Takrif Elektrik Naik.. Grrrrrr


Adeh......... sodeh aku baca berita yang takrif elektrik nak naik. Korang pun mesti dah taukan coz cite nie dah masuk paper semalam. Aku saja jew nak citekan gak huhuhuhu.... Tapi aku nie bukan yang jenis nak menghentam kerajaan tanpa sebab ke apa bila sesuatu tindakan tu diambil. Memang aku sebagai rakyat biasa memang terasa beban bila berlakunya kenaikan harga minyak, elektrik or barang. Mana tak nya gaji cam tu gak tak naik-naik. Kenaikan harga nie memang masalah global yang memang tak leh nak elak lagi-lagi ler dengan ekonomi dunia tak stabil... Aku bertabah jew ler.

Kalau nak marah memang ler aku leh maki hamun gomen coz naikkan takrif elektrik. Tapi aku leh nampak usaha kerajaan untuk meminimunkan beban rakyat dengan tidak menaikkan takrif elektrik bagi penggunaan under 300kwj. Try tgk jadual aku tepek nie...

Jenis Penggunaan
(kWj)
Bilangan
Pengguna
Bil Elektrik Semasa
(RM)
Bil Elektrik Baru
(%  Kenaikan)*
Perbezaan
(RM)

juta
%

0 - 200
3.29
55.4%
0 – 43.60
0 – 43.60
(0%)
Tiada kenaikan

201-300
1.13
19.1%
43.93-77.00
43.93-77.00
(0%)
Tiada kenaikan

301- 400
0.58
9.8%
77.33 - 110.40
77.40 – 117.00
(0.1 – 6.0%)
0.07 – 6.60

401- 600
0.52
8.8%
114.69 - 180.80
117.40 – 198.80
(2.4 – 10.0%)
2.72 – 18.00

601- 800
0.20
3.4%
181.19 – 259.20
199.23 – 285.10
(10%)
18.04 – 25.90

801- 1000
0.09
1.5%
259.62 – 345.50
285.55 – 375.80
(8.8 – 10%)
25.93 – 30.30

>1000
0.12
2.0%
345.95 ke atas
376.25 ke atas
(sehingga 8.8%)
> 30.30

Jumlah
5.94
100%
*tertakluk kepada 1% FiT daripada jumlah bil elektrik bulanan pengguna



















 Ok daripada jadual nie apa yang aku nampak macam bawah nie:-

(i)           selaras dengan dasar Kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, jumlah lifeline band untuk pengguna-pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan dan pada kadar  unit 21.8sen/kWj. Oleh itu, tiada kenaikan tarif untuk pengguna lifeline band yang terdiri daripada 3.3 juta pengguna atau 55.4% daripada pengguna domestik;

(ii)          bagi 1.1 juta pengguna domestik (19.1%) yang menggunakan elektrik antara 201 hingga 300kWj sebulan, mereka juga tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan.  Kadar tarif bagi pengguna-pengguna ini dikekalkan pada kadar unit 33.40sen/kWj;

(iii)        ini bermakna, 75% atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300kWj sebulan atau kurang;

(iv)        bagi pengguna-pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah juga, pihak Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna-pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2011. Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai pemberian bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung.

So daripada situ aku nampak ler yang kenaikkan elektrik nie tak de ler yang membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.. Biasa penggunaan memang under 300kwj. Kalau ikutkan memang tak ada masalah. Orang kaya yang ada rumah besar and sesapa yang guna elektrik tak hinggat memang terasa ler dengan kenaikkan nie.

Tapi ramai yang dah bising walaupun takrif kenaikan tak kena kat diorang tapi mesti ler harga barang akan naik bila kilang-kilang and company nak cover balik kenaikan yang diorang kena. So how???? tempias mesti kena gak orang pendapatan rendah nie. Ini jawapan gomen bila ditanya soklan tu

Tiada impak ketara akibat penyelarasan harga gas dan tarif elektrik ke atas harga barangan dan perkhidmatan

Berdasarkan kepada kajian dan analisis, kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12% dan 1% daripada bil elektrik bulanan pengguna untuk Feed in Tariff (FiT) tidak sepatutnya menyumbang kepada peningkatan yang ketara pada harga barangan dan perkhidmatan. Komponen elektrik hanya menyumbang sebanyak 2.9% kepada wajaran (weighted) Indeks Harga Pengguna. Bagi setiap RM100 perbelanjaan pengguna, RM2.90 adalah kos komponen elektrik.

Kenaikan tarif elektrik ini hanya akan mengakibatkan CPI keseluruhan meningkat sebanyak 0.268%, daripada 3.219% kepada 3.487%. Kenaikan ini dijangka tidak akan memberi kesan yang ketara kepada pihak industri dan juga kadar inflasi. Misalnya, industri berasaskan makanan merupakan antara industri yang menggunakan sumber tenaga paling kecil. Oleh itu, kenaikan harga gas dan tarif elektrik tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barangan makanan.


Entah harap-harap apa yang dinyatakan tu betul ler... Bertabah jew ler.. Tapi aku nampak isu nie memang telah dimainkan oleh pembangkang. Maklum ler ini ler modal diorang nak kenakan gomen balik. Nak tawan hati rakyat.. Tapi aku nampak diorang pakai cakap jew habuk pun tarak.. Kalau diorang berani jamin kalau diorang berjaya perintah Malaysia nie yang harga barang tak akan naik sampai bila2  aku jamin kompom ramai yang akan vote. Tapi aku sangat yakin yang diorang takkan berjaya lakukannya. aku sanggup rincih jari lerrr. Cuma janji jew pandai huhuhuhu...

p/s: aku orang atas pagar... Mana yang tak betul kita cakap mana betul kita sokong. Bukan sokong buta tuli. Sekian huhuhu

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak