Bodoh dan Bangang




Serius aku tengah bengang giler sekarang nie. Pagi-pagi dah bikin panas bila tengok kartun nie. Bodoh punya Zunar memang dasar rakyat Malaysia bangsat. Kalau ko nak menghina pun silalah hina parti politik yang ko tak suka tu. Ko hina apa pun pasal parti tu pun tak ada aku kisah. TAPI bila ko hina lambang negara aku yang tercinta nie ko memang dah melampau. 

Sapa kata lagu Negara Ku tiru lagu Indonesia 'Terang Bulan' ? Tolong sikit yek lagu 'Terang Bulan' tu mula dimainkan pada tahun 1920an. Sedangkan pada hakikatnya lagu Negara Ku menggunakan lagu negeri Perak ketika itu 'Allah Lanjutkan Usia Sultan' tahun 1901. Lepas tu tahun 1957 barulah ambil ilham lagu negeri Perak untuk dijadikan lagu kebangsaan dengan menukar liriknya. Tapi tak boleh nak dinafikan ada sedikit persamaan dengan lagu yang dicipta oleh orang Perancis ketika Sultan Perak dibuang ke Pulau Seychelles.

Lagi satu kenapa perlu bandingkan Bendera Malaysia dengan Bendera Amerika??? Perlu ke kata kita meniru? Sah-sah kita ada 14 jalur dan semua benda dari segi bentuk, warna dan jalur ada makna tersendiri. Bendera negara lain pun ada juga sama macam bendera Amerika. Ada nak kecoh?

Tapi situasi sekarang nie secara jujurnya aku nampak semakin menakutkan gara-gara politik. Sampai semua isu hendak dipolitikkan. Islam, bangsa, keturunan habis dimainkan isu-isu ini. Tolonglah kalau tak suka mana-mana parti pun jangan kaitkan dengan benda-benda yang sensitif. Orang akan nampak sapa yang betul dan tidak betulnya satu-satu penyokong itu. Aku berdoa semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi Malaysia Ku yang tercinta ini. Amin

p/s: Tema hari Kebangsaan yang paling aku suka KeranaMu Malaysia.... Janji Ditepati???? Ekkkkkkkkk




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 5) Jeju Island : Hiking Hallasan