Agihan Pendapatan ASB 2011

Gambar Di Dalam Utusan Malaysia

Semalam PNB sudah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun 2011. Bagi tahun sebelumnya 2010 ialah sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.

Nampaknya hanya naik 0.15 sen sahaja berbanding tahun lepas untuk agihan pendapatan. Bonus pula turun sebanyak 0.10 sen. Bagi aku jumlah pendapatan yang diagihkan agak kecil berbanding dengan ekonomi semasa Malaysia yang agak kukuh sekarang. Kebanyakan syarikat-syarikat besar mengumumkan jumlah pendapatan mereka semakin bertambah berbanding tahun sebelumnya. Namun PNB masih menberikan alasan yang klise setiap kali pendapatan diumumkan iaitu "menyifatkan agihan pendapatan ASB pada tahun ini adalah terbaik selepas mengambil kira ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan sejagat."Malaysia dikatakan mahu menuju ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi tapi nampaknya PNB masih gagal menuju ke arah yang diwar-warkan oleh PM kita kerana agihan pendapatan masih ditakuk lama seperti 5 tahun yang terdahulu.

Kepada yang masih tidak tahu bagaimana agihan pendapatan dan bonus dikira ada seperti berikut:-

Agihan Pendapatan Tahunan = Jumlah minimum dalam akaun setiap bulan bermula Januari - Disember
Bonus = Jumlah minimum dalam akaun selama 10 tahun.

So, masing-masing boleh lah mencongak berapakah pendapatan ASB anda untuk tahun ini. Rasanya boleh guna untuk beli iPad3 nantikah?

p/s: Kekal dengan pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan dividen ASB adalah harus. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... asb-dan-seumpamanya

Comments

  1. hurm.. mengambil kira penyusutan dalam jumlah uwang dalam simpananku makanya berlaku penyusutan juga dalam agihan pendapatanku.... HUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA :((

    ReplyDelete
  2. hmmm tak banyak beza..tang tu jugaklah nampaknya...jgn kata ipad3...tab yg rege RM699 pun tak lepas..huhuhu

    ReplyDelete
  3. hate: mwenyimpan amalan mulia...

    mummy: hehehehehe
    klu rega RM499 lepas kira orait ler mummy

    ReplyDelete
  4. dlm asb ade 300 je.. buku pon ntah kemane da.. wakaka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Kisah Syirik dan Sayangi Ibu Bapa

Nota Kejuruteraan Jalan Raya (Bab 2) @ UTMSpace