(Update 1) Perancangan Travel South Korea 2.0 2015

Salam.

Orait, update terkini pasal travel S.Korea aku yang akan datang bulan Oct-Nov nie. Aku ada bagi tahu sebelum ini yang akan travel bersama 4 orang rakan-rakan aku. Tapi 2 orang dah tarik diri coz melihat ekonomi dan nilai wang RM yang tak stabil. Aku tak kisah pun diorang tarik diri sebab senang lagi aku nak rancang apa yang patut. Burn gitu jew lah tiket flite diorang dalam RM690 sorang huhuhuhu. Cuma effect kat aku masa di Jeju nanti coz kami sewa kereta sehari disana. Bahagi 2 mahal juga. Berdoa kawan aku sorang tu join ke S.Korea juga.

Cerita pasal nilai RM nie memang sebenarnya goyang lutut juga aku. Terkini KRW1000 boleh cecah lebih RM3.50 selepas Yuan sengaja dibiar turun oleh China. Malaysia kan antara rakan dagang terbesar dengan China tu yang effect teruk nilai Ringgit yang memang sekarang tengah teruk. Tapi dek S. Korea pun terkena tempias juga nilai diorang pun jatuh juga walaupun tak seteruk Malaysia. Hingga pagi nie aku pantau nie KRW1000 turun sikit kepada RM3.43. Hopefully tren nie berterusan ler. Tak sanggup aku nak tukar kepada won dengan nilai yang mahal sangat nie. Tapi kalau jadi juga aku redho jew lah tukar. Takkan tak pergi S. Korea pula kan.


Setakat nie aku masih lagi tak buat perancangan detail di sana. Cuma banyak membaca blog2 tempat-tempat menarik dan makan yang boleh di sana. Apa-apa pun masih ada lebih 2 bulan untuk aku ke sana dan sempat lagi aku merancang apa patut. Terus berdoa nilai RM semakin OK. Amin.

Ok cau...............





Comments

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6