Cerita Raya Yang Dah Basi (Bahagian 1)
Gigih gak aku nak mengarang tahap kanak-kanak rebina cite pasal raya aku tahun nie walaupun dah basi sesangat hak3. Raya tahun nie aku simpulkan sebagai bosan and memenatkan. Sekeping gambar raya tangkap reramai pun xde tahun nie. Walaupun pun mengigihkan diri bawak camera DSLR yang aku sampai sekarang tak tau guna balik ke kg.
Ok meringkaskan cite aku balik kg naik bus jew kali nie disebabkan hangkut barang yg memang banyak dan juga larangan terbang dari sesorang untuk tidak menunggang motosikal pulang ke kg. So jgn suka suki speku sapa yg larang maybe mak aku ke, kak aku ke abg ke. No nadaa istibiantoooo... Naik bus kul 8.30 pagi Khamis 26hb. Bus tak penuh pun, nyesal aku beratur 34km kat kaunter Plusliner utk beli tiket pergi balik... Hampeh... Aku ambik cuti 5 hari tuuuu. Sampai Bota adik aku ambik almaklum ler dah de lesen keta bila di suh ambik berdessuuuuup bunyinya.
Kat kg kakak sulung aku semalamnya dah sampai. Tengah pantang kaedahnya baru beranak so memang xberaya ler beliau itu. Yang buat letihnya bukan apa sebab duk melayan anak buah yang memang banyak karenah. Macam2 perangai bikin ku runsing and pening bha. Bila diorg tak ada boring and rindu.. Bila adaaa... adeehhhhh.. Kalau diikutkan aku dikenali sebagai seorang bapak sedara yang garang huhuhu. Anak-anak buah aku semua panggil aku Adang. Sebab apa Adang??? Sebab diorang tak pandai nak sebut Alang. Aku pun tak paham sebab pe mak aku suh panggil Alang. Memang tak ada kait mengait ngan anak no 5. Tapi bak kata mak jemah 'Kita kena redhoooooooooooooooo'.
Raya kali nie aku dah janji dengan anak buah aku (lebih kepada sebelah kakak sulung) sapa yang puasa penuh aku nak bagi duit raya RM50. Bagi aku dah cukup banyak RM50 sebab selama nie aku kasi RM10 jew sorang huhuhuhu. Banyak-banyak tu sorang nie jew yang masih penuh masa balik kg. Bila beliau nie tau Adang nya nak bagi RM50 puasa penuh sampai lembik2 ler beliau mengigihkan diri untuk puasa. Ini ler Ain anak Sulung kakak Sulung aku. Adeh dia nie memang nakalnya xleh nak cakap. Degil, tak dengar kata, kuat melawan dan seangkatan dengannya
Bila anak buah aku semua ada Ain. Ami, Yaya, Chapiq, Jijim, Mia, Afif and Airis berkumpul memang huru hara rumah. Walaupun tengah rumah kat kg lebih dua kali ganda court badminton stay gak sesak rasanya. Rumah kalau adik aku dah kemas memang sekejap jew ler bersihnya. Dah macam tongkang pecah dibuatnya macam takde suasana raya huhuhu..
Nak dijadikan kisah hari 28 ramadhooooon (sila ckp stail Johan) kakak aku no. 2 balik dalam kul 4 pagi. Lepas sahur tu memang anak-anak buah aku yang dah besar2 nie Ain, Ami, Yaya, Chapiq and Jijim bantainya diorang tak tido langsung. Grrrrr geram tol aku, sapa lagi jadi mangsa nak tgk2 kan diorang, aku ler jawabnya. Mak pak diorang bantai dah tido. Dah ler balik kg nie mata aku nie asyik nak tidoooo jew kerjanya. Bebudak nie pergi belakang umah ler, lari kat padang depan umah aku ler, nak pergi reban ayam ler... Aishhh mcm2 ler lg ler.. Yang aku nie asyik duk jaga si Jijim itu yang paling kecik. Lain-lain biar dilantaknye huhuhu. Jijim nie rapat plak ngan aku semenjak dua menjak nie. Klu diikutkan aku ler yang paling ditakutnya memula huhuhu... Last2 sebab malas dah melayan semua aku bawak Jijim wat susu and tido huhuhhu. Dalam kul 10 pagi aku yg kemamaian nampak si Ain ngeliso kelam kabut dalam bilik tak berbaju. Tapi aku malas nak melayan sgt.. Tutup balik mata.
Kedian aku dengar lerrr "Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" si Ain menangis lebat. Rupanya badannye kena simbah dengan air panas dengan Chapiq masa mandi dalam bilik air reramai. Yang dia ngeliso dalam bilik tu tahan sakit tapi takut nak bagi tau Mimi dia kena air panas. Kecoh gak ler kejap. Aku pun bangun ler duk ngok ngap ngok gap bising. Sebelum aku tido semua dah mandi depan umah tu ngan air paip. Yang dibantai mandi lg ngape? Gayanya masa kejadian si Ain (Ketua ) cadangkan diorg nie mandi air panas. So gigih ler yang lain duk tadah air panas dlm heater. Agaknya si Chapiq tersimbah ler kat Ain air tu. Dah nama pun bebudak tak de akal panas ke tak. Nyah aku bantai ler dipukulnya si Chapiq bersama beberapa sedutan drama yang lain. Aku nie nak tak nak kena ler teman Yeop aku bawak anaknye ke Hospital Changkat Melintang. Dalam kereta tu walaupun sakit si Ain nie mengkeh gak degilnya tu. Sampai sepital masuk ler kecemasan. Nasib ler tak teruk sgt kenanya walaupun dari pusat sampai bawah kaki kena air panas. Agaknya heater tu tak ler cecah sampai 100 darjah taim air kena. Dok. bagi ubat makan and sapu klu mengelembung baru datang balik. So ari tu tak ler Ain dapat puasa kena makan ubat kaedahnya. Balik2 jew aku ckp kat Yong aku hantaran Ain bila kawin nnt tak leh tinggi lagi dah huhuhuhu.
BERSAMBUNG BAHAGIAN 2
P/S: Itu pun klu aku gigih lagi nak menaip. Nak wat cite nie pun ambik masa seminggu. Bila taip jew setop sbb tak de mood huhuhuh
Comments
Post a Comment