bila diketahui bahawa banduan tersebut sebenarnya wanita Melayu?. Pernah berlaku kes pembunuhan model Melayu Mustakizah Jaafar pada 14 nov 1988. tiada pembelaan dari parti Melayu, apatah lagi parti-parti dari bukan Melayu.
ii.      Bila ada kuil Hindu hendak dirobohkan maka berlaku kelam kabut seolah-olah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam, tapi lihatlah sikap orang Melayu bila surau-surau mereka dirobohkan kononya untuk tujuan pembangunan .
iii.    Apakah sikap orang Melayu bila mendengar beribu-ribu orang Melayu keluar Islam menjadi murtad. Dalam kes Lina Joey, apa sikap orang Melayu terhadap isu ini?. Dalam kes perebutan mayat saudara baru sejauh mana orang Melayu mempertahankannnya.
iv.    Orang Cina di Malaysia amat bertuah kerana mendapat segala-galanya nikmat di negara ini. Dalam bidang pendidikan sekolah Cina mendapat peruntukkan berjuta-juta ringgit, tapi sekolah agama rakyat ?.. Di Thailand pada tahun 1930 an semua sekolah Cina dihapuskan dan digantikan dengan sekolah Siam. Oleh sebab itu tidak ada beza yang ketara antara orang Siam dengan Cina di Thai. Di Malaysia bukan setakat sekolah tapi orang Cina dan India dapat menubuhkan IPT atau Universiti seperti Universiti Tunku Ab Rahman ( MCA ), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej New Era ( Dong Jiao Zong ). Asian Institute of Medikal Science and Teknology ( MIC ).
v.      Singapura adalah negeri Melayu yang terlepas ke tangan orang Cina tanpa pertumpahan darah. Apakah sikap kerajaan Singapura terhadap orang Melayu ? Berapa ramai orang Melayu dilantik ke jawatan penting kerajaan Singapura.. Kerajaan Siangapura lebih mempercayai orang India dari orang Melayu. Sedangkan di Malaysia orang bukan Melayu bukan saja diberi jawatan penting termasuk Menteri Kanan dalam kerajaan, Menteri Besar bahkan jalan-jalan pun ditukar kepada nama jalan orang berbangsa Cina. Bahkan Teressa Kok ( Exco Kerajaan Selangor ) bercadang untuk mewujudkan bandar Cina di Selangor. Di Pulau Pinang pula baik parti mana pun yang menang hak Ketua Menteri tetap berada dalam tangan orang Cina.
vi.    Dari segi pembinaan kuil pula orang bukan Melayu bebas membina kuil mereka. Sehingga di Bandar Sentol KL dalam jarak 1 KM terdapat 6 buah kuil yang besar dan tinggi.
vii.  Dalam pada itu kaum Cina masih tidak berpuas hati lagi dengan pencapaian mereka sekarang. Temu bual dengan Lee Bon Kok 8 Jan 2007 menyatakan ungkapan biarlah orang Melayu menguasai politik dan orang cina menguasai ekonomi dan pendidikan sudah tidak relevan lagi. Sebaliknya orang Cina mesti menguasai politik agar ekonomi orang Cina lebih berkembang lagi. Chua Soi Lek pula berkata rakyat Malaysia harus menerima bangsa lain menjadi Perdana Menteri seperti rakyat Amerika menerima Barack h Obama menjadi presiden di USA. Naib Presiden Liow Tiong Lai pula mencadangkan ekuiti 30 % orang Melayu dalam syarikat dihapuskan. Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya persatuan Cina Malaysia ( Suqiu ) pada tahun 1999 mendesak agar hak istimewa orang Melayu dihapuskan sama sekali.
viii.Pengambilan penjawat awam Jan – Jun 2007 menunjukkan bahawa 84.6 % adalah dikalangan orang Melayu, orang Cina hanya 1.7 % saja. Ini adalah kerana orang Cina lebih berminat dalam sektor swasta dan korporat. Oleh itu tidak hairanlan mengapa amalan rasuah lebih menebal dalam masyarakat Melayu.
ix.    Orang Melayu banyak makan hati berulang jantung dengan sikap orang Cina. Namun apakan daya. Contohnya dalam isu penternakan babi di Selangor. Orang Melayu terpaksa hidup menghidu najis babi dan mengunakan air sungai yang dicemari dengan najis babi.

p/s: Walaupun ayat cam tunggang terbalik sikit tapi dapat ler 5/5 hehehe plus 3 lagi coz kasi buku kat Lec.. Pe pun Trimas PM. Sulaiman Kadikon

Comments

  1. sedih kan nasib melayu....ketua kelas pun org cina padahal majoriti melayu.

    ReplyDelete
  2. nak citer psl dpt 5/5 lah nih ?? he3
    btw , indeed very tru pacikk ...

    ReplyDelete
  3. tulip: itu no komen......
    que: masa;ahnya bukan 5/5 makcik tapi 8/5 okey huhuhu.......

    ReplyDelete
  4. sayam tak minat membaca... nangessss

    ReplyDelete
  5. nnt sayam bacakan untuk sayam... ok????

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6