Perancangan Travel South Korea 2.0 2015

Salam....

Nie 2nd taim aku nak pi S.Korea. Dulu pi follow kawan kepada kawan aku jew pada 7April2014 - 13April2014 dalam 6mlm utk cover Seoul - Jeju - Busan. Sangat terkejar-kejar and tak puas. Makanya secara tetiba bulan Mac lepas tak semena2 aku rindu bangat sama S.Korea nak repeat lg. Tak lama pastu pun AA de wat RM0 fare, apa lg aku sambar ler terus tiket dpt dlm RM590 return (termasuk cas CC RM40 mahal sioot AA nie). Dapat dalam 4 org kawan yang setuju nak pi. Skrg dalam proses meracun kawan aku lg sorg utk follow aku gak nnt.

Memory Daun Pisang Jeju 2014


Kali nie Iti aku yang nak buat sendiri. Nak pi mana2 tempat yang aku xdpt nak pi. Sasaran utama nak naik Hallasan kat Jeju. Lupa nak bagi tau aku pi taim Autumn 30hb Oct - 12 Nov 2015 dalam 13mlm. Hambik ko round S. Korea sampai muntah huhuhu. Kali nie aku nak cover Seoul - Jeju - Gwangju - Seoul. Mulanya nak masukkan Busan sekali tapi pas pikir lelama dari segi Kos and Attraction makanya bye2 Busan.

Iti aku kali nie bih kurang cam nie

30hb Oct - 2hb Nov aku ada kat Seoul. Masa kat sana aku tak rancang lg detail nak pi mana. Nnt klu aku gigih update mana nak pi. Guesthouse (GH) kat sini dah settle dah. Aku booking GH kat Agoda. 1 day kat Philstay DPP GH, Dongdaemun, rate dalam RM51.17 sorg bilik stail capsule utk 8org. 2 hari lagi kat Bong Backpakers, Insadong RM45.96sorg utk bilik 2 katil. Rate tu dah termasuk cukai sekali yea.Ngape aku tak duk GH yang sama terus kat Seoul? Sbb aku nak tunggu kawan aku soknya yang baru sampai Seoul. Next day nak duk sekali dengan dia ler senang sikit. Tapi dia ckp tak sure dpt pi ke tak nnt so dia suruh jew aku tak yah tggu dia utk booking GH sesama. Aku proceed duduk Bong tu. Murah kot huhuhu.

2hb Nov - 4hb Nov Jeju Island. Misi utama sini nak tawan Hallasan. Gunung tertinggi di S. Korea yea anak2. Tiket pergi n balik utk ke Jeju dari Seoul dah settle. Pergi aku naik Jeju Air rate KRW25,900 dalam RM88.92. Balik guna Eastar Jet rate KRW17,900 dalam RM59.50. Makanya utk tiket Jeju return dari Seoul aku bayar RM148.42 sahaja. Bagi aku sangat murah and menguntungkan. Biasa rate org lain pi atas RM200. Dulu aku pi pun dekat RM250 gak. Nasihat aku untuk sesapa yang nak hunting tiket ke Jeju sila selalu pantau harga flite2 yang nak pi sana cth Jeju Air, Eastar Jet, Asiana selalu harga berubah2. Tapi biasanya rate terbaik mmg dari Eastar Jet cuma dia akan open jual 3 bulan sebelum kita nak pi ke sana. Sbb aku nie gelojoh, rasa Jeju Air dah murah sangat open fare KRW17,900 tak termasuk airport tax n minyak makanya terus aku sambar. Bila Eastar Jet open fare jew menangis tengok rate jual mula ngan KRW7,900 huhuh.... Disini menyesal klu tak dpt RM120 jew return huhuhuhu...
Ok utk GH aku duduk kat The Forest di Jeju City. Dekat jew ngan airport. Asal 3mlm kat sini till 5hb tapi sbb aku rasanya cam lewat jew sampai ke Seoul 5hb utk next mission nnt so aku tukar naik flite last 4hb pukul 9.30mlm. Nasib Agoda leh tukar utk tarikh checkout huhuu. Lega tak kena denda. Rate bilik ber4 utk sorg dalam RM70 gak ler. Tapi sbb aku guna mata ganjaran agoda yang gigih aku kumpul selama nie dapat dalam RM20 jew utk 2mlm. Iti kat jeju next cam biasa klu gigih aku cite naa. Tapi yang nyata aku akan sewa kereta kat sini utk seharian. Masih dalam proses pantau memantau.

4hb - 5hb Nov Sampai Gimpo Airport, Seoul dalam pukul 10.35mlm. Makanya aku rasa sangat ler rugi klu duduk GH sekejap jew dalam pukul 5am nak checkout utk next destination. Setakat ni aku rancang utk tido bermalam di Incheon Airport jew. Nak tido kat Gimpo Airport tak leh sbb aku baca de org kena halau huhuhu. Baca pasal Incheon Airport nie mmg mesra utk tido bermalam. Cukup fasiliti dari tempat tido. wifi, charger semua ada. Setakat nie itu pilihan thorrrbaikk yang ada.

5hb - 6hb Nov Rancang nak naik KTX (keretapi laju) ke Gwangju. Tgk2 tiket rate dari Yongsan ke Gwangju = KRW 48,000 or Yongsan ke Jongeup = KRW39,000. Tak tau iti macam mana nnt sama ada nak terjah Metasequoia Road dulu di Damyang atau ke Naejangsang. Nnt baru aku buat pilihan thorbaik. Kat sana aku akan bermalam kat OxbloodK GH di Gwangju. Rate RM63.08 seorg utk bilik berdua.

6hb - 12Nov aku de kat Seoul. Lama kan aku duk kat sana. Makanya iti nnt akan penuh ler melilau ke luar Seoul yang boleh balik hari. Antara tempat yang aku rancang nak pi Seoraksan, DMZ, Yongpyong and mana2 lg yang leh aku pi. Selama 6mlm nie aku duduk kat Bong Backpakers kembali. Coz rate dia bagi aku sangat murah RM45.96 sorg utk bilik berdua. Hopefully GH tu tak menghampakan. Review nampak cam best jew huhuhu.

Ok utk perbelanjaan overall yang aku dah spend utk trip S.Korea yang bakal tiba nie cam kat bawah yea:

GuestHouse (thru Agoda and masih belum bayar)

30hb Oct Philstay = RM51.67
31hb-2hb Nov = Bong Backpakers = RM91.92
2hb-4hb Nov = The Forest = RM19.98
4hb - 5hb Nov = Lepak tido Incheon Airport =FRee
5hb - 6hb Nov = OxbloodK = RM63.08
6hb- 12hb Nov = Bong Backpakers = RM275.76

Total utk GH 13mlm = RM502.41 purata smlm ~ RM38.65  -

Pengangkutan

KL- Seoul (Return) = RM590.00
Gimpo (Seoul) - Jeju = RM88.92
Jeju - Gimpo (Seoul) = RM59.50

Total = RM738.42

Belum settle
Tiket KTX ke Gwangju or Jongeup
Sewa Kereta


Total Keseluruhan setakat 3hb Ogos

RM1240.83



Comments

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6