TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 6) Jeju Island : SeongsanIlchulbong - Seopjikoji - Oedolgae Rock (외돌개(제주)) (Part 3)
Jenuh wehh aku nak menghabiskan travellong Korea nie. Nak stop rugi pulak rasanya. Tak ada memory pula nanti. Moh sambung Part 3 untuk hari ke 6.
Kalau diikutkan dari Seopjikoji aku nak terus ke Yongmeori Coast. Tapi perjalanan jauh sangat lebih 4 jam. Kalau gigih pergi pun tak tentu lagi dapat turun sebab bila air pasang jangan harap laa kita dibenarkan turun ke bawah. Nie gambar kenangan aku masa pergi tahun 2014 dulu. Cantik weh sini..
Dengan Geng KeKoreaKeKita 2014 |
Nampak tak??? Bukan perut aku tu tapi layer2 batu kat belakang tu |
Nie ler awek Korea yang nak ngorat aku tu. Hopefully dia masih ingat kat aku nie... huhuhu |
Last aku decided pergi Oedolgae Rock sahaja. Kurang lebih 2 jam perjalanan dari Seopjikoji. Apa istimewa tempat nie? Hmmmm aku rasa sebab batu seketul tu kot. Tapi tempat nie memang cantik ler. Lagi la merupakan salah satu lokasi cerita drama popular Korea tahun 2003 Jewel in The Palace. Alah cerita masak-masak istana tu. Aku pun layan juga masa Poli cerita nie. Tapi tak tengok habis dan pengakhirannya pun aku tak tahu. Babak lokasi dekat Oedolgae Rock nie pun aku tak tahu bila huhuhuhu..
Ingat tak cerita nie pada sesiapa yang tahu lah.. |
Cop aku lupa nak tunjukkan kereta yang banyak berjasa kat aku sepanjang di Jeju walaupun bukan aku yang bawak huhuhuhu..
Namanya Peah.... Baru jew aku bagi nama nie huhuhu |
Me and Peah berpisah tiada |
Sebenarnya banyak cengkadak juga nak dapatkan si Peah nie. Dari nak pergi Airport ambil kereta sampailah 2 kali tukar kereta sebab ada masalah.Tq Peah..
Perasan tak aku banyak merepek dan tak cerita pun lagi pasal Oedolgae Rock. Actually aku tak banyak ambil gambar kat sini dan aku tak tengok pun Oedolgae Rock tu disebabkan kaki aku bertambah sakit huhuhu... Ini jew ler sebahagian gambar kat sana..
Nak ke dalam agak jauh.. kena lalu sini dulu.. |
Nak sampai ke sini jauh juga. Sempat singgah beli limau Jeju nie. Kecik jew limau dan sangat sedap. Siap beli 2 kali. Tapi again tiada gambar. Masa kat sini kaki aku dah sakit sangat. So aku decided tak tengok batu tu. Makanya aku lepak tepi bangku sinun yang ada jual cenderahati dan minuman. Sini banyak betul orang terutamanya budak-budak sekolah. Tak tahu ler apa dibuat diorang kat sini. Tak pergi sekolah ke apa..
Nie hasil tangkapan kawan aku. Berjaya beliau menemui batu keramat Oedolgae nie... Tahniah kepada beliau.. Lama juga aku tunggu di kembali ke pangkal jalan. Orang Cina Mainland makin ramai dan aku makin la rimas.
Hari dah dekat pukul 3 petang, so rasanya tak sempat nak pergi tempat lain. Kereta kena pulangkan semua dalam pukul 7.00 malam. Flite aku dijadualkan pukul 9.30 malam. So dah ler kot pusing Jeju hari nie. Walaupun dapat cover 3 tempat sahaja hari ini tapi puas hati semuanya. Balik ikut jalan yang lalu tepi Gunung Hala.. Subahanallah sangat-sangat cantik Hala nie dari kejauhan. Super ohsem okey. Gambar tak ada pula aku tangkap. Cuma ada video jew sepanjang perjalanan tapi malas nak upload huhuhu..
Terus hantar kereta dan naik shuttle bus ke Jeju International Airport. Check in jew dapat perkhabaran yang flite delay sejam. Rupanya habis semua flite delay hari ini. Sesak teruk airport Jeju. Redho jew la menunggu..
Nampak tak kesesakannya. Airport nie pun bukan besar sangat. Hari makin lewat dan kedai pun banyak yang tutup. Flite makin bersesak keluar dari Jeju Airport. Rupanya flite aku naik nie merupakan penerbangan terakhir beroperasi keluar dari Jeju hari ini. Kosong masa nak masuk ke dalam perut pesawat. Dalam pukul 10.30 mlm terbang lah kami ke ruang udara Jeju dan sampai di Gimpo Airport dalam pukul 11.30malam..
