Aku Diet Ala Atkins

Dah genap seminggu aku diet ala atkins. Sebab apa aku ckp ala? Tak pe nanti aku terangkan. Ramai yang tanya dan bising dekat aku bila aku mula jaga makan. Apa ler ko nie badan ok jew, tak gemuk bla bla bla bla. Ok aku tutup telinga dan bertabah saja mendengarnya huhu...

Disebabkan aku tuan badan dan aku tahu perubahan ketara diri aku nie. Bila badan naik seluar aku memang ketat huhuhu. Peha, muntut dan perut kawasan yang paling ketara. Jadi setiap kali aku nak pergi kerja jadi stress kejap mengenangkan banyak baju dan seluar ketat, sendat tak boleh nak pakai. Dekat ofis memang aku cover perut pakai jacket hahahaha..

So sebab dah tak tahan aku pilih satu tarikh yang sesuai untuk mula jaga makan. Maklum ler bulan raya banyak sangat majlis yang kena aku attend. Seminggu sebelum diet aku bedal semua makanan yang aku nak. Nasi arab, ayam penyet, ais krim, makan nasik banyak, air manis itu ini semua aku bedal. Last aku timbang dalam 83 kg (itu dah memang dah lebih bmi). Lepas aku bedal semua aku tak berani nak timbang dan aku assume berat aku 86kg bila mula jaga makan nie.

Makanya 17hb aku mula jaga makan. Dan pilihan aku ialah diet atkin yang tak boleh makan apa-apa sahaja karbohidrat dan benda-benda manis. Sepanjang tempoh tu sehingga sekarang aku banyak minum air kosong lebih dari 3 liter sehari. Hampir tak tahan aku dibuatnya asyik ke tandas jew. Untuk makanan sepanjang seminggu nie aku pilih untuk makan tinggi protein macam telur, ayam, daging dan ikan. Atkin membolehkan menu makanan digoreng so tak ada masalah untuk aku follow. Aku biasa makan telur mata. telur dadar, ayam goreng, ikan goreng dan apa-apa jew asalkan tak ada karbo dan gula. Atkins nie nak pastikan badan kita nie jadi ketosis yang membolehkan bahan bakar lemak digunakan sebagai energy harian kita bukan lagi guna karbo. Minimum badan kita akan ketosis 48jam bila kita tak ambil karbo atau gula (manis). Untuk lanjut korang boleh baca pasal diet atkins nie yea.

Aku ada mention pasal 'Ala' atkin kan? sebabnya aku setiap hari kantoi langgar pantang huhuhu. 1st day aku tak tahan sangat nampak kuih tart sedap tu makan ler seketul. Nextnya aiskrim malaysia banyak sangat dalam peti ais pantry office lebih majlis raya hari tu aku bedal 2 batang huhuhu coklat dan bubur kacang huhuh. Jenuh aku cover minum air kosong berliter-liter. Ada aku makan kacang ler dan semalam aku bedal sesudu aiskrim vanila huhuhuhu. Tak tahu lah sama ada badan aku dah mula ketosis atau tak hahahaha. Tapi tetap juga jaga makan dengan tidak ambil sebarang nasi atau benda berat lain. Kalau ikutkan ini tempoh paling lama aku tak perkena nasi huhuhu..

Perubahan pada aku tempoh seminggu nie nampaknya seluar macam longgar sedikit kot. Im not sure about that. Nak timbang aku tak berani lagi hik3. So aku akan try bersungguh  seminggu lagi nie untuk follow rule atkin. Dan hari nie nak mula senam-senam sikit. Doakan aku berjaya okey. Nak juga pergi ke S.Korea nanti badan elok sikit kat camera huhuhuhu

*Kat bawah nie aku bagi info sikit pasal diet atkins













Comments

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6