Khasiat Pisang Ler Pulaak
Buat Yang Tak Tau Pisang
Semenjak dua menjak nie aku suka pulak makan pisang. Dalam peti ais tu ada jew stok pisang yang aku simpan. Best ooooo makan pisang. Nikmat paling ketara bila kita membuang hahahahaha... Rasai lah perbezaannya kekekeke. Meh aku tepek sikit pasal pisang nie. Aku dapat email dari seseorang so aku berkongsi kat sini. Bukan apa nak pastikan blog aku tak bersarang. Ahaks.. Pokok pisang yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sememangnya ditanam untuk buahnya yang dijadikan makanan. Selain itu, pokok pisang juga ditanam untuk penghasilan serat untuk digunakan dalam industri tekstil dan juga tujuan hiasan. Pada mulanya, pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam. Ði Malaysia, kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimas...