Bukit Batu Putih and Surprise Birthday Party Ke??
9hb Oktober lepas aku and sebahagian geng FellowshipOfDaun berjaya menunaikan hajat sekian lama untuk melihat sunset Bukit Batu Putih. Bukit Batu Putih terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Melaka. Kalau tengok map di bawah tetiba sahaja di Negeri Sembilan ada cenonet tanah hak milik Negeri Melaka. Kalau diikutkan jauh giler Hutan Rekreasi Tanjung Tuan nie dari Melaka, tapi tak tahu lah apa sejarahnya menjadi sedemikian rupa persempadanannya.
Lokasi Bukit Batu Putih, berhampiran Teluk Kemang,Port Dickson |
Sekitar pukul 5.00 sampai di hadapan pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, memang bersebelahan sungguh dengan Ilham. FYI kami tak ikut laluan biasa untuk naik ke Bukit Batu Putih. Kebanyakan orang akan masuk melalui pintu utama ke Hutan Rekreasi untuk terus ke sana. Perlu bayar RM2 (Tak salah) dan laluan berbukit biasa sahaja dengan jalan yang sudah di tar. Sudah tentu kami nak ikut laluan yang lebih mencabar dan best dari biasa huhuhuhu... ikut tepi pantai. Terus ambik belah kanan sekali dan akan nampak denai naik ke atas.
Actually, ada 2 orang geng kami pernah datang ke sini dan memang biasa ikut laluan nie. Tapi kali nie kawan aku cakap yang kami ikut laluan lain yang 1st time juga diorang lalu. Laluan asal tak perasan pula. Kira ini laluan ke 3.
Yup laluan nie sangat best sebab kita akan melalui pantai. Angin sangat kuat dan air laut di situ nampak bersih dari tempat lain. Kalau lihat dari jauh menghijau sahaja. Tapi sayang seribu kali sayang, sejak tempat diviralkan dan ramai orang tahu, makanya pantai di sini semakin kotor. Kecewa giler bila lihat banyak sangat sampah sarap yang bertaburan. Susah lah dengan orang Malaysia yang tak pandai jaga tempat-tempat cantik sebegini.
Lepas puas melalui persisiran pantai, akan nampak laluan batu berbukit untuk naik ke atas. Laluan mendaki memang batu sahaja. Agak mencabar tapi aku suka sebab dapat berpaut dengan batu-batu. Tak sampai 15min pun untuk sampai ke atas. Ramai sangat orang hari nie untuk lihat sunset. Tapi malangnya sunset untuk hari ini sangatlah malu-malu kucing.
Rasa-rasa dah puas bergambar kami decided terus turun ke bawah. Tak guna pun tunggu lama mengenangkan sunset yang menghampakan. Kali nie kami tak ikut laluan pantai, ikut track laluan yang biasa thru pintu masuk hutan rekreasi Tanjung Tuan . Senang sahaja dan tak meletihkan. Keluar hutan sikit terus jumpa track bertar. Ke kanan kita akan nampak Lighthouse. Tak pergi sana pun terus ke kiri dan turun sahaja. Dalam 15min sampai lah di depan pintu masuk hutan rekreasi nie.
Kami makan malam di restoran berhampiran Pantai PD. Ingat nak sambut birthday kawan di restoran tu jew. Tapi macam tak proper pulak. Akhirnya sambut birthday di Pantai PD dalam kegelapan malam. Susah lah nak buat surprise kat minah nie huhuh... Setakat party kecil tepi pantai bersama bayu malam. Yang bestnya semua puji dan jatuh chenta dengan cake birthday yang dipilih. Tak leh move on kata diorang dengan kesedapannya. Pertama kalilah kiranya kek habis laa tu juga.. huhuhu..
Dalam 2 jam lepak tepi pantai terus balik.. Sempat snap-snap picture kat tempat parking dan ada hadiah kejutan untuk Makcik. Hari pun makin lewat, esok dah nak kerja. Jauh tau rasanya PD ke KL nie... Tamat ler hari yang indah untuk hari ini.
