TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 7) - Jeongeup - Naejangsan -Gwangju (Part 1)
Yes... sampai pun Highlight ke 2 aku ke Korea kali nie. Trip ini boleh dikatakan hampir 100% aku follow jew instruction dan tips dalam blog Azra. Thanks sesangat kepada beliau kerana sudi kongsi Travellong di dalam blognya. Jangan ada niat untuk berhenti berblog.. Pukul 5 pagi alarm aku dah berbunyi. Lena juga aku tidur walaupun pelbagai bunyi-bunyian dan sahut sahutan dalam hall tu. Bangun dan terus mandi. Orang tak ramai sebab masih awal pagi. Sempat juga Berendam dalam kolam 10 minit. Yela bayar mahal kot tapi dapat guna sekejap sahaja. Settle semua aku check out ler Jjimjilbang dan pulangkan kembali kunci. Yang nyata aku regret sampai sekarang sebab tak ambil baju yang dibagi tu. Ingatkan diorang akan check la sebelum keluar. Hampeh.. Selesa sangat kot baju tu, baru pulak tu. Yongsan Station pepagi buta.. Tak ramai orang lagi Besar juga station nie. Pukul 5.45pagi meredahlah aku keheningan pagi nie. Nasiblah dekat sangat Yongsan Station. Keputusan yang tepat ak...