Trip Probolinggo - Banyuwangi - Surabaya (Part 1)
As Salam Baru sahaja pulang dari trip singkat ke kepulauan Jawa Timur malam tadi. Sampai di KLIA 2 dalam pukul 1 pagi dan hari ini sedang bekerja dengan gigihnya. Banyak sangat urusan yang perlu aku settlekan sebelum bercuti panjang lagi minggu ini. Gigih nak taip dalam blog dengan segera takut jadi macam trip ke Bali, Lopuri, Singapore, Krabi, Phuket, Hatyai dan Guangzhou. Langsung tak catit atau buat travelog sebagai kenangan. Sangat rugi aku rasa sebab memory tu go away begitu sahaja. Ok overall percutian kali ini sangat ler berbaloi. Puas hati melihat pemandangan yang sangat indah di sana dari melihat sunset di Penanjakan 1, mendaki gunung Bromo, savannah, pasir berbisik, kawah Ijen dan air terjun Mandakaripura. Selain itu ofcoz dapat spend time together with my friends. Route yang kami ambil seperti di bawah nie Dari Surabaya ke Probolinggo untuk melihat sunset di Penanjakan 1, mendaki Gunung Bromo sambil menaiki kuda, menyelusuri Savannah dan Pasir Berbisik. Perjal...