Running Man (런닝맨) Daebak


Alang-alang aku dah mula posting balik kat blog nie baik aku ceritakan pasal hobi aku sekarang nie. Sementara ada mood nak berblog. Lately aku suka sangat tengok cerita Running Man. Bukan drama or movie korea tapi variety shows yang popular kat sana. Kalau ikutkan aku dah terlewat sangat untuk suka cerita nie setelah 105 episod ke udara di Korea. 

Memang aku pernah gak tertengok cerita nie bila buka OneSD kat rumah kawan. Tapi tak ler addict sangat sebab tengok gitew-gitew jew. Tapi bila rumah aku dah ada Astro Beyond ( nak highlight gak beyond tuuu... siap decoder pvr lg.. kooo haddooooo??? heheheheeheh) mula ler terlayan cerita nie. Memang sepanjang masa asyik tergelak jew ler.


Kalau diikutkan Running Man merupakan satu2nya variety shows yang mempunyai format permainan sebegini di Korea Selatan or boleh aku katakan di dunia. Dikategorikan sebagai Urban Action Variety dianggotai oleh Yu Jae Suk, Ha ha, Gary, Kwang Soo, Ji Suk, Jong Kok and So Ji hyon. Formatnya susah nak terang sikit melainkan korang tengok sendiri. Diorang berlumba untuk mendapatkan Running Ball dengan menyelesaikan mission-mission yang diberikan di landmark terkemuka di Korea. Sapa kalah akan didenda dengan macam-macam cara huhuhuhu... Kalau nak tau lanjut lagi korang masuk sini - RUNNING MAN


Dalam banyak-banyak anggota ada seorang yang aku betol-betol aku suka and sokong iaitu Lee Kwang Soo. Dia nie anggota yang paling lemah dalam Running Man dan selalu kena buli. Kwang Soo nie kalau ikutkan pelakon sampingan jew dalam drama-drama Korea. Tapi semenjak Running Man nie dia popular. Aku nampak karektor dia nie lain nampak macam lemah dan ikut arahan jew. But something X Factor ada kat dia nie. Dalam Running Man dia kena gelar Framer Kwang-su (모함광수), Kwang-vatar (광바타), Kwang-potter (광포터), Giraffe (기린), Icon of Betrayal (배신의 아이콘). 

"The youngest and tallest member of the cast and initially introduced alongside Gary and Song Joong-ki as one of the "variety rookies" due to his lack of experience on variety shows prior to Running Man. During the earlier episodes he was known for framing his fellow members with embarrassing and often absurd rumours. He is often picked on by the rest of the cast, particularly Kim Jong-kook, due to his timid nature as well as similar appearance to the Na'vi species from Avatar. He is one of the weakest players, often the first to be eliminated during race missions. However, he has grown to easily betray his fellow members without concern."


Tapi anggota lain pun best gak macam Jae Suk yang memang sengal, Ha ha yang gile-giler macam Pororo sampai kena gelar Haroro. Gary and Ji Hyon digelar Monday Couple dengan aksi-aksi diorang huhuhu...


Aku mula balik layan episod 1 sehingga ler sekarang sebab tak nak terlepas aksi-aksi diorang nie. Gigih mendownload dan mintak kat kawan. Kalau tengok memang tak habis-habis gelak. Ada aku tengok kat opis time rehat budak-budak opis duk pelik aku tergelak-gelak sengsorang dalam bilik. Dalam bus pun aku slumber layan kat ipad sambil gelak-gelak gak. Jenuh nak control tu tapi terlepas gelak besar gak ahaks..

Guests artis yang datang.. SNSD tuuu
Sekarang pun format Running Man makin beza dari episod 1 sampai sekarang. Kalau mula-mula tu memang diorg berebut nak dapatkan Running Ball tapi takkan nak kekal kaedah yang sama. Yelah bila rating Running Man mula jatuh terutamannya bila Joong Ki keluar diorang terpaksa ubah agar peminat tak jemu. Episod terbaru lagi best and rating cecah lebih 20% di seluruh Korea, benda yang susah untuk capai.


Aku harap Running Man terus sukses and terus ke udara walaupun sudah 2 tahun usianya. Akan ku terus layan baru masuk episod 28 ada dalam 70 episod lagi tak layan ahaks. Kalau korang rasa nak gelak tak hinggat sila la tgk yea....


markah karangan = 40/100

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6