Sedap Ke Air Milkis??


Salam

Hari ini aku kebosanan di rumah lantaran itu aku keluar pergi ke Gamuda Walk. Pusing-pusing tanpa arah tujuan. Masuk Aeon tengok-tengok barang. Aeon sini kecik jew jual barang-barang pasaraya. Best juga kalau shopping barang-barang dapur sini. Ada murah daripada Hero tempat yang biasa aku beli. Last aku terpacak agak lama di rak yang display produk-produk dari Jepun dan Korea. Terperasan ada jual Banana Uryu dan Milkis.
Banana Uryu Versi Korea... Pix masa tahun lepas di Korea. 
Banana Uryu dalam Kotak ini di Pasaraya Aeon

Milkis pelbagai perisa Peach, Melon, Strawberry dan aku ambil warna biru tu Milk & Yogurt coz ini yang DJ rasa.


Milkis dalam botol 1 liter rasanya dekat RM21

Banana Uryu aku pernah rasa masa pergi Korea tahun lepas dan rasanya memang sedap. Tapi air yang paling aku rindu ialah Caramel Starbucks. Sedap sangat kot sampai aku bawak balik Malaysia huhuhu. Akan aku pastikan itu air pertama yang aku beli bila sampai Airport.

Ini ler air kegemaran aku di sana. Sedap oooiiii...


Orait berbalik pasal Milkis nie aku memang tak pernah rasa dan tahu mengenai kewujudan air nie di Blog WonderlustDJ. Blog minah nie antara sumber rujukan aku untuk ke Korea nanti selain Blog Azra. Blog WonderlustDJ aku lebih merujuk kepada tempat-tempat makan yang sedap dan juga apa yang wajib untuk makan di sana. Blog azra lebih kepada tempat-tempat menarik sampai aku jatuh chenta mahu pergi naejangsan. Disebabkan hendak merasa air Milkis ini terlebih dahulu aku beli ler setin dalm RM2.10 satu. Maybe harga nie lagi murah dari beli di Korea. Nak tahu juga sama ada sesedap seperti yang dikatakan oleh DJ. Setakat aku taip nie masih belum mencuba lagi Milkis coz masih kenyang minum air Caramel Macchiato dan Pie di Caffe Bene. (menarik caffe bene nie tapi aku akan cerita pasal caffe nie bila dah try bingsu di sini nanti... itu pun kalau gigih. Kak Noren sila belanja Bingsu)

*********************************************************************************

Ok dah rasa air Milkis sambil makan kacang huhuhu. Rasanya susu + yogourt + soda seperti yang dinyatakan. Cam rasa soda bandung tapi rasanya soda bandung lagi sedap kot. Nak kata tak sedap tu takde lah boleh jew minum sampai habis tapi tak ada yang special mana. Aku masih vote for banana uryu kalau sampai sana nanti. Perut dah sakit pulak coz minum milkis time perut kosong huhuhu. Tapi apa-apa pun masih boleh cuba Milkis.

Comments

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6