Nie ler denainya.. |
Lets go.... |
Hutan-hutan sikit |
Tak ada orang, kami jew yang lalu sini |
Dari jauh dah nampak dah pemandangan cam nie.. Hijau weh air laut dia |
Finally jumpa laluan bertali nie.. |
Curam giler bila nak turun ke bawah yea |
Nasib ada tali..kalau tak.... |
Sempat berposing pada tali yang satu huhuhu |
Susah weh... silap langkah boleh tergoleng gong ke bawah. |
Yup laluan nie sangat best sebab kita akan melalui pantai. Angin sangat kuat dan air laut di situ nampak bersih dari tempat lain. Kalau lihat dari jauh menghijau sahaja. Tapi sayang seribu kali sayang, sejak tempat diviralkan dan ramai orang tahu, makanya pantai di sini semakin kotor. Kecewa giler bila lihat banyak sangat sampah sarap yang bertaburan. Susah lah dengan orang Malaysia yang tak pandai jaga tempat-tempat cantik sebegini.
Sampai sudah ke bawah bila jumpa batu-batu nie |
Makanya kami pun susuri batuan nie |
Jaga-jaga cik adik cik abang |
Nampak pasir dah depan tu.. pali-pali.. |
Eh... tatih-tatih |
Sempat gak buat Panorama...Memang indah lah |
Hari makin remang petang.. |
Yea... sampai sudah pantainya |
Nampak tak depan tu penuh dengan sampah... |
Pantai penuh dengan alga or rumpai laut |
Ombak memukul pantai berrumpai.. ehh |
Sempat gak berposing.. |
Lepas puas melalui persisiran pantai, akan nampak laluan batu berbukit untuk naik ke atas. Laluan mendaki memang batu sahaja. Agak mencabar tapi aku suka sebab dapat berpaut dengan batu-batu. Tak sampai 15min pun untuk sampai ke atas. Ramai sangat orang hari nie untuk lihat sunset. Tapi malangnya sunset untuk hari ini sangatlah malu-malu kucing.
Lalu semua kawasan yang berbatu |
Nak sampai dah jalan naik ke atas |
Nampak...mencanak tak??? |
Teruskan usaha anak-anak |
Ada yang dah pancit |
Uuuu... curamyaa |
Sikit lagi... come on bebah... |
Sampai sudah... |
Ramai umah kat atas nie.. Selit-selit mana patut |
Cantik weh.. permandangan atas nie |
Nampak hijau dan jernih jew air laut tu.. Susah nak dapat kat laut Selat Melaka nie |
Sempattt..... |
Us... FellowshipOfDaun... |
Sunset yang tersipu malu.. |
Rasa-rasa dah puas bergambar kami decided terus turun ke bawah. Tak guna pun tunggu lama mengenangkan sunset yang menghampakan. Kali nie kami tak ikut laluan pantai, ikut track laluan yang biasa thru pintu masuk hutan rekreasi Tanjung Tuan . Senang sahaja dan tak meletihkan. Keluar hutan sikit terus jumpa track bertar. Ke kanan kita akan nampak Lighthouse. Tak pergi sana pun terus ke kiri dan turun sahaja. Dalam 15min sampai lah di depan pintu masuk hutan rekreasi nie.
Kami memang dah standby headlamp |
Laluan keluar dalam kepekatan maghrib |
Sampai sudah jalan bertar... |
Ini sign dari jalan bertar nak ke Bukit Batu Putih.. |
Kalau perasan itu Hantu.. Ehh.. silap rumah api |
Kami makan malam di restoran berhampiran Pantai PD. Ingat nak sambut birthday kawan di restoran tu jew. Tapi macam tak proper pulak. Akhirnya sambut birthday di Pantai PD dalam kegelapan malam. Susah lah nak buat surprise kat minah nie huhuh... Setakat party kecil tepi pantai bersama bayu malam. Yang bestnya semua puji dan jatuh chenta dengan cake birthday yang dipilih. Tak leh move on kata diorang dengan kesedapannya. Pertama kalilah kiranya kek habis laa tu juga.. huhuhu..
Over The Moon, New York Cheese Cake |
Melting in your mouth |
Ayel bagi kejutan hadiah untuk Makcik |
Dalam 2 jam lepak tepi pantai terus balik.. Sempat snap-snap picture kat tempat parking dan ada hadiah kejutan untuk Makcik. Hari pun makin lewat, esok dah nak kerja. Jauh tau rasanya PD ke KL nie... Tamat ler hari yang indah untuk hari ini.
Comments
Post a Comment