Posts

Showing posts from February, 2012

iPad 3 Official Release Date

Image
Yahoooooo........ tak tau sebab apa aku teruja gilerrr bila tau official date bila ipad3 (maybe) nak keluar. Apple dah kuarkan invitation secara official.... Nampak tak tarikh 7hb (Wednesday) yang ditunjuk... So kompom ler andaian orang ramai yang jangka akan keluar 7hb.     Aku sejak tetiba rasa nak beli ipad duk sabar jew menanti keluar yang baru. Bukan tak nak beli ipad2 tapi taim tetiba sampai seru nak beli ipad waktu ipad2 dah usia 8 9 bulan. Dah jadi kebiasaan Apple akan kuarkan the next generation  after 1 years. So aku kena bertabah tunggu nnt duk menyesal huhuhuhu. Harap ipad3 nanti memuaskan hati aku. Aku tak nak kecik sangat cam ipad2 punya saiz pun dah ok tapi ramai yang ckp ipad3 nnt lebih kecil and ringan. Tak sabar nak tunggu 7hb nie pengumuman penuh Apple pasal ipad baru nie.... Maybe sampai Malaysia 30hb Mac kot huhuhuhu... Tahun nie hadiah untuk diri sendiri ipad3 kekekekekeke...  

Malaysia vs Jepun

Image
Hehhehe semalam planning yang tak dijangka. Aku tak ada niat langsung nak tengok Malaysia vs Jepun selepas Malaysia memang kompom terlepas peluang beraksi di Olimpik London 2012. Tapi dek sisebabkan desakan hebat kawan aku yang meminta untuk meneman beliau semalam aku pasrah. Lagi-lagi ler bila dia nak belanja huhuhuhuuh. Opcoz aku nak duduk kat Grand Stand lg. FYI this is my 1st taim tengok bola kat Stadium Bukit Jalil agak teruja gak huuhuu.. Malam tu boleh tahan gak penonton yang hadir untuk menyokong pasukan harimau muda. Dalam paper kata hampir 15,000 penonton memberi sokongan. Penyokong Ultra Malaya memang gempak.. aku dari jauh nampak kegigihan diorang menaikkan semangat pasukan Malaysia walaupun dah tau kekalahan yang akan diterima huhuhu. Kesimpulannya hari tu penyokong Malaysia semalam memang best... Keputusan Penuh Malaysia 0 - Jepun 4 Suasana Diluar Stadium Keadaan Dalam Stadium. Yang hujung sanun Utra Malaya Aku yang gigih terbeli baju Malaysia hu...

Perut Oh Perut.....

Image
Tajuk entry pasal perut. Bukan nak cerita pasal perut aku yang dah jauh ke depan hehehehehe. Tapi tak tau ler sejak 2 minggu nie perut aku rasa sangat tak selesanya. Nak kata cirit birit tak ada ler plak. Masih dalam situasi yang stabil semasa proses penyahtinjaan huhuhuhu. Bila sakit perut menyerang tu opcoz ler aku kena pi toilet kan mengelak berlaku perkara yang tak diingini. Tapi nothing happen. Selera makan aku maintain jew macam biasa walaupun sakit perut cucuk2. Entah risau plak aku klu apa2 lak. Tak leh jadi dalam kul 8.30pagi kang kena pi klinik. Harap semua ok. Amin  

Mood Nak Travelling Oversea

Image
As salam,  Aku rasa mood untuk tahun 2012 ini tetiba minat nak melancong pi luar negara. Aku nie memang pelik sikit, tahun lepas aku suka sangat beli baju and benda mahal-mahal sikit sedangkan sebelum tu aku sangat ler kedekutnya nak keluarkan duit kecuali bab makan. Tapi nak kata banyak simpanan tak jugak. For this year i dont know y feeling pulak tengok orang pi jauh-jauh Beijing, London, Paris, Seoul. Duit tak ada nie tapi nak juga hajat dihati pergi tempat-tempat macam tu. My target untuk bulan Mac aku rasa nak pilih pi Korea Selatan or Australia. Wah gilerrrr hehehehehe.. Dah survey2 gak travel agensi dalam RM2K juga nak pergi tempat-tempat macam tu. Hmmmm banyakgak modal yek. Nak pergi ngan sapa??? Itu satu lagi masalah, ajak kawan-kawan aku yang lain semua kata awal sangat kalau bulan Mac huhuhuhu... Bukan apa aku nak buat bulan tu sebab Mach is my birthday okey. Kengkonon itu hadiah untuk diri sendiri ler. Kalau aku pergi pun nanti maybe...

Majlis Perkahwinan Yana

Image
Alhamdulillah sabtu 4hb Feb 2012 berlangsung perkahwinan sahabat aku Yana dan pasangannya Johan. Majlis nampak berjalan dengan lancar di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid JKR Kuala Lumpur. Untuk majlis kali ini aku dan rakan-rakan yang lain Kak Noren, Yus, Lan dan Dzul antara yang membantu Yana sekeluarga meringankan kerja mana yang patut. Nak cerita panjang pun tak guna mari aku tepek gambar mana yang patut untuk tatapan korang semua..... Antara kerja Kak Noren kena buat di dewan Dzul sang darah manis tengah gigih buat kerja Aku duk sedap tengok Yus hias 'Guess Book' Yus yang makin gigih Antara yang telah siap, benda alah nie nak letak atas setiap meja Yana sempat bergaya ala 'makcik' hahahaha Pelamin yang hampir 90% siap.. Memang gempaq Kami ditugaskan untuk menjaga 'guess book' Kak Noren mencari ayat terbaik Yus siap bawak lari lagi buku Kema yang penuh perasaan meluahkan idea-idea dalam guess book Pura...

Nadi Terhenti

Image
Lama tak update blog. Kalau ikutkan banyak yang nak diceritakan. Tapi buat sementara nie aku sajikan dulu lagu Nadi Terhenti from Anuar Zain untuk korang semua. Kalau diikutkan aku suka lagu ini selepas lagu Ku Berjanji Kerna Cinta dalam Album baru Anuar Zain nie. Tapi radio sekarang tengah rancak putarkan lagu Cinta Harus Memiliki. Layankan saja lagu nie.   Nadi Terhenti Jauh sekali ku bermenung di sini Cuba mengerti cerita kita ini Pernahku rasa kau dicipta untukku Entah mengapa kau terlewat tiba meluahkan cinta Sukarnya memendam rasa Sukar menimbus rindu Terpaksa ku lawan gelora Walau kini hasrat yang kau bawa Terhempas dari jiwa Walau kini sesaat terasa Bagaikan nadimu terhenti Aku harus pergi membawa diri Bukan mahuku menghampakan hatimu Entah mengapa kau terlewat tiba Meluahkan cinta Biar pedih realiti ini Kau perlu memahami Dia yang terdahulu ke mari Mengetuk di pintu kalbuku Menghuni di sisi selama ini Usah kau menanti Mengharapkan kasih Biarlah cerita di antara ki...