Seriau aku weh dah lewat macam nie. Tak tahu ler sampai pukul berapa Subway hari nie. Semua kena bertindak cepat. Aku kena segera sampai ke Yongsan Station.Dari Gimpo Airport kena pergi dulu ke Seoul Station sebelum transfer ke line Yongsan Station. Masa sampai Seoul Station memang nasib baik last train tak lepas lagi.... Memang betul-betul last train huhu...
Di sinun Yongsan Station |
Esok awal-awal pagi aku kena sampai ke Yongsan Station sebab train KTX aku ke Jeongeup pukul 6.37am. Makanya aku decided untuk bermalam sahaja di sekitar Yongsan Station. Tak mau kelam kabut kejar keretapi pula esok kalau menginap jauh. Dimanakah malam ini aku menginap?????? Jeng jeng jeng.........Fuhh pertama kali aku war-warkan kepada orang ramai. Lama simpan lebih setahun huhu. Tapi sebelum tu, aku nak bagi tahu reason aku pilih tempat "itu". Aku kena cari tempat yang murah untuk menginap malam nie mengenangkan flite Jeju ke Seoul akan sampai pada pukul 10.30mlm. Maka amat rugilah kiranya aku tidur di GuestHouse untuk beberapa jam sahaja kerana awal pagi aku dah check out keluar. So tempat aku pilih untuk persinggahan melepaskan penat lelah aku ialah.....
Sumber encik Google |
Yongsan Dragon Hill Spa.... Tahu kah anda apakaahh inii... Ini ler Jjimjilbang. Malas aku nak terang lebih lanjut dan korang paham-paham sendirilah... Nasib la dari Yongsan Station ke sini tak jauh mana pun. Ambil kanan jalan sikit jew nampak ler benda alah nie. Cuaca sejuk sangat.
Lalu kat buluh-buluh nie untuk ke pintu masuk. (Sumber encik Google) |
Buka pintu nampak ler benda alah semua nie.. (Sumber encik google) |
Pekerja dalam tu sambut ler kami dengan muka mesra dan kepelikannya.. Siap tanya dari mana, so aku cakap jew Malaysia. Muka pelik lagi... hmmm agaknya sebab jarang orang Malaysia terutamanya kulit ala-ala kami masuk Jjimjilbang nie.. rare wakakaka... Kawan aku tak cakap apa pun dan aku dah maklumkan awal Jjimjilbang nie macam mana. Dia pun ok jew. Simpan beg tapir kami kat bilik khas dan buat bayaran dalam 12,000 won seorang. Akan dapat gelang kunci dan set baju. Nampak baru jew lagi baju tu. Masuk ke dalam simpan kasut dahulu dan pergi ke lift khas untuk Jjimjilbang lelaki.
Banyaknya locker kasut.. Simpan ikut no locker yang diberi..(Sumber Encik Google) |
Buka jew pintu lif sampai ler kat level hanya untuk manusia yang jantina lelaki yea. So paham-paham ler keadaan di dalam. Rasanya masa nie dah pukul 1.00 pagi, orang pun dah kurang. Aku nak cepat-cepat mandi dan tidur. Badan letih sangat weh... Cari loker untuk simpan barang. Again cari no yang sama dengan no kunci..
Locker room.. (sumber encik google) |
Nak tak nak untuk mandi korang memang kena berbogel. Diorang slumber jalan sana sini ke locker tanpa seurat benang. Aku awal-awal dah cover dengan towel kecik huhuhu... Mandi cuci-cuci badan dulu baru lah pergi berendam... Lega sangat-sangat weh dapat berendam selepas seharian tak mandi. Kaki pun syok jew berendam dalam air panas. Kurang sikit sakit kaki aku nie. Mujur tak ramai orang.
Memang ada 3 kolam dan setiap kolam ada suhu masing-masing |
Habis tiga-tiga kolam aku try untuk suhu yang berlainan. Dalam 30-40 minit juga aku kat sini. Rasa-rasa dah puas tu aku blah ler.. Lagi pun mata memang dah mengantuk sangat.. Tempat-tempat lain kat Jjimjilbang tak sempat aku nak jenguk dan cuba.Pikir nak baring jew dah. Jjimjilbang Dragon Hill Spa nie antara yang terbaik tau kat Seoul nie.
Salin baju dan pakai la baju yang dibagi tu. Selesanya baju tu. Terus aku cari hall untuk lelapkan mata nie. Sampai jew ya tuhan ramainya orang.. Macam-macam bunyi ada huhuhu. Tapi aku tak peduli dah. Cari port baik punya bentang tilam dan bantal. Apa lagi tidur laa... Pukul 5 pagi nak bangun dah..
TAMATLAH UNTUK HARI KE 6
Comments
Post a Comment